Thursday, January 21, 2010

Mungkinkah Pemberian COLA Akan Ditarik Balik ?


Saya telah menerima berita yang bertaraf khabar angin ini dua minggu yang sudah, namun belum mahu mendedahkannya di blog edyesdotcom. Tetapi apabila saya mendengar khabar yang serupa dari sumber yang berlainan, maka saya laporkan di sini ;  Bantuan Sara Hidup (COLA) berkemungkinan ditarik balik.

Walaubagaimanapun, saya ingatkan bahawa berita ini masih di bawah status khabar angin dan menyeru agar semua kakitangan kerajaan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Kerajaan Najib yang masih pekat dengan 'syndrom denial'nya tidak akan mengaku kalah. Kerajaan Najib ingin ditafsirkan sebagai sebuah kerajaan yang berjaya dan berduit walaupun timbul isu pengurangan subsidi gula serta kemungkinan kenaikan harga minyak. Liabiliti kerajaan dikurangkan dan rakyat menjadi mangsa bertepatan dengan cogankata - Rakyat Didahulukan.

Ketirisan dalam pengurusan yang kini semakin menjadi-jadi semakin merugikan pihak kerajaan selain hanya menguntungkan proksi dan cukung darat. Kerugian demi kerugian ini akhirnya ditanggung oleh rakyat setelah GST diperkenalkan kelak. Banyak isu ketirisan yang masih lagi tidak ditebus, antaranya termasuklah isu 12 Bilion PKFZ, isu komisen ratusan juta pembelian Sukhoi dan Scorpene, termasuk juga isu projek hospital yang kosnya naik dari 300juta kepada 500juta. Inilah ketirisan yang akhirnya ditanggung oleh rakyat jelata - Kenaikkan harga gula dan harga minyak dan seterusnya 'rantaian beraksi' kenaikkan harga barang.

Kerajaan juga begitu gah mengumumkan penyertaan pasukan F1 Malaysia yang menelan belanja sebilion untuk semusim perlumbaan. Nama pasukan yang sepatutnya adalah Pasukan Lotus F1 Malaysia Racing Team kerana ini adalah antara matlamat Najib dalam menyertai pertandingan mewah ini, tetapi nama pasukan tersebut ditukar kepada Lotus F1 Racing Team.  Pelumbanya pula adalah pelumba import dengan Fairuz Fauzi memanaskan bangku simpanan untuk sepanjang musim.

Pernah rakan saya membantah pendirian saya dengan mengatakan penyertaan pasukan F1 Malaysia dibiayai oleh 4 syarikat gergasi Malaysia antaranya termasuklah Air Asia dan Kumpulan NAZA yang melibatkan sejumlah RM500juta. Di manakah liabiliti kerajaan? Maka saya jawab, RM500juta itu sememangnya dari konglomerat swasta, tetapi kerajaan juga kehilangan RM500juta yang berbentuk cukai! Sudah pasti konglomerat yang sponsor sejumlah RM500juta akan dilupuskan cukainya dalam jumlah nilai yang sama! Inilah ketirisan terancang.

Kini, setelah tertiris di sana sini, maka giliran kakitangan kerajaan pula menjadi korban dengan pemberian nafas COLA yang bakal ditarik balik... Kemungkinan yang dirancang...

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu.
Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam.
“Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan. “Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara. Omar berkata, sewaktu ekonomi negara dilanda kegawatan pada 1998, kerajaan tidak mengambil langkah memotong elaun Cola sebagai salah satu alternatif untuk berjimat.
“Oleh itu, sebagai jalan terbaik, kerajaan perlu meneliti dan mengkaji rasionalnya atau mengambil langkah lain dalam menjimatkan perbelanjaan negara,” katanya. Sinar Harian


6 comments:

mR.Confused said...

inilah yang dikatakan rakyat didahulukan.....apa pn nk kena rakyat dulu..pemimpin selamat...dh la rakyat tpaksa tanggung kos saraan hidup yang semakin tinggi bayangkan lah

gaji : 870.29
kola : 200 (bagi kawasan bukan bandar)
elaun rumah : 180
khidmat awam 115
total : rm1365.29

lepas tolak epf+zakat+angkasa+tbg hj tgl la 900...tolak hutang2 kete,kad kredit,bil2 tinggal la lebey kurang 300 utk sebulan...klu potong 2elaun tu mcm mana nk survive?minyak lagi..makan lagi...haihhh

Edyes said...

adoi...

ini kira kes naya nie...

Rakyat didahulukan untuk menempuh dugaan... UNDILAH BARISAN NASIONAL (baca: PEGI MAMPUS!!)

Anonymous said...

Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan gred bawahan.
Elaun Cola sedikit sebanyak membantu saya dalam urusan pembayaran bulanan. Cthnya: bayaran pinjaman pelajaran saya dan bayaran api + air rumah.
Khabar angin yang saya dengar 3 hari lepas mengenai hal ini, membuatkan saya tidak lena tidur dibuatnya memandangkan tiada baki untuk disimpan daripada gaji saya. Ini menambahkan kerisauan yang teramat bagi saya.
Mungkin pegawai lain tidak merasa apa yang saya rasakan.
Sejak Elaun Cola diberi pada tahun2006, saya langsung tidak menambahkan hutang2 malah ia banyak membantu dari segi pembayaran lain.
Gaji bulanan + Elaun2 termasuk Cola yang diperolehi setelah menolak duit pengasuh anak 2 orang + belanja mak + bayar rumah + api & air + bayaran pinjaman pelajaran adalah cukup2 sahaja.
Masakan pula hendak ditarik balik Colanya.
Tolong la kerajaan fahami....

Anonymous said...

sinar harian mana kau baca nie???

ada link? ada link ke?? confirm ke??

jangan buat citer bhai!!

Edyes said...

hehehe...

rasa-rasa kat bawah nie link apa?

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6332601.asp

Anonymous said...

mamat anon 4.45pm

kau apahal mamat, minta edyes link2 ni. Aku dah dgr citer ni dari minggu lepas lagi.
Kalau takde apa2 takkan org bercerita.
Kan dah kuar berita pagi ni yg ini Khabar HHangin!!
Agak2 nya memang dah hampir betul tp saje je citer khabar hhangin.

Edyes, aku takut kerajaan tak potong semua tapi potong setengah jer.
Setengah pun duit belanja aku jugak!
Benda ni kalau jd bukan dia potong sekarang.
Ada 2 sumber yang aku dengar sekarang mungkin potong bulan 3 atau bulan 4.
JANGAN POTONG BETUL2 SUDAHLAH...
BUNGKUS KERAJAAN SEKARANG JUGAK!!!