Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) mengibaratkan langkah terbaru kerajaan itu sebagai proses penjenamaan semula dan bukan "melenyapkan produk" dari pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan keputusan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 serta akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Khairul Azam (kanan) mencadangkan dibentuk undang-undang baru dibentuk berdasarkan Akta Patriot yang digunapakai Amerika Syarikat.
Serangan pencegahan
"Elok ikut Akta Patriot di AS. Ia membenarkan pre-emptive strike (serangan pencegahan) jika ancaman dipercayai wujud.
"Akta Patriot membenarkan serangan pencegahan atas sasaran yang dipercayai boleh ancam keselamatan AS walaupun sasaran itu tidak berada di bumi AS," katanya.

Mengulas pengumuman Najib semalam, Magaran menyifatkannya "tindakan populis" pentadbiran perdana menteri.
Magaran sebelum ini mencuri tumpuan dengan menganjurkan perhimpunan menyokong ISA pada hari dan tempat yang sama dengan perhimpunan anjuran GMI.
Bagaimanapun, jumlah penyokonya yang hadir pada 1 Ogos dua tahun lalu di ibu negara jauh lebih kecil daripada pihak yang menentang ISA. Kedua-dua pihak gagal mendapat permit polis.-mkini
Ulasan Edyes di sini
No comments:
Post a Comment