Thursday, March 27, 2008

Tiga Timbalan Menteri Sudah Letak Jawatan


Tiga Timbalan Menteri Sudah Letak Jawatan

Mar 27, 2008

Datuk Abdul Ghapur Salleh menggemparkan negara apabila meletak jawatannya sebagai timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar kira-kira seminggu selepas lantikan.

Surat peletakan jawatan ahli parlimen Kalabakan itu dikirim semalam kepada Perdana Menteri dan berkuatkuasa serta-merta.Dua lagi menolak pelantikan jawatan pada hari barisan kabinet diumumkan 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan. Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Telah digembar-gemburkan sebelum ini bahawa semua ahli dan pemimpin dalam Barisan Nasional akan taat setia kepada parti tetapi apa yang berlaku ialah hilangnya kepercayaan satu persatu dan akhirnya melibatkan perpecahan di kalangan parti komponen BN. Inikah yang dinamakan "setia kepada parti" seperti yang dimaksudkan oleh paklah dan najib monggolia? UMNO dan rakan komponenya masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang menongkah arus mahukan pembaharuan secara menyeluruh dan bertekad untuk menyelamatkan parti yang hampir musnah dilanda tsunami.

Tidak kurang juga terdapat pemimpin yang telah bersedia untuk kembali berkhidmat di bawah bekas timbalan perdana menteri suatu masa dulu. Tamparan demi tendangan telah diterima oleh paklah. Sepahit-pahitnya rakyat menderita dan tertekan, sepahit itu jugalah paklah menelanya. Paklah kian tersepit dengan tekanan yang semakin hebat dari dalaman UMNO hingga ke parti komponan, dari MIC hingga ke SUPP, dari MCA hingga ke Gerakan, dari rakyat hingga ke istana sultan.

UndurLAH sebelum ramai lagi menteri lain memprotes dan hasilnya, paklah tidak akan percaya dengan undi tidak percaya.



edyesdotcom

No comments: