Showing posts with label Sarawak4change. Show all posts
Showing posts with label Sarawak4change. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

Laporan Langsung PRN Sarawak (Backup Malaysiakini)

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Seramai 979,796 pemilih berdaftar di Sarawak akan mengundi memilih 213 calon untuk mengisi 71 kerusi DUN.

Sejumlah 1,749 pusat pengundian dibuka di sekolah, dewan orang ramai, rumah panjang dan dewan serbaguna - mulai jam 8 pagi hingga 5 petang ini. 

Pertandingan kali ini dilihat sebagai pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat walau terdapat parti lain dan calon bebas yang turut bertanding.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinya Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang memegang jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN yang bertanding di kesemua kerusi.
Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing SUPP (19), PRS (9) dan SPDP pula bertanding di lapan kerusi.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).
Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi. 

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958) 

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang. 

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam. 

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal.

LAPORAN LANGSUNG

9.25am: Saribas (berhampiran Kuching) - hujan mulai reda dan digantikan dengan sinaran matahari.

Gagal daripada mengelakkan orang ramai daripda ke pusat operasi BN yang terletak bersebelah pusat mengundi, pekerja kempen PKR juga menggunakan taktik sama dengan menawarkan minuman percuma kepada pengundi.

Menurut MP PKR - Ampang Zuraida Kamaruddin, pekerja BN memberitahu pengundi bahawa pusat operasi mereka ditubuhkan oleh kerajaan dan pengundi mesti ke sana untuk menyemak butiran mereka sebelum masuk ke pusat mengundi.

"Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.”

Katanya aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN masih beroperasi.
9.15am: Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONESesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.

8.20am: Saribas – Beberapa orang pekerja parti PKR, termasuk ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menggesa pengundi tidak memasuki pusat operasi BN bagi memeriksa butiran pengundi dan terus memasuki pusat mengundi di SK Datuk Bandar Gebak.

Beberapa orang pengundi bagaimanapun berkeras untuk memasuki pusat operasi BN itu yang menyediakan minuman air mineral percuma. PKR tidak memasang pondok panas mereka di pusat pengundian ini bagi mematuhi ketetapan SPR. 

Berbeza dengan suasana meriah di semenanjung, aktivis parti mengambil langkah yang lebih lembut – tiada poster atau kain rentang yang dibawa, mahupun slogan yang dilaungkan di sini. 

8.15am: Kuching – Hujan renyai-renyai dan awam mendung tidak menghalang pengundi yang kebanyakannya warga emas untuk memasuki pusat pengundian. 

Perhatian di kawasan in ialah DUN Pending dan Padungan di kawasan bandar. Selain itu, kawasan luar bandar di Batu Kawah, Batu Lintang dan Kota Sentosa yang dipertandingkan calon PKR dan DAP.
Lawan mereka di kawasan ini ialah calon SUPP. 

Di kawasan majoriti Melayu di Satok pula, orang kuat PBB, Abang Johari Abang Openg mempertahankan kerusinya dan berdepan seorang calon baru, Ahmad Nazib Johari. 

PKR dijangka berpeluang mengurangkan majoriti PBB kali ini. 

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nangka dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok. 

8.10am: Sibu – Kawasan majoriti Cina di Sibu ini menyaksikan persaingan sengit antara SUPP dan DAP untuk meraih tujuh kerusi yang dipertandingkan.

Antara yang diperhatikan ialah kawasan Nanga dijangka akan tetap berada di tangan PBB, namun PKR dijangka akan mengurangkan majoriti yang akan diperolehi PBB. 

Di enam kerusi lain, SUPP yang diketuai timbalan menteri dan juga penyandang kerusi Bawang Assan Wong Soon Koh berdepan cabaran getir di empat kerusi – Bawang Assan, Dudong, Pelawan dan Repok.

8.08am: Beting Maro – Cuaca dan keadaan trafik baik. Bagaimanapun, di sungai berdekatan - Sungai Saribas - agak sibuk apabila pengundi keluar masuk melalui bot daripada kampung seberang sungai. Di SK Pusa, pondok panas PAS mendapat sambutan hangat apabila dikerumuni orang ramai yang memeriksa saluran mengundi mereka. 

Pusa merupakan pekan terbesar dalam Beting Maro dan PAS dikatakan mempunyai peluang tunggal untuk menang di kerusi ini.

Sebanyak 90 peratus pengundinya Melayu.

NONE8.01am: Betong/Sri Aman – Keadaan cuaca baik di Betong dan Sri Aman yang menempatkan majoriti penduduk Iban. Pengundi mula memasuki pusat pengundian sejak jam 7.45 pagi, 15 minit sebelum pusat pengundian dibuka secara rasmi.
Kawasan yang diperhatikan di sini ialah Saribas, Lingga dan Beting Maro (majoriti Melayu/Melanau), Layar (majoriti Iban yang dipertahankan timbalan ketua menteri Alfred Jabu), Krian, Simanggang, Batang Ai, Engkilili dan Balai Ringin (kesemuanya majoriti Iban).
8am: Semua pusat pengundian dibuka.
NONEPengundi mula membuang undi di kesemua 1,748 pusat pengundian di seluruh negeri. Proses pengundian ini dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat pengundian termasuk sekolah, rumah panjang dan pusat komuniti digunakan sebagai pusat pengundian.
SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi akan mencecah 75 peratus.

Friday, April 15, 2011

Lintas Langsung Grand Finale di Kuching, Miri Dan Limbang !!

GAMBAR ATAS MIRI, BAWAH LIMBANG

KUCHING

KUCHING

KUCHING

MIRI BELAKANG STAGE

KUCHING

MIRI

KUCHING

Ini bukan di Tunisia!! Ini bukan di  Dataran Tahrir Mesir!! Ini di Bumi Kenyalang!! Bumi Borneo yang dahagakan nikmat sebuah negara milik rakyat !!

Salut kepada warga Sarawak yang berdiri sepanjang ceramah !! Semangat untuk berubah !!

Macam ini punya crowd, BN menipu pun boleh tumbang !!

Tumbang BN!! Tumbang Taib!!

Sampai lah masanya untuk satu kerajaan baru lahir di bumi Kenyalang !!

UBAH SARAWAK !!

Baca artikel 'Menjadi Saksi Taib Tumbang !! Di Pilihanraya Atau Di Jalanraya !!' bagi yang belum berkesempatan...


EDYES @ edyesdotcom 

Menjadi Saksi Taib Tumbang !! Di Pilihanraya Atau Di Jalanraya !! (Wajib Baca!!)

Puluhan ribu hadir dalam ceramah Anwar Ibrahim !

Besok Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Hampir sejuta pemilih bumi kenyalang akan membuang undi mereka dan menentukan masa depan anak bangsa mereka di Sarawak.

Lihat gambar di atas. Tidak dinafikan, walaupun punya 'crowd' puluhan ribu belum pasti Taib Mahmud akan tumbang di medan pilihanraya. Tetapi dengan jumlah ini, diyakini Taib boleh tumbang di jalanraya sekiranya demokrasi sedia ada tidak dihormati oleh kerajaan pemerintah. 

Mereka yang menguasai SPR dinasihatkan agar menipu jangan sampai dikesan, menipu jangan sampai kami nampak walaupun tuhan nampak. Kerana kalau kelahapan penipuan demi penipuan itu berjaya dikesan oleh para pendesak perubahan, nescaya jalanraya akan menjadi satu-satunya pilihan. 

Oleh demikian, SPR harus lebih halus dalam penipuan dan jangan sampai terkesan. Kerana Mubarak dan Zainal Bin Ali itu juga menang besar dalam pilihanraya mereka - dengan penipuan.

Teringat pula nasihat seorang warden ketika bersekolah asrama dulu di Kuala Pilah. Warden saya yang bernama cikgu Norhashim pernah menasihatkan kepada semua penghuni asrama yang merokok di asrama. Pesannya mudah dan berbunyi "Kalau sesiapa nak merokok dalam asrama ini adalah dipersilakan, saya tak marah. Tetapi syaratnya ialah, sila merokok di tempat yang tuhan tak nampak"

Justeru itu, kepada mereka yang terdesak sehingga berjaya menterbalikkan kenyataan Raja Petra (yang juga sebelum ini berjaya menterbalikkan kenyataan bersumpah Bala), berhati-hatilah untuk menipu dalam pilihanraya. Kami di Pakatan Rakyat mempunyai PACA yang amat terlatih dalam mengesan penipuan. Secara praktikalnya, pengalaman 12 pilihanraya umum untuk tempoh selepas merdeka dan 15 pilihanraya kecil sepanjang penggal PRU12 menjadi pedoman dan kecekapan juga terbukti dalam pemilihan di peringkat parti. 

Sebentar tadi, satu kenyataan media oleh Anwar Ibrahim bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan Raja Petra Kamaruddin beberapa hari sebelum Pilihanraya Sarawak. Boleh lihat sedutan dalam kenyataan media tersebut dalam tajuk "PC Anwar Terhadap Kenyataan Raja Petra - Timing yang Tepat !!" 

Dalam kenyataan itu, Anwar memberi satu jawapan yang sangat mudah iaitu beliau menyeru kepada semua jentera dan para penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang sedang berusaha di Sarawak supaya tidak hilang fokus terhadap Pilihanraya Negeri Sarawak. 

Kehadiran RPK yang dikatakan menikam Anwar dari belakang menjelaskan lagi betapa Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak dan juga tertekan seraya berkata - ia adalah 'timing' yang sangat tepat untuk mengalih perhatian PRN Sarawak. DSAI juga menyeru agar semua fokus kepada Sarawak dan akan hanya menjawab segala persoalan selepas PRN Sarawak.

Tindakkan Anwar yang tidak melayani provokasi berbentuk diversi dari pihak terdesak adalah satu tindakan yang tepat. Rakyat Sarawak akan tetap menunjukkan kebangkitan dan membuktikan bahawa mereka sudah celik dan tidak lagi mudah digula-gulakan oleh barisan Peh Mo. Tiga puluh tahun menjadi Rajah Sarawak sudah cukup membentuk sejuta kebencian. Sejuta pengundi akan melafaz kebencian itu melalui buangan undi lalu membebaskan Sarawak dari genggaman seorang 'rajah'.
Tanggal 16 April 2011 menjadi satu tarikh sejarah di mana Sarawakian bangkit mengubah lanskap politik negara apabila tidak menjadi kubu kuat Barisan Nasional apatah lagi menjadi deposit penting BN pada PRU akan datang!! 

Dengan keputusan Taib Mahmud yang dengan angkuh ingin mengekalkan kuasa, Barisan Nasional Sarawak pimpinan Taib Mahmud akan tumbang di bumi kenyalang !!

Ubah Sarawak !! Sarawak For Change!!


EDYES @ edyesdotcom

Wednesday, April 13, 2011

Lupakan RPK, Fokus Sarawak!! Lihat Gambar Serata Sarawak Malam Ini !!







DAYAK BARU MEMBERONTAK

Hishamuddin Rais  

Kota Miri kota dipesisiran laut. Kota sempadan. Kota Golok untuk orang Brunai. Bersih, baru dan tersusun. Kota hujung minggu tempat orang Brunai ‘melepas geram’. Cukup jelas watak kota sempadan ini.

Aku ke sini untuk melihat dengan dekat apa yang sedang berlaku di Sarawak. Lebih jujur kalau aku katakan melihat dengan kaca mata aku wilayah disekitar Miri. Secara jujur tak mungkin dalam satu minggu aku mengetahui dan memahami Sarawak. Kalau ada sesiapa yang berkata sedemikian maka orang ini pasti pelebong yang mungkin juga berani mengakui dirinya adalah sepupu kepada Saddam Hussein.

Menginap di sebuah hotel murah tidak jauh dari Bilik Gerak Pusat PKR Miri. Aku sebenarnya memang tidak mengetahui banyak tentang Sarawak. Aku dibesarkan dengan Dolah Sarawak, Siput Sarawak dan Nenas Sarawak - Sarawak-Sarawak yang lain haram aku tidak mengetahui. Susur galur pensejarahan Sarawak tidak juga aku ketahui. Berapa banyak sukubangsa yang wujud di Sarawak tidak juga aku ketahui.

Kalau anak kecil - aku datang ke Sarawak ini seolah-olah untuk disunatkan - agar aku mengetahui lebih dalam dan intim tentang wilayah yang telah menjadikan Malaysia kaya raya.

Malam pertama, aku telah dibawa ke perkampong Kedayan - Kampong Sugai Subak daerah Sebuti. Bersama aku dalam kereta ada dua orang lagi pekerja parti. Seorang aktivis Pas dari Klang dan seorang jurutera aktivis PKR anak tempatan. Aku diberitahu kampong ini dua jam perjalanan ke luar kota.

Kami memulakan perjalanan agak lewat. Kereta kami melintasi kawasan kawasan mewah yang rumah-rumah tersergam indah - sepuluh ratus kali lebih gah dari Country Height Kajang - seakan-akan aku sedang melintasi Sunset Boulevard ke Beverley Hills di Los Angeles di mana bintang Hollywood membina sarang mereka.

Rumah-rumah angkuh, gedang dan bergemerlapan. Siapa agaknya yang bersarang di rumah rumah ini. Pemandu kami - juga aktivis PKR - tanpa segan silu telah bekata semua ini adalah rumah-rumah ‘China Kaya’. Jelas unsur politik Semenanjung di sini.

Kereta kami memasuki luar kota. Kawasan makin gelap. Aku tidak tahu apa yang di kiri dan apa yang di kanan. Sesekali aku ternampak cahaya lampu. Jelas aku di dalam perut hutan Sarawak. Tidak ada kereta yang memotong kami dan tidak ada juga kereta berseliseh. Wah! Aku merasakan amat jauh hendak berpolitik ke kampong ini.

Belum pernah aku merasakan berjalan dalam gelap untuk berpolitik bagini jauh. Dulu di Tenang pernah aku berjalan dari Labis ke Kampong Sawah Baru. Memang jauh aku rasakan - tetapi kali ini beratus kali jauhnya. Memang Sarawak ini wilayah yang maha luas. Dan ramai warganya tinggal di pendalaman. Hendak tahu erti pendalaman datanglah ke Sarawak.

Jalan batu aspal agak baik terutama lima atau sepuluh kilometer dari kota Miri - terutama di daerah rumah orang kaya kaya. Hampir dua jam kemudian jalan semakin rahai. Ini bermakna kami telah mengambil jalan kecil memasuki kampong yang dituju.

Wah! Amat jelas bezanya rumah yang aku lihat tadi dengan apa yang ada dihadapan mata. Tadi aku melihat Istana sekarang aku melihat rumah kotak buruh kontrek bangunan Mat Indon yang didirikan di tepi bangunan yang sedang dibina di Damansara. Aku difahamkan ini adalah perkampongan sukubangsa Kedayan. Nah! Ini lah kali pertama aku mendengar nama sukubangsa ini.

Untuk orang di Semenajung jangan tersilap faham - ini bukan ceramah kelompok - ini juga bukan ceramah umum - bukan forum dan bukan seminar. Ini kerja politik di Sarawak. Bila aku keluar dari kereta yang aku dengar ialah gendang Melayu asli. Bunyi musik seakan-akan Zainurin Mat Dom senang berdendang dengan lagu Alah Emak Kahwinkan Aku.

Cahaya hanya datang dari lampu rumah - justeru kawasan sekeliling agak gelap. Bila aku hampiri maka aku nampak tujuh lapan bayang-bayang sedang bertandak di tengah jalan. Tidak sampai tiga puluh orang yang ada pada pesta ini. Yang aku nampak hanya bayang bayang hitam.

Mata aku mencari arah musik. Wah! Empat orang perempuan sedang duduk di bawah rumah yang bertiang tinggi - mereka memukul gendang dan menyanyi. Bila aku dengar amat jelas pantun pantun mereka adalah pantun perjuangan:

Adik bergendang abang menari
Jangan lupa kepada kami
Bila PKR telah pergi
Adik tinggal seorang diri


Di dalam gelap aku nampak bayang-bayang anak muda yang tersusun berdiri. Lalu aku hampiri. Mereka ini telah mengambil bahagian dalam perlawan futsal anjuran AMK sebelum ini. Aku bertanya-tanya. Semua mereka bukan pengundi. Tiga orang anak muda Kedayan yang aku rapati semuanya telah meninggalkan sekolah dalam umur yang masih muda.

Keciciran! Ini bukan keciciran. Ini dasar Taib Mahmud yang tidak mahu Kedayan ada ilmu dan berpelajaran. Dari segi jumlah sukubangsa Kedayan lebih ramai dari Melanau yang kini berkuasa di Sarawak. Kedayan yang juga beragama Islam ini dilihat oleh Taib sebagai berpotensi untuk melawan hegemoni Melanau.

‘Darik manak?’ perbualan kami yang terputus-putus kerana Kedayan ini memiliki bahasa tersendiri. Mereka berbual dengan aku menggunakan bahasa Melayu yang loratnya tidak pernah aku dengari. Aku selalu tertanya tanya kerana tidak faham buah butir.

‘Apa Keadilan ini?‘ soalan ini datang dari Shahrulnizan anak muda berumur 16 tahun. Dia telah meninggalkan sekolah dua tahun dahulu. Lalu aku bertanya kenapa dia datang ke pesta ini. Jawabnya senang ‘kawan saya main futsal’. Nah! Jelas anak muda di Sarawak perlu disedarkan.

Gendang terus dipalu. Pantun berbals balas. Aku akhirnya bertandak dan berjoget. Malam pertama aku di Miri tidak akan aku lupakan. Bila aku diminta berpantun aku menolak. Entah kenapa lidah aku kelu kerana terlalu seronok dengan pengalaman baru sehinggakan aku kehilangan modal untuk berpantun.

Sebelum hadiah diberikan ada sadikit ucapan dari aktivis PKR - memohon sokongan untuk calon PKR yang juga dari sukubangsa Kedayan. Si Pencermah berucapa dalam bahasa Kendayan. Yang aku dengar hanyalah nama Taib Mahmud yang disebut puluhan kali. Amat jelas kebencian warga Sarawak terhadap Taib Mahmud samalah seperti kebencian warga Malayasia di Semenanjung terhadap Mahathir Muhamad. Taib dan Mahathir ini dilihat sebagai orang jahat di mata rakyat. Dua dua mereka ini dilihat sebagai perompak dan lanun yang mengkayakan anak bini dan kroni.

Tetiba suara halus dari bawah tangga kedengaran. Seorang perempuan meluahkan perasaan tentang bau busuk yang sampai ke kampong mereka. Lalu aku difaham oleh Shahrulnizan bahawa tidak jauh dari kampong mereka ialah tempat pembuangan sampah kota Miri. Aku diberitahu bahawa air sungai telah hitam dan kawasan telah tercemar. Taib Mahmud bukan sahaja meminggirkan Kedayan malah kampong mereka juga diracuni oleh toksik sampah kota Miri.

Tengak hari esoknya aku dibawa untuk melawat rumah panjang pula. Kali ini aku bersama dengan tim perubatan percuma PKR yang datang dari cabang Tuaran Sabah. Tim ini menuju ke Rumah Panjang Logan Talajin - 4 jam perjalanan dari Miri.

Kami meninggalkan kota Miri sebelum jam 1.00 - siang terang benderang. Kami mengambil jalan dipersisiran pantai. Aku merasakan jalan ini telah aku pernah lintasi. Wah! Betul inilah jalan malam kelmarin. Ketika gelap aku tidak nampak pesisiran laut. Rupa-rupanya d isinilah rumah para elit balak dan towkay China yang kaya raya setelah bersekongkol merompak Sarawak dengan Taib Mahmud. Kawasan tepi laut ini idaman mereka. Berapa ramai nelayah telah dihalau dari kampong mereka tidak pula aku ketahui.

Kemudian kami melintasi kawasan sawit, kampong kampong kecil, kampong nelayan. Lagi jauh kami berjalan - jalan semakin buruk. Akhirnya kami sampai ke rumah panjang yang dituju. Aku ternampak kain rentang Barisan Nasinal telah terpasang. Bila aku naik ke tangga aku lihat banyak poster kecil dan besar - poster BN - telah terpasang. Ertinya pekerja parti Taib Mahmud telah sampai ke sini.

Rumah Panjang 33 pintu ini membukakan aku kepada stau lagi dunia yang baru. Tim Perubatan Percuma dari Tuaran amat professiolanl. Mereka terus melakukan apa yang wajib dilakukan. Ibu dan ayah datang untuk bertemu doktor dan mendapat ubatan percuma. Ketika tim perubatan membuat tugas amal, aku meleser melihat rumah panjang yang pertama dalam hidup aku.

Ini kawasan yang subur di itepi sungai. Bila kau hampiri sungai ini amat jelas sungai ini telah berlumpur - seperti air teh susu yang kotor. Di kepala sungai ini pasti ada pembalakan. Ketika aku di tepi sungai itu aku ternampak seorang Ibu Iban sedang mandi bersabun. Saheh! Sungai ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Iban di rumah panjang ini.

Kemudian aku terdengar bunyi mesin. Bila aku hampiri aku ternampkak seorang ayah sedang memesin padi. Mereka berhuma selain dari bersawait. Dari apa yang aku difahamkam orang Iban di sini hanya diberi 300 batang pokok sawit sebagai mata pencarian. Aku tak tahu berapa luas ladang sawit untuk 300 pokok ini. Ada juga warga yang bertanam getah tetapi tidak ramai. Mereka juga berhuma padi bukit. Kebun sayuran tidak kelihatan. Pokok bukan buah ada tetapi tidak lumayan.

Ketika aku mundar mandir di balkony rumah seorang laki Iban datang dan menarik tangan aku. Dia ingin bercerita dan aku pula memang ingin mendengar. Aduh! Perbualan kami terputus-putus sama seperti aku dengan anak muda Kedayan dahulu. Dia menggunakan banyak istilah Iban yang tidak aku fahami tapi nasib baik ada seorang aktivis AMK anak tempatan yang menjadi juru terjemah.

Si Iban ini namanya Jenau Anak Belang. Bila aku tanya umurnya dia berkata telah hampir 80 tahun. Dia gagah dan sasa. Pasti dari darah tani yang hidup berkhidmat setia kepada bumi. Jenau berkesah tentang bagaimana mereka dipaksa berpindah dari kawasan asal mereka pada tahun 1963. Tanah adat merek telah dirampas oleh syarikat balak. Kemudian tanah adat mereka dijadikan ladang sawit. Mereka mengundur ke tepi Sungai Lagan ini.

Ini puluhan tahun dahulu. Jenau anak Belang terus bercerita bagaimana tahun demi tahun mereka cuba menuntut kembali tanah adat mereka - semua gagal.

Kemudian Jenau menyatakan bahawa kali ini secara senyap senyap Rumah Panjang ini akan menyokong Keadilan. Bendera dan poster Barisan yang telah dipasang di kawasan mereka itu hanyalah decoy untuk menyelamatkan Rumah Panjang ini dari dianggap kubu pembangkang. Orang Iban ini telah arif.

‘Ini poleeeteek...ini poleeteek Iban’ Jenau menerangkan bahawa kali ini kemungkian Taib Mahmud akan kalah amat jelas.

‘Sampai hari ini Taib Mahmud tak mahu mengaku yang dia ambil tanah kami’ inilah kata-kata dari Jenau anak Belang. Dia memegang tangan aku dengan kuat. Aku aku ternampak tatoo di betisnya. Lalu aku bertanya apa makna tatoo ini.

‘Ini kail.. tanda aku berani...’ Aku merasa amat gembira dapat bertemu dengan Jenau anak Belang sang pembawa naratif yang menyampaikan turun termurun kesah kesah tanah adat mereka yang dirampas. Ini sejarah rakyat. Ini kesah Sarawak.

Jelas sosok seperti Jenau inilah yang tidak memutuskan tali perjuangan puluhan tahun dahulu. Sosok ini membawa naratif hingga ke tahun 2011. Tahun ini adalah tahun di mana ombak dayak memberontak tidak dapat di kafankan lagi. Tanah adat yang dirampas akan menjadi tanah kubur Taib Mahmud dan Barisan Nasional di Sarawak. Kalau tidak Jenau bukan anak Belang. Anak Belang bermakna anak hariamu yang berani.

GEMPAR!! Video BN Kantoi Edar Kertas Undi?


SIBU, April 13 — DAP released a video clip purportedly showing four women handing over their postal votes to a man at Wisma Sanyan here yesterday.

The one minute clip shows a be-spectacled man receiving what looked like postal ballot papers from four women who had just picked them up from the Election Commission.

The video, which was released at the DAP’s daily press conference, here, showed the women handing over the ballots to the man in a stairwell at the iconic building, which is the tallest in Sibu.

Postal voting proper only got underway at 9am today.

The five were caught unawares while they were being filmed by a DAP polling agent. They immediately dispersed when they saw the party worker filming them with his camera phone.

The man attempted to block the DAP agent’s view of the women as they ran out of the stairwell.

Mary Josephine Pritam Singh, a DAP election worker, said the incident occurred between 12.30pm to 1pm.
She and a team of party polling agents had gone to Wisma Sanyan to monitor the distribution of postal votes by the Election Commission. The party worker who filmed the episode was part of her team.

No money was seen exchanging hands during the meeting.

According to EC regulations, postal votes are picked up a centre and the voter may take them home to fill them up. Each postal vote is a package that contains two envelopes, a form and the ballot paper itself.

The voter is supposed to mark the ballot, fill out the form, seal the envelopes and return the package to the EC.

The women in the video were purportedly handing over the orange-coloured ballot papers to the man. It could not be ascertained what the man intended to do with the papers.