Monday, November 15, 2010

Saksikan Chegubard di Astro Awani 501 Jam 10 Malam Ini !! (15 Oktober)



Ikuti malam ini penjelasan mengenai perjalanan Pemilihan 2010 Keadilan yang akan muncul di Astro Awani 501 dalam segmen "Sudut Pandang" yang bertajuk "Pemilihan Parti Keadilan"

Sesi temuramah tersebut akan menampilkan Cikgu Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard sebagai panelis dan juga wakil wartawan pada jam 10 malam ini (15 oktober) secara langsung.

Sama-sama kita saksikan suara anak muda yang bergema di sebalik kepincangan Parti Keadilan dalam pemilihan yang sedang berjalan ini. Chegubard cukup digeruni oleh pemerintah kerana beliau juga dikenalpasti sebagai penggerak anak muda yang menjadi ikon revolusi kebangkitan anak muda masakini dan aura pengaruh Chegubard mudah mendapat penerimaan di kalangan anak muda.

Jangan lupa, Jam 10 malam ini. Astro Awani 501 !! Saksikan Chegubard !!



TERKINI...Shamsul Iskandar juga akan muncul bersama Chegubard malam ini di Astro Awani. Pasti akan bertambah menarik!! Dan berkemungkinan segmen akan bertukar menjadi wacana debat? Sama-sama kita saksikan !!

No comments: