Thursday, September 15, 2011

Pastikan ISA Benar-Benar Dimansuhkan, Bukan Di'Mansor'kan...




1. Tahniah GMI dan mereka yang pedih mata, hidung, kerongkong dan dada ketika menyertai demonstrasi menentang ISA berbaju putih 1 Ogos 2009.

2. Tahniah Najib kerana membuka langkah untuk bertindak memansuhkan ISA. Banyak lagi undang-undang penjajah yang perlu direformasi atau dimansohkan. Tetapi jangan pula ada undang-undang yang di'Mansor'kan seperti pengecualian cukai untuk aksoseri wanita termasuk cincin berlian.

3. Sebelum Pakatan Rakyat mempunyai kuasa, adalah lebih baik langkah memansuhkan ISA digerakkan ketika Barisan Nasional mempunyai kuasa. Sekurang-kurangnya peroleh kredit walaupun akan lahir lagi dua undang-undang penahanan jangka sederhana yang tidak diketahui apa muslihatnya.

4. Sebelum Pakatan Rakyat menggunakan undang-undang zalim ISA, adalah satu langkah yang cermat buat Najib dan Barisan Nasional untuk terlebih dahulu 'mencuci tangan', menjadikan gelanggang lebih terbuka dan selamat buat 'mereka' sekiranya Barisan Nasional benar-benar menjadi pembangkang Putrajaya. Namun begitu, pada dasarnya ISA adalah undang-undang yang akan dimansuh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kelak.

5. Kamunting masih lagi beroperasi. Sepatutnya Kamunting ditutup malam ini juga dan tahanan ISA dibebaskan sehingga pendakwaan berlangsung.

6. Tidak sabar untuk menyaksikan sebuah demonstrasi anjuran PERKASA untuk menentang keputusan memansuhkan undang-undang zalim ISA.

7. Dua lagi undang-undang baru yang bakal digubal harus dibincangkan secara terbuka dan memanggil panel dari NGO dan wakil pembangkang. Ini kerana setiap orang yang ditahan ISA memberi impak besar ke atas kerajaan Najib, kerana namanya ISA. 

7.5 Adakah setelah menukar nama dan method undang-undang, penangkapan yang sedikit sederhana tempohnya daripada ISA, apakah rakyat akan lebih mudah disumbat dalam tahanan tetapi tidak mengambil masa yang panjang berbanding ISA? Tujuan untuk memudahkan penangkapan tanpa memberi impak sebesar undang-undang zalim ISA.

8. Adakah pengaruh komunis akan berkembang lebih pesat dengan mansuhnya undang-undang zalim ISA ? Maka diperketatkan akta ordinan darurat supaya Mat Sabu dan che'GuBard lebih mudah ditahan.

9. Terima kasih juga perlu diucapkan kepada Mat Sabu kerana menjadi salah satu punca keputusan malam bersejarah ini tercatat dari Angkasapuri. 

10. Akhirnya Najib akui betapa undang-undang ISA adalah zalim, tidak bertamadun dan bertentangan dengan agama. 

11. Apa yang boleh Edyes katakan sekiranya ramai di antara kita yang berpendapat, pemansuhan ISA adalah seperti 'tukar nama' sahaja, tidak lebih dari itu.

No comments: