Sunday, January 24, 2010

Dari Rusila ke Rusia, Mohon Maaf Sahaja Tak Cukup, Brader Aduka...

Aku bukan sokong sangat institusi raja... tapi tak sampai menghina. Cuma aku terasa institusi ini macam langsung takde kene mengena dalam hidup aku. Kerabat sana sini hidup mewah, itu mereka punya fasal. Aku tak peduli dan tak menghina secara terbuka. Rezeki dah lahir macam tu.

Rukun negara ke-dua - Kesetiaan kepada raja dan negara.

Aku setia, tapi tak bermaksud aku kena sokong semua raja kat Malaysia nie... Kalau yang baik aku sokong la... tapi setakat nie semua baik kot, hehe..

Kalau ada raja yang buat tak betul, kita kena sanggah jugak sebab kita manusia yang ada akal... bukan lembu yang menurut perintah. Simpang 44 malaikat untuk aku ikut resam Hang Tuah.

Sekiranya muqadimah di atas tidak menepati tahap pemahaman pembaca, ingin diberitahu di sini bahawa seorang blogger telah terlanjur kata. ketelanjuran yang mungkin sangat tidak disenangi oleh seluruh warga Johor yang menyanjung tinggi Sultan nya.

Sahabat aku, Aduka Taruna telah terlanjur. Posting ketelanjuranya telah dipadam dan yang tinggal cuma pernyataan permohonan maafnya di sini. Print screen posting asalnya terdapat di beberapa blog, itu cari sendiri lah. Aku tak lekat di entri ini kerana masih hormat pada sahabat.

Aku tak maafkan Aduka... sebab dia tak buat salah pun dengan aku, kenapa aku mesti maafkan dia. Cuma sebagai kawan, aku agak kecewa kerana Aduka secara teknikalnya telah merosakkan nama baiknya sendiri dan lebih menyedihkan, hampir menjahanamkan haluan perjuangan yang dibawa oleh beliau sendiri - Projek Langgar Hadi di Rusila. Ya, memang aku kecewa. kenapa perlu aku sembunyi kecewa tu.

Namun sebagai sahabat, aku harus bersikap supportive, sekurang-kurangnya dari segi sokongan moral. Aku tak suruh pun aduka berubah, sebab wataknya amat diperlukan, dan yang penting, idea-idea kebijaksanaan serta gerakan dari orang seperti beliau sangatlah ditagih. Acap kali aku bentangkan bahawa AT adalah seorang idealist radikal yang realistik.

Kini, segala kemungkinan akan dihadapi oleh Aduka Taruna. Itu aku tak boleh nak tolong, even Mat Saman Kati pun tak boleh tolong. Anwar? dia pun rasanya taknak tolong. Tapi kalau Hadi yang tolong, aku takleh nak kata apa lah. Memang lepas tu mungkin AT akan jadi sahabat karib Hadi.

Apa yang aku boleh tolong? cuma berdoa agar dia tak masuk ISA. Apapun, aku akan terus support Aduka Taruna dalam projek langgar Hadi di Rusila... mahupun di Rusia... full stop.

13 comments:

Kedah Lanie said...

Salam Bro...

Aku seorang Kedah yg setia dgn Sultan...tp SUltan Kedah je la...lain2 sultan bleh suruh rakyat masing2 la sembah....

knapa aku setia dgn Sultan Kedah? Malah semua cina2, apek2 kat kedah pun siap gantung gambaq sultan kedah (Abd hamid)...sbb sultan kedah tau peranan raja berpelembagaan...bgnda xgila nk pukui org dgn kyu golf atau main moto besaq, xgila kuda, xgila golf, bkan kaki tunggang...or dok dlm persatuan bola bertahun2...menang HARAM dak....

pendek kata suma baguih la...sbb tu aku setia xsembah dia..aku smbah ALLAH-Tuhan Sekelian ALam...\

hmm bru td kuar TV3suku polis nk tangkap aduka teruna...

bg aku berpada2 la nk smbah setia pun...nk mrah pun brtempat la...

OK Adios...Daulat Tunku SUltan Kedah....

mazda3_aku said...

Salam Edyes,

sdkit pembetulan kau bkn WM Kedah Lanie...aku xda sbrang kaitan dgn blog tu...tp aku pngunjung ttap n nama kedah Lanie tu dpt mnggambarkan penyatuan siber anak2 Kedah...

jd aku tkar nama la plak skrang ni..

ok bro...psal komen2 sultan2 tu...aku rs unik sbb msing2 negri mcm2 krenah...tp 4 sure Sultan adil sultan brdaulat (aku xsmbah org) sultan zalim sultan disnggah...

klau btul,kita kata btul..klau slh kita,kata slh...xyh la mngakkan benang bsah...

apa2 pun yg lpas dh lpas...AT prlu trima blasan yg spatutnya..denda dh la..sbb bnyk lg bnda yg ptut hkum...haram xhukum pun...

Ok adios...

Unknown said...

Salam sdr.

Saya tumpang sepiring dari semangkuk n3 sdr. ini. Sebenarnya saya tak tahu nak kata apa. Harap-harap aduka akan selamat.

anti adukataruna said...

blog anda telah diperhatikan.. tali barut aduka akan terima hukuman.. terima kasih

ISA said...

Edyes,

Gua dah baca n3 lu, gua pun tak kata gua sokong AT, memang n3 dia keterlaluan.

Gua cuma fokus kepada sikap dan sifat orang2 melayu yang sejak dulu lagi mudah perasan dan terasa (tersinggung).

Soal keterlajuran AT, soal lain dan berjawaplah dia dengan pihak yang sepatutnya.

Gua hanya berkongsi pendapat dari sudut pandang gua. Lagipun gua sendiri tak pernah kenal pun siapa AT, selain dari blog.

Gua mahu melayu... supaya berfikiran terbuka.

Gua radikal...??? Dari segi mana bro...

Edyes said...

siyes bro,

aku paham maksud ko... tapi...

boleh ke ko paksa persepsi orang lain supaya diorang tak rasa artikel bodoh AT tu merujuk kepada Almarhum Sultan Johor?

Bila dikatakan entri AT tu tak bersangkutan dengan mana-mana kemangkatan / kematian Sultan, maka kenapa perlu AT delete entry tu?

tapi ko tau pasal apa AT delete entry dan mohon maaf? Sebab AT bukan seorang yang munafik sepertimana kebanyakkan pemimpin UMNO !

dan lagi satu bro, genetik melayu dengan persepsi - tak boleh berjarak bro... melayu dan persepsi terlalu sebati!

lu punye blog radikal apa... contohnya ;

PERHATIAN:
Ini blog kurang ajar... bla bla bla....

Anonymous said...

UMNO khianat raja dan rakyat boleh pula?

Pencacai2 UMNO celupar ni tak ada pula nak komen pasal ucapan-ucapan Mahathir tahun 93 dulu?

Bagaimana pula kain rentang UMNO kata Agong NATANG?

Raja Lawak II said...

Buat Kedah Lanie...

Tak usah kau nak mengutuk Raja orang lain, nasib sendiri kat akhirat pun kau belum tau...

Kedah Selalu said...

Raja Lawak II,

Trima kasih sbb ingatkn psal akhirat tu...tp sbg mnusia biasa aku rs rkyat kena tau mna yg bgus utk n mana patut utk xikut...

Spnjang Kdah ni wujud blum lg aku dgnr raja/ sultan dia prangai buruk...sbb tu aku respect sultan2 kedah...negri2 lain ptut malu n ikut la yg baik...

tp aku xtrpengaruh la dgn sntimen benci AT tu...bg aku kita ni jgn mlampau sngt taksub kat 1 1 bnda...

klau nk hkum AT, hkum seadilnya...hkum jgk pndemo yg caci agong ari tu...n hkum sama la raja/sultan yg xikut undang2/prlembagaan....

xguna pnccai mcm kita ni dok mmbabi buta brjuang tp hakikatnya hidup melarat terbuang....

ok TQ..

Mazda3 aku/Kedah Lanie

Raja Mongkut said...

Quote :
" Malah semua cina2, apek2 kat kedah pun siap gantung gambaq sultan kedah (Abd hamid) "


Derang gantung sebab percaya yang ianya boleh jadi pelaris !

Bukan sebab derang respek.

Tak caya ?

Cuba tanya sama derang, susur galur dan sejarah pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Hah ! Tergagap terketaq lutut la derang !

Peniaga yang bebetul respek Sultan akan gantung semua gambar Sultan dalam premis dia dari yang dulu sampai terkini dan tahu susur galur dan sejarah baginda bila ditanya !

AduhKa said...

Eh..perlu ker kita doakan keselamatan Aduka Taruna? Aku nak tanya PERLU kah? Selama ni dia duk layan syok sendiri maki hamun org dgn kebiadapan bahasanya. Nak kita support org mcm ni? Isteri dia pun perlu kah kita bagi semangat? Selama ni isteri dia buat apa utk nasihatkan si bacul ni? Satu je nak pesan..kini tiba masanya kebiadaban anda dibalas. Kita takkan tahu bentuk hukuman yg bakal dia terima tapi percayalah..azab dia sekarang ni..aku yg bukan rakyat Johor pun pedih dgn entry dia, apatah lagi kaum keluarga diraja dan rakyat jelata

Kedahlanie said...

Salam Sahabat semua...

Kepada 'Kedah lanie @ Mazda3_aku' kami maafkan sebab anda dah buat penafian...tapi tolong jangan bagi org keliru dilain kali..

bahaya Oooo lanie jika silap cakap masalah kepada diri sendiri dan semua....

anyway teruskan perjuangan....

Edyes said...

sampai jugak webmaster KedahLaNie ke laman timun edyesdotcom nie...

Saya rasa berbesar hati.

Rais Yatim pun dah buat announcement "Maaf secara formal" membolehkan Aduka dilepas tanpa hukuman.

Alhamdulillah