Saturday, November 6, 2010

Pendedahan MSK Yang Membunuh Erti Perubahan Dalam Keadilan !!



Saat ini, jika saya ditakdirkan mempunyai peluang bertemu Dato Seri Anwar Ibrahim dan diberi pula peluang untuk memberi pandangan atau nasihat, hanya sepotong ayat yang akan saya sampaikan kepada beliau - Tangguhkan Pemilihan 2010 Keadilan dan mulakan pengundian semula setelah sistem pengundian yang lebih telus dapat dilaksanakan. 

Saya sedih dengan pendedahan MSK... sedih bukan sebab MSK memperlihatkan kebenaran, tetapi sedih kerana penipuan dalam pemilihan parti Keadilan itu benar-benar telah berlaku. Sebelum ini telah banyak diceritakan pelbagai jenis kesangsian menjadi tanda tanya. Kini pendedahan terbaru menunjukkan; Bagaimana beratus-ratus malah beribu kertas undi untuk Pemilihan 2010 berada pada tangan yang tidak sepatutnya, dan mungkin inilah yang dikatakan 'tangan ghaib'. Pasti ianya tidak mengejutkan apabila Azmin Ali dituduh membelakangi ekspoitasi jahat ini demi memastikan 'Dream Team'nya menjadi kenyataan. Atau apakah ianya Dream Team Anwar Ibrahim, tidaklah dapat dipastikan.

Dalam satu babak yang lalu kira-kira 2 minggu sebelum detik pengundian bermula, saya percaya cubaan salah seorang calon Ketua AMK mendesak supaya ditangguhkan Pemilihan 2010 ini mempunyai asas yang cukup kuat berikutan apa yang telah berlaku hari ini. Tetapi malangnya, calon itu pula dituduh takut untuk berhadapan Pemilihan 2010 walaupun culaan awal menunjukkan calon itu mendapat sokongan padu dari AMK secara keseluruhannya.

Penangguhan yang dituntut itu akhirnya dilihat wajar pada hari ini apabila berlaku semacam jenis penyelewengan dan, pun begitu, kedudukan calon AMK yang mendesak penangguhan itu juga sedang berada di depan. Kini, penangguhan Pemilihan 2010 menjadi satu kewajaran yang ketara sebelum kita benar-benar terlambat untuk berundur - melepasi persimpangan penting yang punya peluang untuk membaik-pulih, selain jika diteruskan perjalanan maka akan terjerumus menjadi parti jahanam.

Pada ketika ini, kita masih mempunyai pilihan walaupun dari sehari ke sehari pilihan itu semakin kabur. Masih ada slogan better late than never sekiranya pucuk pimpinan berkira-kira untuk menolak egois dalam perkara sepenting 'ketelusan' dalam menentukan halatuju parti, ketelusan dalam menghidupkan perjuangan berpartisan. Jangan sekali-kali dilupa bahawa parti yang kita bicara ini adalah Parti Keadilan Rakyat!! Apakah rakyat akan mendapat manfaat dari keadilan yang diperjuangkan itu sekiranya keadilan itu sendiri sukar dicapai dalam domestik parti.  

Saya yakin tidak akan ada pihak yang berpendirian tulus akan menyanggah sekiranya pucuk pimpinan benar-benar mengambil tanggungjawab yang besar dengan mengambil keputusan menangguhkan pemilihan parti untuk seketika lamanya, dan dimulakan kembali dengan sistem pengundian yang jauh lebih diyakini oleh semua pihak.

Sebagai seorang insan yang berjuang atas nama Pakatan Rakyat, saya desak Pemilihan 2010 ditangguhkan dalam satu tempoh yang membolehkan pengundian semula dilakukan. Kesempatan ini, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) harus ditukar ganti dengan wakil-wakil calon yang terlibat dalam Pemilihan 2010 mengambil tempat !! Atau sekurang-kurangnya sebuah consultan lebih profesional (badan bebas) dilantik untuk melaksanakan Pemilihan 2010 dengan pemerhati-pemerhati dilantik dari wakil calon yang bertanding!

Terdapat ramai cendiakawan dalam Parti Keadilan Rakyat, fikirkanlah yang terbaik untuk parti dan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat. Saya amat berharap DS Anwar Ibrahim mampu sekali lagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap parti setelah sedikit sebanyak tercalar dengan pemilihan parti yang serba-serbinya lemah lagi terdedah dengan pelbagai bentuk penyelewengan. Ambil iktibar kekejaman SPR terhadap keadilan pilihanraya yang dituntut, bukan ambil teknik penipuan yang dilakukan oleh SPR.

