Saturday, January 16, 2010

Siapa Biayai PWTC ?

Sebuah buku yang menceritakan kehidupan dan politik Tun Dr Mahathir Mohamad, membuat satu tuduhan yang mengejutkan bahawa ibupejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai, sebahagiannya, oleh pembayar cukai.

Dalam buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, penulisnya Barry Wain menulis bahawa kerajaan telah "memujuk" bank-bank milik kerajaan supaya tidak menuntut jumlah pinjaman yang besar untuk membiayai projek tersebut.

Penulis, yang merujuk maklumat tersebut kepada wawancara pada 2007 dengan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin, berkata bank-bank berkenaan telah melupuskan sekurang-kurangnya RM140 juta faedah terkumpul.



Menurut satu laporan sulit akauntan yang ditugaskan oleh Umno pada 1985, yang diperolehi oleh Wain, harga siap sepenuhnya PWTC ialah RM360 juta.

Laporan itu berkata, jumlah yang dibiayai melalui pinjaman ialah RM199.5 juta dari bank milik kerajaan 0 Bank Bumiputera Malaysia Berhad dan RM64.9 juta dari Malayan Banking Bhd.

Selain itu, laporan akauntan tersebut menyatakan bahawa sehingga Mac 1989, syarikat yang dilantik oleh Umno untuk membina bangunan itu, Khidmat Bersatu Sdn Bhd, hanya membayar faedah sebanyak RM51,570.

"Dan laporan tersebut... menyatakan dengan jelas bahawa syarikat tersebut tidak akan bayar apa-apa lagi," tulis Wain dalam bab lima bukunya itu yang bertajuk A Volatile Mix of Business and Politics. mkini





 Edyes Wrote: Bukan ke MIC yang biayai PWTC ???





No comments: