Friday, March 28, 2008

Saya sedia dicabar, kata Pak Lah


Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersedia dicabar untuk jawatan tersebut dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 16-20 Disember. "Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran)," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi petang tadi.

Pemilihan Umno yang dijadual November tahun lalu, ditangguhkan untuk menghadapi pilihanraya umum 8 Mac. Perlembagaan parti itu membenarkan penangguhan pemilihan parti dibuat selama 18 bulan, sehingga pertengahan tahun depan.

Menurut Abdullah, pemilihan di peringkat cawangan akan bermula pada 17 Julai-24 Ogos, dan bahagian pada 9 Oktober-19 November. Sebelum ini kalangan pemimpin Umno berbelah-bagi berhubung cadangan supaya pemilihan parti ditunda sehingga tahun depan.

Bagaimanapun, jawatankuasa pengurusan parti yang bermesyuarat malam tadi berpendapat bahawa pemilihan wajar diadakan tahun ini juga. Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telahpun mengumumkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden dalam pemilihan kali ini.


edyesdotcom wrote:

Kalau paklah sedia dicabar, kenapa tangguhkan pemilihan parti ? bukan ke itu namanya tidak sedia dicabar??

"Saya terpaksa menghadapinya... saya tidak boleh lari (daripada berdepan dengan cabaran),"
PAKLAH

Kenapa kata 'terpaksa' menghadapinya? siapa pulak yang kata paklah boleh lari daripada berdepan dengan cabaran. sepatutnya paklah bernada seperti ini : "Saya tetap akan menghadapinya, Ini adalah hakikat yang perlu ditempuhi !". BaruLAH dikatakan seorang pemimpin yang berani!!

Dewasa ini, kita seharusnya mewujudkan mentaliti berasaskan result oriented bukanya reason oriented. Hanya ada 2 pilihan sahaja untuk paklah dalam situasi ini ;

1. Lawan - tidak kira sebesar mana badai melanda, paklah harus lawan tanpa menangguhkan tarikh pemilihan parti, yang juga menunjukan bahawa paklah benar-benar sedia!

2. UndurLAH - jika paklah tidak berani atau tidak sedia, adalah lebih baik paklah berundur dan beri laluan kepada pemimpin lain untuk bertanding. Penangguhan ini mencerminkan kelemahan paklah dari pelbagai aspek.

Saya percaya lebih ramai yang akan 'respek' pada paklah walaupun jika kaLAH pada pemilihan yang berlangsung pada bulan ogos. Kira kalah bermaruahLAH. Tetapi jika menang atau kalah pada pemilihan yang berlangsung pada bulan 12 nanti, maka tidakLAH ia memberi sebarang erti kerana kita semua tahu, betapa kecutnya pucuk pimpinan UMNO pada masa kini dan selamanya... itupun jika jodoh UMNO masih panjang sebagai pemerintah pada bulan 12 nanti...

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan