Tuesday, January 26, 2010

Siapa Aduka Taruna? Kenapa Dengan Herman?


Dalam entri kali ini, ingin saya bentangkan pernyataan saya terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Johor  iaitu Khairul Faizi yang juga sahabat saya dalam blognya minda-kembara.com. Saya menerangkan kepada beliau betapa kecewanya saya terhadap Herman Shamsudin kerana kenyataannya yang mungkin mengakibatkan Aduka lebih lama dalam tahanan. Kenyataan herman di sini.

Dalam masa yang sama, saya menyokong kecaman saudara Khairul Faizi di atas kapasiti DPP Johor terhadap Aduka dalam isu menghina kemangkatan Almarhum Sultan. Saya juga menjelaskan siapa Aduka di mata saya. amati tulisan saya di bawah;

Salam Sahabat,

Kecaman saudara terhadap Aduka di atas kapasiti Ketua Dewan Pemuda PAS Johor adalah rasional bagi pandangan saya. PAS Johor wajar berpendirian sedemikian.

Namun begitu, saya berasa amat sedih dengan kenyataan Heerman Shamsudin yang menekan sahabat saya Aduka dengan mengungkit segala hasil kerja AT yang tidak baik dari pandangan mata Herman.

Seperti yang saudara maklum, Aduka pasti berada dalam keresahan yang amat setelah apa yang dilaluinya minggu ini. Herman seolah-olah menambah duka dan mengeruhkan lagi nasib AT dalam menghadapi tindakan mahkamah kelak. Saya sangat tidak bersetuju dengan beliau kali ini.

Ingin saya ingatkan, AT juga punya banyak jasa dalam me’reformasi’kan pemikiran golongan atas pagar dengan artikel-artikel beliau yang logikal terhadap salah laku kerajaan pemerintah.

Kelantangan beliau mengkritik pucuk pimpinan ‘tertinggi’ PAS juga mempunyai sebab dan hujah yang kukuh serta mempunyai sokongan yang cukup. PAS Reform cetusan AT mempunyai dasar yang ingin melihat parti gerakan islam PAS bergerak selaras dengan fungsinya - Menegakkan Syiar Islam! Walau dalam rangkuman masyarakat majmuk sekalipun, PAS wajar berkedudukan menang-menang untuk semua bangsa.

Aduka Taruna juga merupakan antara blogger yang menentang hebat gerakan jahat yang ingin menggabungkan PAS dan UMNO atas nama perpaduang. Atau adakah atas jawatan menteri yang ditawarkan? Isu inilah yang hampir setiap hari dimainkan AT. Lihatlah berapa kali nama Hasan Ali, Mustapha Ali terukir dalam blog AT.

Jika beginilah sikap Herman Shamsudin terhadap blogger yang ditimpa kesusahan, saya berasa amat, amat kecewa. Sudahlah kami blogging Fisabilillah, menyokong perjuangan pihak pembangkang, dibalas dengan demikian rupa. Namun kami blogger berhati kental, tidak akan tunduk mengalah dan merajuk lalu bertukar haluan, itu bukanlah resam kami.

Saya harap Herman dan Dewan Pemuda PAS lebih peka dalam mengeksploitasi sesuatu isu kerana ia kadang kala membabitkan nasib seseorang sepertimana yang dilakukan Herman.

Faizi sahabat saya, harap faham dengan apa yang cuba saya jelaskan di sini. Sama-sama kita berjuang walaupun dalam medan yang berlainan dan peranan yang berlainan, namun kita di pihak yang sama dalam menghancurkan sebuah kerajaan zalim.

edyesdotcom

Harap penjelasan membuatkan anda lebih kenal siapa Aduka Taruna dan apakah fungsi peranannya

11 comments:

Susah said...

Eh..enta ni mengelirukan ana lah. Enta nak bela Aduka ker? Enta gembang gemburkan peranan Aduka dalam transformasi politik dengan kritikan pedas dan mencekik.

Kami2 yg ramai2 kat luar ni tak nafi yg tu antara entry yg dia dah buat. Habis tu yg pasal kutuk Sayyidatina Aisyah dan sahabat2 nabi serta ahli2 mazhab tu enta tak nak ulas ker?

Ana nak bagitau satu jer lah. Selalunya kita ni bila dah kena tahan atas kesalahan yg jelas kita dah buat, azab menanti kita. Minta maaf berguling2, menangis sampai 2 hari 2 malam pun dah takde gunanya. Nak suruh sama2 fikir nasib isteri dan keluarga Aduka? OK..kami simpati, tapi selama ni takde ker usaha nak nasihat mamat LU GUA LU GUA ni dari rakus menulis sampai tak ingat baik buruknya.

Enta ajak kita sama fikir SUSAH Aduka sekarang?..ni nak cerita soal SUSAH:

1) SUSAHnya kami nak redakan diri pujuk diri agar menafikan segala tulisan Aduka sblm ni.

2) SUSAHnya kami nak jawab kat rakan2 bukan Islam yg duk tanya betul ker isteri nabi boleh dikata bangang buduh dan sebagainya.

3) SUSAHnya kami nak jawab kat rakan-rakan diluar ni yg dah mula keliru tentang sejarah dan pegangan islam bila Aduka tulis dgn memburukkan para pendokong mazhab..SUSAH SUSAH SUSAH bila ada org mcm Aduka ni dalam masyarakat.

Semoga jadi pengajaran utk semua

Anonymous said...

Pada gambar yang disiarkan :

Siapakah perempuan yang di belakang lelaki itu? Adakah isteri Aduka? Atau siapa?

Kalau isterinya, mengapa perpakaian ketat dan tidak bertudung!

Tetapi kenapa aduka sering kali melaungkan2 Islam?
Sesedap hati mengutuk mazhab?

Ntah la Aduka... betulkan dirimu dan kaum keluargamu dahulu

Lu pikir la sendiri

Anti-UG said...

Bro, Herman kan pro UG. Si AT plak anti-UG nak mampus.

Tulah pasal Herman meroyan x tentu pasal. Kalo boleh biar semua yang anti-UG masuk penjara.

Senang geng UG nak selingkuh ngan UMNO nanti.

antimulutcelupar said...

tak payahlah nak kasihan kan ke AT ni, dia sendiri tak pernah kasihankan diri dia...
kutuk org sini kutuk org sana... tukan menzalimi diri sendiri namanya.

AT nak PAS berjalan diatas syiar islam yg betul? ehehe bahasa pun tak ikut islam, tak pernah dengar hadith kot pasal lidah si AT ni.

minta maaf ler, aku x pernah setakat dia ditahan terasa sekelumit simpati dihati ni.

aku tak boleh nak lupa tulisan dia pasal isteri rasullah, para ulama. minta maafler AT.

banyak blogger kata tangkapan ini satu hikmah, tapi bagi aku bukan hikmah tapi KIFARAT.

Edyes said...

anon,

pernah tengok gambar anak fadzilah khamsah?

Klik sini

Dato' Fadzilah Khamsah seorang yang sangat hebat dalam memotivasikan jutaan orang... malah pengaruhnya jauh lebih besar dari Aduka Taruna.

Dato FK pun melaungkan Islam jugak..

UTK AT said...

Anon 12:21

Aku pun tak perasan gambar tu.
Aku ada terbaca comment drpd al-banjari. Salah satu commentnya begini:

muslimcheras said...
sabda rasullah "sebaik-baik muslim ialah tangan dan lidahnya tidak menyakiti muslim lain"

yang pakai seluar ketat ngan kepala togel di balai tu isteri dia ker?

January 26, 2010 2:40 PM

Anonymous said...

-yg wa peliknye, lu org kate tak stuju ngan artikel AT brkenaan mazhab yg die sentuh skali isteri Rasulullah, tp mase die post n3 tue, lu org g mane?..g mnyurok kat mana?..celah2 jubah?..apsal x blas ngan hujah dlm blog dia time tue?..

-bile mamat tue kena tahan,xleh nk berblog dah, nah, kemain rmai yg hentam ,abis sume artikel die kena korek, kalu yg hentam tue puak umno,wa x kesah sgt, nie yg budak2 pas pun tumpang skaki jgak..seolah2 mcm nk lepaskan geram atau dendam yg trbuku lama..woii mangkuk fakap!!, kalu brani hujah lawan hujah!!sial la lu org!!

-bole plak ade yg nk tau tue bini die ke tak,nape x pkai tudung,nape pkai ketat,nie wa dpt agak, kalu soklan2 cerdik cmni mmg bdak2 pas la juara die..

-korang ingat kemenagan pas dlm plihanraya tue krn hnya undi2 dr spesis yg mcm korang je ke?..ade mat rempit, mat rock, ade yg bukak aurat, ade yg isap rkok,ade mcm2 jnis glongan yg undi pas/pr, dan yg pasti diorang pun same2 ingin merasai negara islam, korang nk abaikan bdak2 nie sume?..bole blah korang!!

-zargus-

Istiqomah said...

Aduka proxy husam menjatuhkan TG presiden.
Kickapella proxy Husam menjatuhkan TGNA dan keluarga.
Edyes and the gang proxy Husam menjatuhkan puak UG.

Kesimpulannya Erdogan = UG mementingkan ego dan perut sendiri dengan menjatuhkan satu sama lain dengan mempengaruhi ahli jemaah.

fadli said...

oh Aduka Taruna ...

padan muka kau

Anonymous said...

Zargus, kau ni buta ke?

Kau tgk balik brp byk komen dlm entri tu? Brp byk kami hentam dia. Jgn cakap kami nyorok masa tu pasal mmg kami ada tegur.

Kau ni ada tegur masa tu? Ke suka dapat tgk Aishah kena maki?

Harris said...

Setuju ngn org kt ats!Pemuda pas ni bacul!!!Hujah lwn hujah la!!Mcm ni ke tarbiah yg parti pas ajar korang sume?Byk dlm isu2 bsar kt dlm negara ni pemuda pas sunyi sepi ntah dok kt mane.Btol la tu,dok nyorok dlm jubah labuh tu.Simpan la teloq hang tu wahai pemuda2 pas!!!