Di bawah ini, pendedahan oleh MSK mengenai kecacatan dan kecelaruan yang telah berlaku, malah akan menjadi barah paling besar dalam Parti Keadilan Rakyat apabila calon yang tidak sepatutnya menang, mengungguli jawatan penting sebuah parti yang berlandaskan keadilan sejagat. Ikuti pendedahan di bawah;


PENDEDAHAN MSK (Oleh MSK melalui maklumat Haris Ibrahim?)

Dalam posting aku semalam, “PKR, and its ballot papers, up for sale’, aku ada kata aku akan menemui seseorang malam tadi yang menghubungi aku dan mengatakan dia mempunyai kertas-kertas undi PKR yang digunakan dalam Pemilihan yang berlangsung sekarang. dan dia akan menyerahkan kat aku sebagai bukti dakwaannya.

Malah, pertemuan tersebut dijadualkan tengahari tadi, tetapi individu tersebut risau aku diekori dan dia mungkin dilabelkan sebagai ‘pihak’ yang terlibat. Dan atas permintaannya, aku kata pertemuan tersebut diadakan semalam.

Aku baru berjuma dengannya sejam yang lalu.

Dia kelihatan gugup.

Dia tunjuk kat aku satu sejumlah kertas undi. Ianya mengandungi kertas undi untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat.

Kertas undi untuk Timbalan Presiden dan Naib Presiden mempunyai nombor siri manakala untuk MPP tak ada.

Aku tanya sama ada itu saja yang dia ada.

Dia kata, kalau aku boleh tunggu, dia boleh balik dan jumpa ditempat lain dan dia boleh bawa lebih seribu lagi kalau aku mau. Aku tanya kalau dia boleh bagi lebih kurang 100 keping kertas undi yang dia bawa.

Dia bagi satu dengan syarat aku setuju untuk memadam nombor siri sebab dia tak mau orang yang terlibat mendapat masalah. Aku tanya sapa, tapi dia tak mau jawab.

Aku tanya kat dia, macam mana kertas undi ini digunakan dalam Pemilihan ini.

Dia bagi tau, bahawa Pengawas dari Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memanipulasi senarai ahli yang hadir semasa pemilihan, dimana kehadiran ahli sangat rendah. Tambahkan jumlah pengundi dan masukkan kertas undi kedalam kotak undi. Lebih teruk, disesetengah tempat, langsung tak ada senarai kehadiran yang menunjukkan jumlah ahli yang keluar mengundi. Ini akan memudahkan kertas undi dimasukkan kedalam kotak undi.

Aku tanya sama ada dia mewakili mana-mana calon dan sebab itu dia mendedahkan perkara ini kepada aku, sebab calon yang dia sokong menerima kesan dari penipuan ini.

Dia mengaku, dia melakukan ini sebab calon pilihannya ditipu, tapi dia juga berharap sesuatu dapat dilakukan untuk menghentikan penipuan ini, dan kalau tidak ada apa yang dilakukan, dia merasakan tidak ada sebab untuk dia kekal didalam parti ini lagi.

Aku tanya dia sama ada dia tau siapa dibelakang ini semua.

Tanpa teragak-agak, dia menyebut nama Azmin, yang dibantu oleh Sekretariat Ibupejabat, dan beberapa individu tertentu dalam JPP yang mana Pengerusinya , Dr. Molly tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa.

Aku tak ada scanner sekarang ini, jadi aku ambil gambar kertas undi, dan nombor sirinya di tutup, yang boleh dilihat dibawah.

 
 
 
EDYES @ edyesdotcom - ANAK MUDA PENDESAK PERUBAHAN !!
 

3 comments:

Anak Sungai Derhaka said...

Salam Tuan..

Tangan Ghaib itu adalah Anwar Ibrahim sendiri... dah lama aku perhatikan tapi aku diamkan..

Bermula dari pemilihan bermula lagi..

Aku berani berkata macam tu kerana aku dari PKR Permatang Pauh sendiri..

Anonymous said...

petanda awal kemusnahan PKR, sekurang-kurangnya aku dah fedup ngan apa yang berlaku, dan aku percaya kalau Anwar/PKR teruskan juga pemilihan nie, maka jahanam dan hancurlah PKR dlm PRU akan datang, usah bercakap tentang keadilan kalau ko sendiri penuh dengan tahi, jangan sampai ahli membenci,,ambil tindakan sewajarnya kepada yang terlibat...

Anonymous said...

PKR arus diselamatkan...

save PKR!!!!

aq akan sokong PAS dan aku hilang kepercayaan dengan PKR...maaf kawan2 semua selagi pemimpin gila kuasa duk ada dalam PKR percaya cakap aq PKR akan musnah...
pada pemimpin2 yang gila kuasa dan tamak

MAAF NIE BUKAN UMNO!!!