Tuesday, September 6, 2011

Timbalan Presiden PAS Sedia Bertembung Timbalan Presiden UMNO !




Koboi UMNO lawan Koboi Rakyat...
Pertembungan Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin amat sesuai memandangkan Muhyiddin Yassin lah yang mengasak Mohamad Sabu supaya bertaubat kerana kenyataan Mat Sabu membela Mat Indera. 

Fakta yang lebih menarik ialah Muhyiddin Yassin buat masa ini adalah Ahli Parlimen Pagoh yang berdekatan Bukit Kepong. Bapa kepada Muhyiddin iaitu Tuan Guru Hj Yassin pula dikatakan pernah menjadi guru kepada 'tokoh pahlawan terbilang negeri Johor' iaitu Ahmad bin Indera atau dikenali dengan nama Mat Indera. Pejuang kemerdekaan yang juga seorang yang hafiz alQuran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji itu juga hampir-hampir menjadi abang ipar kepada Timbalan Perdana Menteri kita hari ini iaitu Muhyiddin Yassin.

Debat ini pastinya membuka minda rakyat tentang nasib pejuang-pejuang yang disorokkan kebenarannya. Rakyat wajar berjiwa besar untuk menerima sejarah sebenar di sebalik doktrin yang berpuluh tahun ditanam di dalam jiwa. Perdebatan sejarah kemerdekaan ini adalah sangat penting kerana selama ini kita dihidangkan dengan sejarah yang bias terhadap kelibat pemerintahan British di Tanah Melayu. Jalan yang telah dibuka oleh Mat Sabu harus dipuji dan harus disahut oleh Muhyiddin sebagai pemimpin yang paling berkaitan dengan Mat Indera khususnya.

Oleh demikian, pertembungan Mat Sabu dan Muhyiddin Yassin adalah sangat sesuai untuk dilaksanakan kerana kredibiliti dan kelayakkan masing-masing dan juga di atas kapasiti yang sama iaitu sebagai timbalan presiden parti. Buat ketua pemuda Umno yang tidak berjawatan itu, adalah lebih baik berdebat dengan Suhaizan Kaiat dulu. 

Sama-sama kita nantikan, apakah Timbalan Presiden Umno juga bacul seperti Presidennya ? Jika benar, dapat ditafsirkan semua pemimpin dan ahli umno rupa-rupanya tidak berani berdebat, apatah lagi menasihati isteri masing-masing. Semua kena nasi kangkang cap Rosmah gamaknya ?


EDYES @ edyesdotcom


1 comment:

hussin said...

Menarik! Muhyiddin katanya nak jatuhkan najib. Mat sabu nak berdebat dengan muhyiddin pulak?

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan