Thursday, March 20, 2008

Eksklusif Dan Terkini:Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”


Eksklusif Dan Terkini:Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”

Blog ini menerima satu panggilan telefon pada awal pagi, 19 Mac 2008, yang mengatakan bahawa lima Ahli Parlimen UMNO, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, memang sedang “memberontak” kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12. Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing. Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.


Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy.

Berita dari Blog Kuda-Kepang.blogspot


edyesdotcom wrote :


Saya sedikit terlambat memaparkan berita ini. Lagi dalil2 anwar bakal PM dalam masa terdekat. Sila ikuti dan amati perkembangan ini.


REFORMASI !!!

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan