Hakikat tidak boleh diselindung lagi. Nampaknya memang ada pertembungan serius para bangsawan PKR dengan ahli-ahli akar umbi. Ahli mendesak, pemimpin bertahan dengan penafian. Ahli dakwa pemilihan PKR tipu, Pemimpin kata tidak, semuanya sempurna, hebat, adil lagi bersih; kita menempa sejarah, semua parti di Malaysia ini tidak segagah kita.
Saya mengutuk sikap dan mempersoalkan kewibawaan Setiausaha Agung, YB Saifuddin Nasution. Saya berpendirian YB Saifuddin adalah ‘mangsa’, daripada seorang pemimpin yang disegani kini menjadi pemimpin paling dibenci gara-gara pemilihan PKR. YB Saifuddin adalah mangsa kepada ketamakan aliran politik merajakan Azmin Ali dan mendewakan Anwar Ibrahim.
YB Saifuddin,
Ingin saya beritahu YB dan sahabat-sahabat perjuangan sekalian, huru-hara PKR ini adalah ciptaan pimpinan parti. Tidak ada penyakit tetapi cari penyakit. Dulu orang tidak tahu kita ada pekong, kurap dan kusta. Sekarang semua orang dah tahu. Ini kerana pemimpin tidak sedar diri – nak petik bintang tapi kail panjang sejengkal.
YB Saifuddin dan teman-teman reformasi sekalian.
Keadilan tidak ada pada Parti Keadilan.
Asas kepada undang-undang adalah keadilan dan keadilan mesti dilihat pelaksanaannya – Justice must be seen to have been done.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak wajar menjadi badan penyiasat bagi segala aduan yang diterima kerana timbul percanggahan kepentingan (conflict of interest) memandangkan ada aduan yang mempersoalkan tata kerja JPP sendiri. Kita minta JPP menyiasat kesalahan yang JPP sendiri buat, mana mungkin JPP akan mengeluarkan kenyataan mengatakan “Selepas kami menyiasat diri kami sendiri, kami mendapati kami telah melakukan kesalahan”.
JPP dan juga Biro Politik dianggotai oleh calon-calon yang sedang bertanding dalam pemilihan, seperti Azmin Ali, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Manikavasagam, Johari Abdul dan lain-lain. Mereka adalah orang yang sama yang dikaitkan dalam aduan dan mesti dikecualikan, akan tetapi Biro Politik berperanan sebagai penyiasat dan kadang-kadang hakim. Mana mungkin pimpinan Biro Politik Parti akan menyatakan “selepas kami menyiasat aduan terhadap salah laku kami, kami dapati kami memang salah dan patut dihukum”.
YB Saifuddin,
Saya tidak jelas apakah definisi ‘bukti kukuh’ bagi JPP dan Biro Politik? Laman web FreeMalaysiaToday memaparkan gambar yang jelas menunjukkan daftar pengundi tidak bersih dan banyak duplikasi. Laman yang sama memaparkan jelas gambar pengawas pemilihan sedang manipulasi undi. Gambar tersebut pula baru didedahkan semalam. Tidak sampai 24 jam selepas gambar tersebut disiarkan, YB Saifuddin dalam sidang media menafikan bahawa pengawas itu tidak mungkin buat salah. Mana YB Saifuddin tahu? Apa piawai prosedur penyiasatan? Apa mekanisma penyiasatan yang dibuat? Semuanya tidak jelas dan tidak dijelaskan. Tiba-tiba muncul Setiausaha Agung dengan keputusan yang sangat meragukan.
Jangan berpura-pura dengan kebenaran demi merajakan Azmin dan mendewakan Anwar.
Hari ini, sempena Kongres Keadilan yang ke-7, saya juga mempersoalkan kewibawaan YB Saifuddin sebagai Setiausaha Agung dalam menangani isu dakwaan bekas Setiausaha Agung sebelumnya, bahawa Sekretariat Ibu Pejabat mengeluarkan satu surat palsu dengan memalsukan tandatangan bekas Setiausaha Agung itu bagi tujuan mencipta bukti bagi menghalang S. Jenapala dari bertanding.
YB Saifuddin,
Sebagai Setiausaha Agung, kenyataan “saya tidak tahu, buka fail ada surat, jadi kira jalanlah…” yang diucapkan dalam sidang media semalam adalah satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab oleh saudara.
YB Saifuddin,
Dakwaan bekas Setiausaha Agung itu mengikut pendedahan MalaysiaToday sangat panjang lebar beserta fakta, affidavit dan bukti. Isu ini menggusarkan anggota dan jika benar dakwaan tersebut, pihak ibu pejabat memang sekali mengecewakan anggota dan tentu sekali mengaibkan parti.
Teman-teman Reformis yang dihormati,
Keadilan semacam hanya pada nama sahaja.
Abdul Aziz Anon
5 comments:
Allah S.W.T baru beri kuasa mentadbir sebuah organisasi yang kecil pun sudah ada unsur2 pengkhianatan, macamana nak mentadbir sebuah negara yg tentu sekali jauh lebih besar.. Kaau mcam nilah gua lebih rela PR kalah PRU13
Aku dah cakap, kalau ahli dok lagi mendewakan Anwar, mcm ni lah jadinya. Anwar dah lupa diri. Ni pulak si sam dlm ucapannya bercerita perjuangan PKR untuk Anwar...pe punya bodoh loyar sekor ni. Dia ingat ni zaman bodek ke. Jgn jadikan PKR klon UMNO. Rimas betullah dgn kaki bodek ni. Jgn haraplah PKR ada menang kerusi dlm PRU13 ni. Anwar bkn maksum lah bangang. eeee...aku lempang la jugak puak ni nnt...Kita perjuangkan keadilan utk semua bkn Anwar sorang je....yg dok dlm tahun 1999 lagi pehal. Korang ni tak paham2 ke, apa yg Anwar hadapi skang ni atas kesilapan dia sendiri, yg pegi percaya kat kat puak2 'smart' tapi hati hitam sape suruh. Bersepah lg reformis yg terbukti kestiaan mereka pada perjuangan rakyat marhaen walaupun mereka selekeh dan tak bergaya....nape la bodoh sgt Anwar ni....sape2 tolong sampaikan pada Anwar kata aku kata dia bodoh dan tak sedar diri, lupa diri, mangkuk hayun...tolong sampaikan kat dia. Skang ni aku lak yg letih menjawab kes Anwar dan cerita2 pemilihan baru2 ni. Aku skang jawab senang je....Anwar bodoh. Anwar lupa diri. Anwar perasan. Dan aku jawab, dah benih UMNONGOK nak buat camne. Tapi aku lebeh membenci UMNONGOK, nengok lambang UMNO pun aku dah muntah.......
Perjuangan PAS tanpa DAP dan PKR saja yang dapat memertabatkan Islam dan Ketuanan Melayu dinegara ini.
a'aa ye le tu. PAS boleh menang ke pilihanraya tanpa PKR dan DAP?. PAS boleh menang besar ke tanpa undi dari PKR dan DAP?. Jgn takbur la bro. Kalau ko nak tau aku bagi contoh, Ahli parlimen Kuala Krau di Temerloh ni adalah UMNO. Dan kalau ko nak tau, hampir semua ahli keluarga YB ni adalah penyokong dan juga ahli PAS dari dulu lagi namun bila YB ni bertanding, kesemua ahli keluarga YB ni yg terkenal dgn 'PAS'nya pakat undi YB ni dan bersama-sama bertungkus lumus dgn UMNO utk memenangkan YB UMNO ni dgn alasan sebab pertalian saudara....pirahhhh. Aku pun tak paham politik PAS ni, kata islamik sgt tapi ada masa takbur tak tentu pasal. Elok rasanya PAS ni bergabung ngan UMNO, perjuangkan ketuanan melayu. UG gitu. UMNO bodoh join PAS bangang...elok la tu.
salam semua,
baik pkr, baik pas, baik dap... aku jamin takkan BN tumbang kalau ketiga-tiga nie tak bekerjasama...
terpulanglah kalau pendekatan yg digunakan tu, memilih mana yg lebih ringan mudharatnya di antara dua mudharat... asalkan boleh bekerjasama...
kita nak perjuangan islam itu subur dengan hebat di bumi Malaysia, kita nak ketuanan rakyat itu menggegar negara dan kita nak kesaksamaan yg ditafsir dan dilaksana dengan adil. Adil yg bermaksuk, meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, kena faham tu bila sy sebut kesaksamaan.
kesimpulan, walaupun PKR hari ini kucar kacir... walaupun terdapat penipuan terang benderang dalam pemilihan baru2 nie... masih tak salah kalau kita berjuang menegakkan keadilan dalam KEADILAN... internally kita selesai mana gelanggang yg dikenalpasti penipuan berlaku! AMK sebagai contoh...
Post a Comment