Tuesday, March 25, 2008

Tangguh pemilihan UMNO ?


Tangguh pemilihan UMNO
25/03/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

"Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

- UTUSAN

edyesdotcom wrote :

Mereka sudah semakin gentar !! Selama ini mereka angkuh dan bongkak!!! tetapi hari ini mereka takut dan gentar... Menggigil ketakutan !!! Dengan isu2 terbaru, mereka juga telah dianggap penderhaka !!

Bersedialah untuk menghadapi Perubahan !!

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan