Thursday, March 27, 2008

Gegak Gempita Perkembangan Mutakhir


27 March 4.25pm

Sumber-sumber memberitahu blog ini sebentar tadi bahawa beberapa perkembangan politik menggemparkan mungkin berlaku di Malaysia dalam tempoh sehari dua ini di mana kemuncaknya ialah Mesyuarat MT yang sedang berlangsung. Perkembangan ini dikatakan mungkin membawa impak besar kepada status Barisan Nasional (BN) dan juga Barisan Rakyat (BR) di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Sementara itu, sumber-sumber lain pula memberitahu bahawa Majlis Tetinggi UMNO Malaysia akan bermesyuarat jam 3.00 petang ini. Agenda dijangka berkisar sekitar perkembangan politik semasa yang membabitkan UMNO secara khusus dan politik negara secara umumnya. Tengku Razaleigh Hamzah pula dijangka menghadiri satu majlis makan tengah hari bersama sekumpulan pemimpin UMNO di Kuala Lumpur.

Blog ini difahamkan beberapa lagi Timbalan Menteri sedang diperingkat akhir membuat keputusan seperti Datuk Ghapur. Bagaimanapun, tidak wajar untuk kita membuat apa-apa spekulasi mengenainya dan harus kita ikuti perkembangan selanjutnya dengan cermat, sabar dan tenang.

sumber : Datuk Ruhanie Ahmad

No comments: