Monday, November 22, 2010

Serangan Edyes Terhadap JPP di 'Pick-Up' Oleh Malaysiakini !

Setelah beberapa blog menyiarkan artikel edyesdotcom yang bertajuk Pemilihan 2010 Tidak BERSIH !! (Wajib Baca !!), akhirnya laman berita Malaysiakini berbahasa melayu menyiarkan salah satu kepincangan Pemilihan 2010 yang dipetik dari Laporan 18 November Chegubard.

Malaysiakini menyentuh 2 dari beberapa perkara yang dikemukakan oleh Chegubard di atas tajuk Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar.

Sebenarnya campurtangan Anwar telah diulas lebih awal oleh MSK dan Haris Ibrahim sejak dari mula pemilihan. Ketika pemilihan di peringkat Cabang lagi, DSAI telah dikatakan bertindak untuk memastikan orang-orang penting disekelilingnya menjadi ketua Cabang supaya mudah diangkat sebagai calon untuk PRU akan datang.

Ketika Pemilihan 2010 memasuki minggu kedua, MSK sekali lagi menjelaskan dalam entri Undi Telifon, Politik Baru Dalam PKR ;


Ini politik baru dalam PKR apabila Ketua Umum menjadi Pengurus Kempen kepada Calon Timbalan Presiden. Ia juga satu politik baru apabila Anwar menggunakan telefon untuk mengarahkan sesuatu keputusan. Dan Anwar juga menggunakan telefon untuk memberitahu Ketua-Ketua Cabang untuk memastikan undi mesti pergi kepada Azmin.

Diperingkat awal, Pengerusi JPp..Dr. Molly Cheah membuat beberapa keputusan, tetapi akhirnya dioveruled oleh Saifudin..hanya dengan panggilan telefon dari Anwar. Dr. Mansor ditentang oleh arwah Pak Tam..tapi akhirnya arwah Pak tam terpaksa menarik diri selepas mendapat telefon dari Anwar. 
Petikan di atas menunjukkan terdapat unsur-unsur campurtangan DSAI yang memperlihatkan pertandingan tidak lagi di padang yang sama rata. Ia juga melibatkan pertandingan perebutan jawatan ketua AMK kerana Dream Team Azmin-Anwar juga melibatkan kelibat pemuda AMK. Kita menyebutnya sebagai CHAI Azmin-Anwar.

Perkara yang sama berlaku juga di Sabah sepertimana dalam petikan MSK;
Anwar memastikan semua Ketua Cabang di Sabah mengikut telunjuknya. Dan tak susah memujuk Ketua-ketua Cabang di Sabah…dengan janji untuk menjadi Calon semasa Pilihanraya nanti, sudah cukup untuk mengubah sokongan mereka. Dan Anwar berjaya kerana dia yang memutuskan siapa yang akan menjadi calon…bukan Zaid.
Itulah antara yang berlaku di Sabah apabila Anwar Ibrahim menggunakan pengaruhnya untuk kemenangan Chai Azmin-Anwar. Perkara ini disebut dalam laporan Chegubard yang merujuk kepada panggilan telifon terhadap Ketua Cabang Kota Marudu, diarahkan supaya memberi sokongan dan juga menolak calon tertentu.

Malaysiakini juga memuatkan antara lain yang dilaporkan mengenai kepincangan JPP seperti di bawah; 
  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).

  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.

  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".


  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.


Kita harus terus menekan kepimpinan parti supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) disiasat dan dalang kepada berlakunya sebarang bentuk penyelewengan dan ketidak-telusan dalam Pemilihan harus diberi hukuman setimpalnya !

Akhir sekali, Malaysiakini juga sempat mengulas kata-kata Chegubard mengenai kepincangan JPP;
"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." Chegubard

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

No comments: