Thursday, January 21, 2010

Bubar DUN Perak : Kali Ini Macam Boleh Jadi !!


Salam 1Malaysia (Baca : Najib Lebong),

Kali ini saya yakin DUN Perak akan dibubarkan pada bulan Februari 2010 dan pilihanraya akan jatuh pada Mac 2010. Perkara-perkara yang membuatkan saya yakin adalah seperti di bawah;
  1. Jumlah 4 hakim yang menyebelahi Nizar.
  2. Gerakan Jentera BN dan pemimpinnya di Perak.
  3. Usaha berganda dari MB haram Zamberi untuk meraih undi.
  4. Pendedahan daripada PerakExpress dan beberapa blog inter-Perak.

Antara Pendedahan oleh Mat Saman Kati adalah seperti di bawah;

Pilihanraya DUN Perak semakin hot. Zambry dan Najib sudah bertemu di Riyadh untuk membincangkan tentang pilihanraya DUN.

Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.

Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.
Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Lembu punya susu, sapi dapat nama. Najib kerja keras, Zambry jadi Menteri Besar.

Keputusan mahkamah Persekutuan telah pun diketahui. Keputusan lima orang hakim yang mengadili kes Nizar Zambry telah lama menghantar keputusan kepada Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi.
Ketua Hakim Negara meminta keempat-empat hakim yang memihak kepada Nizar supaya menimbang semula keputusan tersebut tetapi mereka tetap tidak berganjak. Ini bukan lagi menjadi rahsia. Tanya Nizar kalau tak percaya.

Menurut sumber, Sultan Perak telah dimaklumkan tentang perkara ini dan Sultan juga bersetuju supaya DUN dibubarkan, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekiranya DUN bersidang lagi. Imej Sultan dan Negeri Perak sudah teruk dan sekiranya DUN tidak dibubarkan, maka imej Sultan juga akan terus merudum.

Najib mahu mengembalikan imejnya untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan Perak menjadi liabiliti kepadanya. Lagi pun, Zambry bukanlah orang pilihannya. Najib mahu mengadakan pilihanraya DUN Perak untuk menyingkir Zambry, tetapi dalam masa yang sama, dia mahukan kemenangan BN di Perak.

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang dengan bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka? Yang ini, petugas Pakatan Rakyat kena buat kerja.



Dan dalam entri terbaru PerakExpress yang merungkai konspirasi SPR;

Dalam siri “Siapa Aku” dulu, aku pernah tulis tentang macam mana aku pernah jadi ‘konsultan’ macam mana nak memenangkan sesuatu calon itu dengan mengunakan strategi ‘pindah undi’.

Bila aku bagi tau kat petugas PKR atau PAS tentang macam mana ianya dilakukan, depa bukan nak percaya apa yang aku cakap…sebaliknya depa kata aku SB. Bila bukan musim pilihanraya…semua dok kalut dengan ceramah dan makan malam…cari duit. Bila tiba musim pilihanraya…baru kelam kabut…bila nama pengundi-pengundi dah hilang atau dipindahkan. Baru ada akai! Puluh kali aku dok kata SPR memang kaki belit..hangpa tak mau percaya.

Hari ini aku ada contoh yang cukup baik macam mana Umno buat kerja dengan bantuan SPR. Begitu jugak kesilapan Pas dalam strategi kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.

DUN N36 Pengkalan Baru dalam Parlimen P68 Beruas bersempadan dengan DUN N15 Trong dalam Parlimen P59 Bukit Gantang.
bruas
Daerah Mengundi (DM) N36/08 Ulu Bruas dalam DUN Pengkalan Baru bersempadan dengan Daerah Mengundi (DM) N15/13 Batu Hampar dalam DUN Trong.

Pengundi-pengundi di Kampong Padang Serai dan Batu Hampar menjadi pengundi cacamarba. Ada yang mengundi di DUN Pengkalan Baru dan ada yang mengundi di DUN Trong.

DUN Trong adalah kerusi tradisi Pas. Manakala DUN Pengkalan Baru bertukar tangan sejak tiga pilihanraya yang lepas. Tahun 99, Pas bertanding di Pengkalan Baru. Bila Pas bertanding, orang PKR merajuk. Akhirnya BN menang.

Tahun 2004, PKR pula bertanding di Pengkalan Baru. Bila PKR bertanding, Pas merajuk. Akhirnya BN menang. Bukan setakat itu, ada pengundi PAS Pengkalan Baru yang berpindah tempat mengundi ke Trong selepas 2004 kerana merasakan bahawa kerusi Pengkalan Baru akan kekal ditangan PKR. Lebih baik mengundi calon Pas di Trong daripada mengundi calon PKR di Pengkalan Baru.

Tahun 2008, Pas pula bertanding. Bila Pas bertanding, PKR pula merajuk. Bukan setakat calon PAS tak dapat undi dari orang PKR, malah PAS juga kehilangan pengundinya yang telah berpindah ke Trong. Akhirnya calon PAS tewas dengan 14 undi.

Itu cerita PAS dan PKR. Kalau hangpa tak mau berpakat…mampuih pi la.

Baca seterusnya di sini (panjang lagi bhai...)

2 comments:

broooo... said...

kalau di amati di tv1 & tv3suku hampir setiap hari ada berita umno buat kebajikkan di perak...

ada makna la tu!

Anonymous said...

aku risau, PR takleh menang sebab politik BN yang dasat! Sedasat lempar batu sembunyi tangan...