Tuesday, April 5, 2011

Phaholyothin Road Bukan di K.Lumpur Tetapi di Bangkok!! Sila Ikuti Analisis Penting Edyes!!!

Kantoi jangan tak kantoi! Gambar di atas menerangkan segala-galanya!!

Kepada yang belum melihat video klip suntingan 2 minit dalam youtube, sila klik di sini untuk menontonnya terlebih dahulu (sekiranya sempat sebelum youtube memadam buat ke sekian kalinya). Kemudian sila amati analisis penting di bawah yang diakhiri dengan sebuah kesimpulan.

Pertama, cuba kita imbas kembali kata-kata Eskay yang sebelum itu dikenali sebagai Datuk T;
“Selepas meneliti, saya temui empat kamera litar tertutup (CCTV), saya kemudian cuba membuka dua laci dari meja solek berkenaan dan mendapati salah satu daripadanya berkunci.

“Saya cuba buka laci berkenaan dengan mengumpil kuncinya sebelum menemui perakam CCTV yang masih aktif, saya putuskan wayarnya dan ambil perakam itu,” - Eskay
Sekarang dapatkah anda lihat kedudukan meja solek di dalam gambar di atas? Dalam keadaan bilik hotel yang serba sederhana, dengan hanya menawarkan katil, almari solek dan sebuah almari telivisyen, apakah yang boleh dijangka untuk satu lagi almari solek berlaci bersebelahan dengan tv? Itu hanyalah sebuah almari tv, bukan almari solek kerana almari solek terletak berhadapan dengan katil.

Sekarang cuba pula lihat perut gendut pelakon porno tersebut. Adalah sangat tidak serupa dengan perut milik anwar Ibrahim yang genetiknya kurus (sepertimana anak-anak DSAI yang kurus tinggi). Sangat jelas sekali, keboroian itu seperti seorang yang pemabuk todi.

Kepada yang sempat melihat video klip yang diedit untuk memasuki youtube, anda harus perasan saat ke 0.29 hingga 0.32, didapati bukan satu remote control yang dipegang tetapi dua. Satu untuk video kamera (yang didakwa CCTV) dan satu lagi remote TV. Seolah-olah orang ketiga dalam video tersebut ingin memastikan status video kamera itu dalam keadaan 'record'.

sila lihat 2 gambar di bawah;

Seolah-olah video kamera yang digunakan benar-benar berada di hadapan orang ketiga ini tanpa selindung, menguatkan lagi hujah rakaman ini adalah kemungkinan untuk kegunaan peribadi.

Seperkara lagi, tahukah anda tulisan berbahasa Thai yang tertera dalam video tersebut setelah dialih bahasa adalah menunjukkan nama sebuah jalan di bangkok. Phaholyothin Road Bangkok adalah nama jalan di mana terletaknya hotel yang kononnya dikatakan berlaku di sekitar Kuala Lumpur tetapi sebenarnya berlaku di Thailand. Lihat gambar di bawah dan klik gambar untuk pandangan lebih jelas;


Terdapat beberapa hotel di Phaholyothin Road Bangkok, dan aktiviti paling digemari sekitar Phaholyothin Road adalah aktiviti pelacuran. Justeru itu, masihkah anda percaya aksi ini berlaku di Kuala Lumpur sepertimana didakwa Trio yang dikepalai oleh Rahim Thambichik? Masihkah anda percaya dengan Trio pembawa fitnah jahat ? 


Kesimpulan

Videoklip yang menjadi senjata fitnah terbaru terhadap DSAI ini adalah dikutip dari negara jiran kita iaitu Thailand. Secara kebetulan, wajah pelakon utama mempunyai mirip DSAI tetapi tidak kepada perutnya yang boroi. Jika benarpun Eskay mengaku bahawa dia adalah salah seorang lelaki yang ada dalam video tersebut, maka pelakon utama itulah Eskay !

Berbalik kepada mengapa saya katakan video tersebut dikutip dari ribuan video seks amatur Thai? Faktornya ialah pelacur itu, dan sarikata dalam video itu yang berbahasa Thai. Mengapa sarikata itu tidak dibuang (dengan cara cut kesemua di bawah aras sarikata tersebut)? Kerana ia akan menyebabkan ketulinan video tersebut tercalar sama sekali. Jadi mereka membiarkan sahaja sarikata itu seperti sediakala tanpa mengusiknya walau sedikitpun.

Kehilangan jam omega, mengumpil laci berkunci dan sebagainya adalah satu helah menyedapkan jalan cerita. Akhirnya klip yang sepanjang hampir dua minit yang telah diedit khas inilah yang akan dipapar satu negara waima dalam pejabat KEMAS, di kelas BTN ataupun di pejabat JKKKP. Mereka tidak akan tayang video penuh kepada semua orang dengan alasan, ianya menimbulkan aib, maka cukuplah dengan video klip yang masuk youtube ini.

Orang kebanyakkan pastinya hanya akan mahu melihat cebisan-cebisan video yang tidak mengandungi aksi ranjang dengan alasan, kurang sedikit dosanya berbanding melihat kesemua rakaman 21minit video asal. Pihak pengfitnah yang jahat akan mengambil peluang ini sebaiknya sedangkan video itu jika dilihat secara penuh terutamanya ketika perut buncit itu kelihatan lebih jelas, barulah orang boleh memberi penilaian lebih tepat.

Kesimpulan dipermudahkan seperti berikut - Video 21 minit ini adalah satu dari ribuan video klip seks amatur yang boleh didapati di Thailand. Pelakon mirip DSAI tetapi saya yakin 110% bukan DSAI berdasarkan postur tubuh badan beliau. Di atas mirip yang sama ini, kesempatan di ambil walaupun dengan tanpa memadam sarikata berbahasa Thai tersebut.

Anwar Ibrahim yang difitnah untuk ke sekian kali menerbitkan rasa simpati yang lebih besar terhadapnya. Sekali lagi saya nyatakan bukan kerana sosoknya Anwar tetapi kerana keadilan untuknya. 

Namun sedikit ingin saya sentuh, di manakah perginya hulubalang-hulubalang AMK yang menang atas nama 'wahyu' dalam pemilihan 2010 tempohari? Apakah strategi yang dirancang oleh AMK untuk mengekang asakan pengfitnah jahat ini selain daripada mengheret DSAI untuk membuat laporan polis?? Saya melihat kita sejak dari awal bertindak defensif sekali, macam kaldai tunggu disembelih!

Cuba lihat tindakkan pantas chegubard. Bukan saya nak lambung puji kepada chegubard, saya yakin beliau tak hidup dek puji tak mati dek maki. Tetapi tindakkan awal beliau wajar di puji. Berita dari rangkaian TV Selangor saya jumpa ketika menulis artikel ini dan antara petikan dari Chegubard adalah seperti di bawah;
"Klip itu adalah dari sumber yang sama tetapi ia di edit (sunting) sedemikian rupa untuk meyakinkan (orang ramai). Tetapi tempat-tempat yang begitu ketara,  hodoh dan tidak sama dengan Anwar tidak disiarkan. Ini  memang kita sudah jangkakan berlaku" - chegubard

Akhir sekali, adalah menjadi tanggungjawab kita di lap-lap terakhir ini untuk menyampaikan keyakinan kita untuk diyakinkan kepada mereka yang tersentap akibat dari pendedahan klip suntingan yang memberi kelebihan kepada pengfitnah jahat. Perlawanan kita sudah masuk ke lap yang terakhir yakni lap yang penuh dengan selekoh-selekoh tambahan. Pusingan terakhir ini, kita akan lawan habis-habisan!! Mereka fitnah, dan kita lawan !! Mereka tetap fitnah dan kita tetap lawan !!

Lawan fitnah jahat ini hingga ke penghujung nyawa, nescaya kalau kita mati dalam perjuangan ini sekalipun, kita berjuang menentang yang bathil!

LAWAN FITNAH 1, 2 DAN 3 !!! LAWAN !!!


EDYES @ edyesdotcom
Untuk bacaan penuh beserta video dari TV Selangor, sila klik di sini. Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Chegubard.

23 comments:

M'siandotcom said...

syabas bro

Art Pokon said...

Semoga berjaya

Anonymous said...

Tahniah sdra dengan secara lantang sdra telah memberi pandangan yang bernas, saya juga amat setuju dengan tindakan pantas CheguBard dalam hal video fitnah ini teruskan perjuangan

CUCU PEJUANG said...

INGAT...FITNAH BERLELUASA DI AKHIR ZAMAN.PELIK?AJAIB?BUDAYA INI SINONIM...UMNO BN[BARISAN NERAKA]FITNAH TAK MENJADI!SENJATA MAKAN TUAN???KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA...HIDUP RAKYAT..HANCUR BN APCO...

Anak Sungai Derhaka said...

Hidup edyes!!!

pasal video ni.. semalam letih aku menjawab call.. celaka punya UMNO..

Anonymous said...

i am convinced...the actor in that porn clip was definitely ANWAR IBRAHIM...spin mcmana pun...tak kan berjaya punya...anwar ibrahim dah terperangkap...ni lah akibat mabuk kuasa.

Anonymous said...

bodoh xsudah2 kenyataan pencacai umporno ni..sedangkan Ghua Soi Lek yang memang mengaku terbabit dalam video seks pun masih menjadi salah satu kekuatan Barisan Nasional..hey come on la pencacai umporno..fikirlah dulu sebelum buat kenyataan.

anak wawasan 2020 said...

salam satu malaysia,
B..END sudah pening kepala, umpan duit dah banyak pada pengundi impaknya masih jauh dari sasaran. Modal dah nak habis PKR masih bernyawa. Kalau dulu semangat 46 dengan tokoh2 besar yang ramai tidak sampai 10 tahun sudah terkubur tetapi PKR dengan di teraju ole brother nuar semakin di sukai rakyat. Jadi inilah cara yang modal ciput, hitam putih je untuk menjatuhkannya. Kalau tak berjaya pun tak pe modal tak sampai seratus tetapi tentu mahal untuk di bayar kepada teori 3T (Tayang, Tonton, Tipu). Lu pikir lah sendiri....

Anonymous said...

Ni pernah tengok nuar telanjang ke nih?. Tak mau jadi penyokong penfitnah dah betul tu tapi jgn pula jadi penyokong penzina pulak.
Jadi kalau tak pasti jgn buat dosa kering. Orang islam wajib mencegah segala kemungkaran baik fitnah atau zina.
Atau dosa zina lebih ringan dari dosa fitnah?

Anonymous said...

Tahniah kepada mereka yang mengakui itu adalah DSAI sebab dapat unit-unit saham yang dividen lumayan bakal diperolehi di Padang Mahsyar kelak.

Anonymous said...

Tuhan dah tunjukkan hukumannya. Umno kini dah menjadi penjual video lucah..wakawakawaka

Unknown said...

syabas blogger sejati..anta betul2 berfikiran analitikal..buatkan blogger umno goyah..

Anonymous said...

Kalau diteliti dengan rapi CD lucah akan dapati pelakon utama tidak mempunyai janggut sedangkan Anwar ada janggut.

Jiwa Kacau said...

Ada sapa sapa jumpa sk tolong tanya, bilik hotel cap ayam tu kat kl atau bangkok

Anonymous said...

sape dh tgk full vdeo, tgk la kt anu lelaki dlm vdeo tu(kalo btl la vdeo tu dirakam di thailand,org thai x sunat kot).kalo anu tu x sunat, konfirm bukan DSAI.

Anonymous said...

jam omega mane bro..har har..jgn lari pulak ea hihi

Anonymous said...

1. Video yg ori x de tulisan thailand (tulisan tu sebenarnye trap je... - refer 5 soalan SK)
2. Perut boroi tu sebab positioning 'pelakon' tu kat hujung wide angle camera.
3. Kesimpulan dr klip video, 'pelakon' mmg mcm Anuar tp x confirm lagi... sebab aku pun penah jumpa org sebijik mcm kwn aku (rupa n pergerakan).

Anonymous said...

tgok anwAR rlx ja,mcm tk da pa pa yg brlku,tk gelabah pun.aku ingat bkn dia dlm video tu.kt tmpt aku ada manusia kembar seiras,rupa sama,jln sama,sora sama,kelaku pn sama gak.kdg2 trslap pngl.anwar ada kembar kot...heh heh heh!!!!!!!

Anonymous said...

Bestnya jadi Male Y ni. Pancut sana sini pasti ada gate keeper juru cakap. Dia dah tau yg penting percacai takkan caya munya.

Anonymous said...

Balik2 kau angkat bad..masalahnya bad ni bodoh.tindakan dia sume bodoh.amk seluruh negara bt program kau tau ke?nak jelaskan isu fitnah ni?nak harap bad bodoh y menipu ada master ni?haha.apa punya strayegy kata ada video seks kj..nak kene saman ngan kj dh menggigil.porah la bad

Anonymous said...

hahaha lemaus la lu pencacai...mcm xpert sgt jerk nk analyze video..ntah skola sampai mane...bek polis pgil ko dr pgl pakar tok analyze video tuh..topik bikin gempak jerk..ayat mcm bangang..video mane la yg ko tgk ader ayat thai,ak tgk xder pon...adess...pasal perot boroi tu pon ko xpert, pena kne tala ngn DSAI ker smpai postur bdn dier ko katam???jgn nak wat pandai. tunggu je la laporan..org suro tubuh siasatan diraja, tolak...bkn ker adil sbb semua pihak ader?? pe kes???

Andromeda_M31_ said...

Dari pengamatan saya visual sebanyak minit 01:47 itu terkandung rahsia yang sentiasa bermain difikiran penonton.Teori pertama hendaklah kita beranggapan bahawa lelaki yang sedang mengesat-gesat peha yang mungkin basah selepas keluar dari bilik mandi itu adalah DSAI.. 1)Minit 00:18 -DSAI meletakkan seluar & bajunya di atas meja..berkemungkinan ketika keluar dari bilik air beliau menanggalkan pakaian di dlm bilik mandi untuk mandi.Jadi ketika beliau mandi tiada barang2 yang ditinggalkan diluar.Apakah bilik Hotel tersebut bilik yang di sewa DSAI dan Kawannya sebilik berdua atau DSAI menginap di bilik sebelah? 2)Minit 00:23 DSAI mengelap muka dengan sehelai saputangan dan mengesat hidungnya.. 3)Minit 00:25 Wanita yang sejak mula berjeket itu menanggalkan jeket,dan masuk kedalam bilik mandi,untuk mencuci muka atau membuang air..(Pinjam Bilik Mandi) 4)Minit 00:27 Kawan DSAI sedang memegang dua talipon bimbit dimeja,memeriksa sesuatu. 5)Minit 00:32 DSAI keluar atau pulang kebiliknya di sebelah namun seluar dan bajunya tertinggal dimeja tersebut(Mungkin mengambil angin luar sementara wanita itu menggunakan bilik mandi jadi mungkin tidak mahu campur soal peribadi kawannya)apakah Jam Omega juga ditinggal di atas meja bersama pakaian DSAI? 6)Minit 00:33 Berlaku di mana wanita tiba-tiba muncul di depan kamera bagaikan halimunan berkemban dan terus kebilik mandi semula. 7)Minit 00:35 Editt berlaku apabila digambarkan DSAI masuk terus menuju ke bilik air(Tetapi orang tersebut adalah mirip DSAI tetapi tiada janggut dan misai(boroi)juga perhatikan apabila cermin di almari menunjukkan berubahan cuaca menjadi lebih terang dari biasa..mungkin tengah hari.. 8)Minit 00:38 Kawan DSAI palsu itu juga masuk ke bilik hotel terus kemuka pintu bilik mandi mengekori DSAI palsu itu.. 9)Minit 00:49 Kawan DSAI palsu keluar dari bilik hotel imejnya pada cermin almari. 10)Minit 00:53 DSAI palsu keluar kemuka pintu imej di cermin.. 11)Minit 00:55 berlaku edit dimana peristiwa berulang menunjukkan Kawan DSAI palsu masih didalam bilik hotel semula dan DSAI palsu juga menutup pintu...dan segala yang berlaku selepas itu adalah Fitnah sejak Minit 00:32 DSAI telah keluar dari bilik hotel tersebut...Juga Pokok perkara penting mereka mengatakan kejadian itu berlaku dimalam hari 21 Feb 2011...Jadi arca dari biasan dicermin almari menunjukkan berlaku perubahan cahaya diantara Minit 00:32 dengan Minit 00:35 menjadi lebih terang dari biasa bermaksud ia bukanlah dari cahaya lampu tetapi adalah biasan cahaya matahari yang semakin meninggi hari..Mungkin juga lelaki yang bermisai dan berjanggut itu bukan DSAI diawal visual tersebut..Tetapi dari gerak gerinya beliau saya lihat baru lepas mandi..keadaan beliau mengesat basahan selepas mandi...

mrpeneutralisasipilu said...

kalau dari siam, si eskay la dalang...
sebab dia mmg org siam...
hahahhaa...
kantoiiii....