KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata kejadian tanah runtuh sehingga mengakibatkan 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, Sabtu lalu bukan berpunca daripada kecuaian manusia.
Beliau berkata, kejadian itu sebenarnya disebabkan hujan yang berpanjangan.
"Jika ia disebabkan kecuaian manusia, ia akan memberi kesan yang lebih cepat iaitu dalam dua tahun selepas pembangunan dilaksanakan di kawasan terbabit," katanya di sini, hari ini. -bharian
edyes wrote:
Jika bukan kecuaian manusia, kecuaian siapa wahai Ong Ka Chuan? Bukan chipanzi yang buat bungalow atas Bukit Antarabangsa, bukan juga beruk khairy.
Wahai menteri yang bertanggungjawab, tolonglah memberi respon yang bijak. Walaupun bukan Ong Ka Chuan yang meluluskan sebarang projek di sana, tetapi bukanlah bermakna boleh bagi menteri KPKT menuding jari menyalahkan alam.
Bagaimana tanah itu sliding? salah sistem perparitan?? atau salahkan bukit?
Bagaimana rumah-rumah bungalow itu terjual? Salahkan pembeli?? Atau pemaju?
Bagaimana pula hutan bertaraf reserved itu boleh ditarah? Bagaimana pula Bukit Antarabangsa diteres-tereskan??
Siapakah yang meluluskan CF untuk bungalow di lereng bukit? Siapa pula yang meluluskan pembangunan di kawasan cerun??
Siapakah yang boleh jawab persoalan-persoalan di atas? atau boleh saya katogerikan sebagai kecuaian manusia?
Hanya rasuah sahaja yang membenarkan pembinaan haram menjadi halal. Rasuah menghalalkan yang haram !
Projek diluluskan di atas meja, dalam masa yang sama sejumlah wang juga berpindah tangan di bawah meja. Siapa yang boleh bangkang kata-kata ini? Siapa yang boleh nafikan akan rasuah yang berlaku ini??
Tidakkah mereka-mereka ini mengambil iktibar daripada kejadian yang menimpa Highland Tower? Ketamakkan manusia melebihi kehendak alam. Mengapa alam pula dipersalahkan? Manusia pula cuba mengelak daripada dikatakan lalai.
Ingin saya tegaskan, sekiranya kejadian tanah runtuh ini hanya melibatkan mereka2 yang membeli rumah sana sahaja, itu tak jadi masalah kerna risiko itu harus ditanggung mereka. Tetapi dikhuatiri ia menjejaskan pula rumah-rumah yang berada di bawah bukit. Dek kerana kekayaan mereka, dek kerana kerakusan mereka, orang lain yang tidak bersalah pula menjadi mangsa. Amat saya takuti, gelinciran tanah itu menimpa pula rumah-rumah kos sederhana yang berada di bahagian bawah pula.
Kononnya bukan kecuaian manusia... Kecuaian haiwan??
12 comments:
Salahkan hujan seperti salahkan kehendak Yang Maha Esa
Dugaan Allah tu, jangan kita tidakkan!
Apa lagi bala yang akan Allah turunkan nanti.
Dah la Ong Ka Chuan ni kafir, tak reti pulak nak faham perasaan org2 Islam bila dia cakap macam tuh
Mamat malam tadi dalam TV3 tu patutnya muhasabahkan diri. Terus dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan bersabar dengan dugaan yang diberikan.
Kadang2 kebanyakkan org2 kaya memang begitu... tak pernah susah lah katakan....
Hi Edyes,
greeting from PJ.
Thanks for visiting my blog and thanks for your humble comment.
Ok, kita guna B.M'sia ajela ok.
Menteri KPKT ni sebenarnya hanya mengulag kata-kata yang telah disediakan oleh setiausaha akhbarnya. So, mungkin dia tidak tahu apa yang di katakannya itu. Menteri BN ni semua cam tu. Sebab tu kita perlu pertukaran rejim. Kita perlukan pemimpin-pemimpin bertanggungjawab yang sanggup mengakui kesalahan mereka dan perbaiki diri mereka untuk kebaikan rakyat dan negara.
So, marilah kita berusaha untuk mencapai perubahan ini.
cheers
singgah sebentar di blog anda dan mengajak tuan ke blog saya. jika tiada keberatan sisipkan blog saya ke blog tuan.
http://jamaludinmdisa.blogspot.com/
Ok Jamal.
sudah taruk
abeh... kalau bukan maknusia??????
sape yg tarah bukit tu?????
sape yg dirikan rumah tu???
sape yg luluskan????
sape plak sain????
diaorng tu sume mungkei ke???
Pe hal mengamuk2 nie,.
Saya setuju ni bukan kesalahan manusia. Ini adalah bencana alam,.bukan juga salah tuhan atau hujan,..mcm banjir,tanah runtuh,.gunung brapi meletus, gempa bumi,tsunami,..nak salah sape?xde sapa salah,. ini adalah BENCANA ALAM
EDYES jgn menuduh sembarangan,..rasuah???,.. ade bukti ke? cakap sesedap mulut,.klu xde bukti jadi fitnah.
Ade kah buat rumah atas bukit salah? buat rumah dilereng bukit juga tak salah,..
Klu salah,.seluruh pembangunan di genting highland salah,..rasuah??
Seluruh rumah,hotel,masjid di Cameron,Frasel Hill,Bkt Larut juga adalah haram,..
Fikir sikitlah admin
cik anon,
pernah dengar peristiwa runtuhan highland tower?
Di mana berlaku runtuhan tu? cameron highland??
Telah diwartakan, segala pembangunan lereng bukit dan tanah tinggi di bukit antarabangsa adalah dilarang sama sekali selepas peristiwa runtuhan highland tower.
Jadi, mengapa ada lagi pembangunan setelah ianya diharamkan? biasanya rasuah sahaja yang menghalalkan yang haram! rasuah adalah haram!
bukti? buktinya adalah, pembangunan masih berlaku di kawasan bukit yang dikategerikan sebagai berisiko tinggi.
Untuk pengetahuan, bukit antarabangsa dan bukit melawati adalah bukit berisiko tinggi iaitu merupakan kawasan tadahan air.
anonymous,
kalau marah benda yang betul apa salahnya.
kadang2 manusia lebih sedar bila berlaku kesilapan dan teguran org lain
betul ke edyes apa yg hang cakap? atau nak tutup pembohongan dgn satu pembohongan lain,..
Tunjukkan bukti bila diwartakan,. setakat main hentam keromo,..budak2 pun bleh
sebelum apa2 terjadi di bkt melawati,..baik edyes buat report cepat,.
Tapi bawak buktilah bhw bkt tu kaw yg diwartakan,..
Jgn nti bila polis tanya,..bila diwartakan???
edyes ternganga-nganga,..
BODOH BETUL LA ANONYMOUS NI!!
DASAR BERUK UMNO!!!!
BODOH
toi toi ni beruk mana?
beruk bkt antarabangsa ke melawati?
ke beruk zoo negara yg dekat situ jugak,..??
dasar beruk,.tetap beruk
Post a Comment