Friday, March 14, 2008

DEB - Selepas 30 Tahun...

Melayu Terpinggir, Apa Tsu Koon Buat? Dr Mohd Hasyim Cabar Pak Lah..

By ASHOK KUMAR

PUTRAJAYA 13 Mac – Orang-orang Melayu Pulau Pinang sehingga sekarang pun masih terpinggir, apakah yang bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon buat semasa memerintah negeri itu selama kira-kira hampir 30 tahun, apalagi setelah DEB diperkenalkan pada tahun 1971 selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969, yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat?Demikian pertanyaan oleh Dr Mohd Hasyim selaku Presiden Group Universiti Hulu Klang, dalam suatu majlis pertemuan ringkas makan malam bersama anak-anak Melayu Pulau Pinang Wilayah Persekutuan di sini malam tadi.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang baru, mengenai DEB merupakan punca kepada kronisme, rasuah dan ketidakcekapan. “Konon.. tujuan DEB seperti serampang dua mata. Dua mata apa? Sebenarnya melahirkan dua bentuk masyarakat yang jurangnya terlalu jauh. Miskin tegar dan kaya tegar!”Kata beliau lagi, yang juga seorang penulis dan penganalisis politik anak Pulau Pinang, “Saya cabar Pak Lah selaku Pengerusi BN, Perdana Menteri Malaysia dan anak Melayu Pulau Pinang supaya menyenaraikan di media umum jumlah orang-orang Melayu Pulau Pinang yang telah bebas dari kemiskinan, terpinggir, atau telah menjadi kaya kerana DEB.”

edyesdotcom wrote :

Ok, ada kelainan dalam post saya untuk kali ini. Bila dikaji balik, penulisan yang lepas sangat formal dan saya berpendapat kalau nak formal baik baca berita harian. so saya cuba untuk lebih casual.

Mungkin agak lambat untuk saya bincangkan hal DEB, tetapi ini merupakan satu isu yang akan berpanjangan. Mungkin ada yang merasai nikmat DEB iaitu dari segi mendapat tender/sebutharga, kemasukan ke universiti awam dll. Apa yang nak saya jelaskan di sini ialah berkenaan pemberian tender/sebutharga yang diperuntukkan hanya untuk orang melayu.

Semua orang sedar scenario 'ali baba' kat malaysia nie. The worst thing that you can't really avoid dan kita membenarkan perkara itu berlaku dengan menganggap itu perkara biasa. Dalam aspek pemberian tender pun kita semua tau kebanyakkan open tender nama jer open, masuk dalam paper tapi dah ada calon yang menang tanpa bertanding. Yang dapat tender tu pun ntah sedara sapa ntah sah2nyer takde capability dan banyak jugak kes2 barangan yang tak berkualiti dibekalkan tetapi dengan harga yang hmm... dua kali ganda kot. kalau bab mark up jgn citer la. Boleh saya rumuskan di sini bahawa kekayaan Malaysia nie tak diagih dengan betul walaupun bersama DEB. Hanya segelintir yang merasai, dan mereka menjadi bongkak. Mereka menjaga kepentingan mereka dengan melobi sana dan melobi sini untuk mendapat lagi tender lain pulak.... so bila nak abisnyer....

Merujuk kepada pernyataan oleh Dr. Mohd Hashim, memang benar bahawa Malaysia masih belum bebas daripada miskin tegar di mana masih ramai orang susah tahap kais pagi makan belum tentu... yang makan nasik tak berlauk... namun pemimpin atasan kita sibuk dengan koridorkoridortidor nih !! apakah fungsi DEB dari aspek ini??? Jadikanlah pembasmian miskin tegar agenda utama negara dan pastikan ianya bukan sekadar di mulut utk menyedapkan hati rakyat dan tersekat di bahagian2 tertentu... Pastikan implementasinya mapan !!

PS : yang kayo makin kayo... yang muskin makin hino.... sedarlah...

No comments: