Friday, November 19, 2010

Zaid Keluar Parti, Tetapi Tunggu 16 Disember !



Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memilih 16 Disember akan datang sebagai tarikh beliau meninggalkan parti itu.

Bercakap kepada wartawan pagi ini, Zaid juga mengumumkan bahawa beliau telah mengemukakan surat perletakkan jawatannya dari PKR hari ini tetapi hanya berkuatkuasa bulan depan.

"Mengapa 16 Disember? Kalau Anwar gemar 16 September, maka saya pula suka 16 Disember," katanya dengan nada sinis.

Zaid berkata tindakan meninggalkan PKR terpaksa diambilnya berikutan episod pemilihan parti di mana beliau telah dituduh dan difitnah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

“Saifudin Nasution menuduh saya berniat jahat, kononnya saya telah merancang untuk menubuhkan parti baru sebelum pun saya masuk bertanding; Syed Husin dan Azmin pun sama bercakap tentang niat jahat saya untuk menggugat kepimpinan parti semasa saya mula-mula masuk parti lagi.

“Sumbangan saya kepada parti selama ini pun dikatakan kecil sahaja. Mereka juga berkata bahawa saya ini pemalas, tidak setia dan tidak memahami maksud perjuangan parti.

“Anwar Ibrahim sendiri telah menggelar saya sebagai 'Trojan Horse' dan 'Sore Loser'. Fitnah, putar-belit dan cerita-cerita rekaan ini telah memaksa saya untuk keluar dari parti ini. Saya tidak rela bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang gemar menghina orang lain seperti yang telah mereka lakukan terhadap diri saya,” kata Zaid yang membacakan kenyataan yang turut dimuatkan di blognya.

Pada sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya, Zaid berkata menghargai sokongan kuat yang telah diberikan oleh kawan-kawan dan ahli-ahli parti kepadanya.

Minggu lalu, Zaid memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan wujud kecacatan dalam proses pemilihan pusat - yang julung kali diadakan menggunakan kaedah langsung.

Beliau juga mengundur diri daripada semua jawatannya dalam parti itu.

Bukan penakut

“Saya memasuki parti ini dan terus menjadi ahli seumur hidupnya bersama-sama dengan anak-anak saya kerana saya mahu parti ini menjadi wadah perjuangan reformasi dan keadilan yang tulen, jauh sekali untuk menghancurkannya dari dalam.

“Saya juga merasa yakin bahawa banyak pihak lain yang turut berkongsi kepercayaan dengan saya bahawa mana-mana perjuangan yang didasarkan di atas hasrat untuk menyelamatkan karenah peribadi pemimpinnya semata-mata adalah satu perjuangan yang palsu,” katanya.

Menurut Zaid adalah wajar baginya meninggalkan PKR apabila beliau tidak lagi dipercayai oleh pemimpin-pemimpin atasan yang menganggapnya sebagai pengkhianat.

“Saya bukan penakut dan saya juga bukan kaki merajuk. Saya akan terus bersama dengan kawan-kawan dalam arena politik bagi memperjuangkan politik yang sihat dan bertanggungjawab demi membela hak rakyat,” katanya.

Pada sidang medianya, Zaid juga berkata sekalipun hujan atau ribut, petir, beliau tetap akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang sama ada sebagai calon bebas ataupun di bawah parti baru.

"Saya tetap akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

"Jika kami gagal menubuhkan parti baru, walaupun sukar untuk gagal kerana Malaysia ada banyak parti, saya akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Tetapi politik adalah permainan yang sunyi, jadi adalah lebih baik jika dapat bertanding dengan rakan-rakan di bawah tiket yang sama,” katanya.

Menurut Zaid, meskipun diberi amaran oleh ramai peminat ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa karier politiknya akan hancur atau terkubur, namun baginya ia tidak penting.

“Kepada mereka, saya ingin menegaskan bahawa karier politik saya adalah satu perkara yang kecil sahaja; yang besar dan penting kepada kita semua ialah politik kotor dan penipuan mesti kita tentang walau dari pihak mana sekalipun ia datang; ia tidak boleh sama sekali dibenarkan untuk bertapak di bumi bertuah ini,” katanya lagi. - mkini

 
Edyes wrote:
 
Kalau nak keluar, sila keluar sekarang! kenapa nak tunggu 16 Disember?? Atau nak tunggu dipecat daripada menjadi ahli KEADILAN ??
 
Saya makin tak faham permainan Zaid, tetapi Azmin tetap busuk !
 
 
EDYES @ edyesdotcom

4 comments:

Anonymous said...

Tuan blog...
Tak kan nak tunggu orang pecat, tak kan nak tunggu orang pujuk "jgn pegi" Tak kan nak pandang2 sapa la yg nak ikut aku. Saya pecaya tuan blog pun tak nak ikut parti baru tu kan...Saya ikut lah sebab tak ngam dgn azmin....opp malas lah...

oleh
Hantaloo

Anonymous said...

mungkin nk tunggu kes bicara mahkamah yg di bawa oleh janapala tu ,isnin ini

blogmaster said...

Assalamualaikum , tuan blog yang budiman serta pembaca blog ini yang dihormati, di sini ada 1 jemputan:

Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho, Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, Kelantan
21- 26 November 2010 / 10 pagi - 10 malam. Semua dijemput hadir.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan Ingin menjemput tuan, puan, saudara, saudari, adik,abang dan kakak serta seluruh Rakyat Malaysia yang dihormati untuk turut memeriahkan Ekspo Perdangangan Antarabangsa Islam @ Ekspo Cheng Ho (Kelantan-China) pada 21 hingga 26 November 2010/ jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

- Pameran Teknologi Bertaraf Dunia dari China
- Pameran Perniagaan Malaysia dan China
- Pesta Makanan Halal IKS Tempatan & Antarabangsa
- Pameran Ilmiah Tamadun
- Pameran Sejarah Islam & Pelayaran Cheng Ho
- Forum Perniagaan & Business Matchmaking
- Pertunjukan Fesyen Islam
- Pertunjukan Akrobatik


Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih boleh kunjungi Ekspo Cheng Ho ini secara "Maya@ Virtual" melalui saluran web/ blog berikut:

Blog Media Cheng Ho Expo www.chenghoexpo.blogspot.com
Online Expo di - www.chenghoexpo.net
TV 6 TV Malaysia.net - www.tvmalaysia.net
dan Web YB Dato Husam Musa - www.husammusa.com


Terima Kasih.

Mohdalisuratman said...

Assalammualaikum Dato', juga Ed dan pembaca,

Siapalah saya untuk mengucapkan tahniah kepada Dato' kerana meninggalkan PKR dan dengan tertubuhnya parti baru nanti. Bagi saya Dato' lebih memerlukan PKR dari PKR memerlukan Dato'. Namun, tidak dapat disangkal sesungguhnya PKR akan lebih unggul dengan penyertaan Dato' bersama. Sebenarnya, Dato' dan DSAI adalah penjelmaan gandingan sama Tuah dan Jebat di zaman Melayu Melaka dahulu. Tetapi sayang sejarah perpecahannya juga yang masih mahu terulang.

Dato' mempunyai banyak kekuatan diri untuk ditonjolkan bagi mendapatkan sokongan, tetapi Dato' memilih untuk memperburukkan kawan seperjuangan dari menceritakan ketokohan Dato' sendiri. Mungkin Dato' terlupa akan apa yang telah Dato' isikan dalam 'Apa yang Penting Untuk Orang Melayu'. Mungkin juga kerana 'Saya-Pun-Melayu' maka tingkah laku Dato' juga tidak dapat lari dari kebenaran kata-kata Dr Mahathir yang Melayu mudah lupa. Bila Dato' tersiseh dari UMNO dahulu, ramai yang menyokong hasrat Dato' mahu melondehkan kebobrokan UMNO, pindahmilik harta kazanah antaranya. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Muka insan yang menolong merawat kecederaan Dato' pula yang diludah. Parah di kaki belum lagi sembuh, kain pembalut lukanya Dato' curahi air panas konon untuk membunuh kuman. Tubuh sendiri yang kesakitan.

Bila tertubuh parti baru nanti, pujuklah mereka yang di UMNO, MCA dan MIC waima dari PKR jika mereka mahu ikut sama. Ingat, bila poket mula mengosong nanti, kawan rapat pun kalau setakat angkat kaki terus chow itu masih gentleman lagi, silap-silap diri juga akan terfitnah.

Tentunya ramai yang mahukan Dato' terpilih walaupun mewakili parti politik lainnya. Susunlah strategi yang menunjukkan kekuatan diri Dato'. Kalau setakat seranahan boleh guranti Dato' akan kehilangan penyokong. Lagi dicaci DSAI lagi banyak keburukan Dato' terlondeh sendiri. Dato' manusia berilmu, dan bukan calang-calang ilmunya, jangan confident sangat dengan penasihat di sekeliling kita. DSAI tetap DSAI yang kami kenali. Wassalam.