Wednesday, February 11, 2009

Hishamudin Rais : Jangan Salah Nilai

Saya mengambil satu peluang untuk menyiarkan sebuah lagi hasil tulisan Hishamudin Rais. Seperti sebelum ini, saya sering memapar artikel dari Abg Isham dengan tujuan menyebarkan idealogi-idealogi yang bersangkutan dengan isu semasa.

Kadang-kala, belum sempat artikel seperti di bawah ini menjadi bahan bacaan orang ramai, entri seterusnya masuk di blog Tukar-Tiub dan menyebabkan hanya segelintir sahaja yang sempat melihat artikel yang sebaik ini.

Sejak dulu saya meminati penulisan Hishamuddin Rais kerana idealoginya. Oleh demikian, ingin saya kongsi dengan semua pembaca yang singgah di blog edyesdotcom. Selamat membaca, Membaca Itu Pelita Hidup...


Jangan Salah Nilai

oleh Hishamudin Rais

Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – satu molikul hydrogen dan 2 molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)

7 comments:

Anonymous said...

bangang... ko kalo PR ko sdp je la ckp.ko ni da sama cam yahudi bg alasan sbb ape dia serang palestin.tuk diri ko baik je la.igt la..bkn diri ko yg nilai ko baik..org luar..sapa ckp seluruh rakyat suka org umno msk pakatan..bodoh..x tau fak ta.tgk kt kuala trengganu..pas mng dgn undi 32k lbh je.kalo nak ikutkan wkl BN yg menngl aritu dpt gak undi 32k tu.tp aritu peratus kuar mengundi kurang.jgn la perasan sume rakyat da suka ngan ko.hishamudin rais yg kuat merokok ni lg bangang.cakap pandai la.

Anonymous said...

KEPALA BAPAK HANG HR,.

Anonymous said...

hoiii HR barua,..!!!

Ko jgn lupa kat KT ada 30ribu org undi UMNO baghal,..

Ko mmg barua al-juburi,.. dpat tumpang menjubur kot???

Edyes said...

apa yang awak-awak anon nie sakit hati sangat dgn hishamudin rais?

dah dia cakap mende yang betul. takleh terima kenyataan ke? atau awak-awak nie dah cuak nak lepas satu-dua lagi pilihanraya?


hehehe, deme takut kalah lagi ropenye...

Anonymous said...

woi edyessial...sapa kata kitorang tkt kalah.setakat adun ni apedehal.ko amik la adun2 ni sume.biar ko bergaduh ngan DAP tu.org PR x kenang sejarah.ikutkan sgt anwar gay tu.tlg la pegi tnye karpal..anwar tu homoseks ke x?tlg la tnyer.karpal tu brani sbb dia tau anwar homosek tau x.ms dia jd peguambla dulu..masa tu anwar da citer sume kt dia da.mmg aku menyampah ngan hisyamudin tu..org yg ckp merapu...perasan diri dia je la yg btul.padahal bkn ikhlas pon.dia wat ni sume sbb sakit hati je tu.bodoh nyer anak rais..tgn pegang tasbih mulut hisap rokok.

Anonymous said...

Penyokong UMNO totok mcm cik anon ni memg susah dh nk bukak minda. kat KT je dh bole rasa dh yg rakyat dh cenderung ke PR. kalo BeEnd masih relevan, nape xleh menang kat situ. padahal situ kawasan BeEnd dulu. tu pun cik anon masih xnak ngaku lg yg BeEnd dh punah, masih lg nk pertahankn pemimpinnya yg rompak harta negara tu, termasuk la harta2 cik anon skali...tolol nyer cik anon..

Anonymous said...

apabila sebuah parti dipenuhi oleh penyokong yang tidak mampu belajar daripada teguran positif pihak lain, malah bertindak balas dengan kata-kata kesat yang isinya sifar, ini tanda bahawa parti itu sedang mereput dari dalam dan akan hancur tidak lama lagi.

saya melihat banyak posting di merata-rata internet, dan 95% daripada komen penyokong UMNO terdiri daripada jenis yang tak berisi, dan sekadar berkisar kepada dakwaan homoseks DSAI, isu perkauman dan isu picisan yang tidak membawa malaysia ke mana-mana.


UMNO sendiri mempunyai orang baik yang berkali-kali (itupun tinggal satu dua saja) memberikan nasihat, seperti KuLi, tetapi tidak ada ahli yang menghiraukannya kerana beliau tidak mahu sama terlibat dalam permainan politik wang. Ini tahap reputnya lembaga yang dipanggil UMNO.