Friday, March 21, 2008

Lagi wakil BN keluar parti?



Lagi wakil BN keluar parti?
Mar 21, 08 2:08pm


Selepas tersebar ahli parlimen Serian kecewa kerana tidak tersenarai dalam barisan kabinet dan mungkin menyertai pembangkang, kini ahli parlimen Mas Gading, kedua-duanya di Sarawak, pula diura-urakan berada dalam nasib yang sama.


Dr Tiki Lafe, wakil Mas-Gading, digugurkan daripada jawatan timbalan menteri kini bercuti dan enggan mengesahkan atau menafikan laporan beliau meninggalkan BN.Sementara itu, seorang pengarang kanan akhbar harian memberitahu Malaysiakini hari ini, ada arahan agar tidak menyiarkan laporan atau kenyataan Tiki kerana ia boleh menggoncang kestabilan politik negeri itu. Pengerusi BN negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikhabarkan "sangat tidak gembira" dengan perkembangan terbaru itu. Sumber itu juga menyebut Tiki masih di Kuala Lumpur dan akan bertolak ke luar negara.


Semalam ahli parlimen Serian, Richard Riot, dilaporkan telah keluar daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), parti komponen BN, bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri.Presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan Hong Nam bagaimanapun menafikannya dengan menyatakan parti itu belum menerima surat Richard.Sebelum itu Malaysiakini melaporkan, memetik satu sumber dekat dengan Richard, wakil Serian telah menyerahkan surat keluar parti kepada Chan pada hari yang sama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.


Chan kemudian dilaporkan menghantar setiausaha agungnya Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard tetapi gagal menemuinya, kata sumber itu.Hari ini Chan dilaporkan berkata Richard gagal dihubungi dan sehingga kini ahli parlimen itu sendiri belum membuat kenyataan.


edyesdotcom wrote :


Apa yang diura-urakan semakin menjadi kenyataan. Barisan paklah menghadapi tekanan dari 'rakanya' yang di seberang sana yang berpendapat, setelah membantu BN dalam PRU12, sepatutnya lebih banyak tanggungjawab / portfolio yang lebih berat diserahkan kepada wakil2 mereka. Di semenanjung juga tekanan merata-rata, dari Jerlun ke Gua Musang, dari Arau ke Kuala Kangsar dan dari Kubang Pasu ke Rembau.


Paklah juga sudah ketandusan pahlawan dari semenanjung untuk dilantik dalam kabinet dapurnya dan satu demi satu kesilapanya terserlah dalam pada membaikpulih kapal BN melalui pemilihan kabinet baru. Perlantikan MMTaib yang penuh dengan sejarah kotor dan kronik menimbulkan kemarahan seantero Malaya yang juga menunjukkan paklah tersepit di persada pemerintahanya walaupun beliau menggugurkan Rafidah, YM Tengku Adnan dan meminggir menantunya.


Berbalik kepada bakal rakan kita dari Borneo, saya yakin mereka mempunyai rancangan yang tersendiri yang pasti menguntungkan diri sendiri dengan cuba bermain tarik tali. Mereka juga tiada masalah untuk melompat kerana sedar bahawa keputusan siapa yang bakal memegang tampuk pemerintahan boleh dikatakan berada dalam tangan mereka buat masa ini dan sudah pasti rakan Borneo tidak akan melepaskan peluang sebegini.


Pada pengamatan saya, tiada masalah untuk menerima kerajaan baru pimpinan DSAI. Kerna saat ini juga ditunggu2 sejak sekian lama dan sejak sekian lama itu jugalah rakyat tertekan dengan ekonomi yang hambar dan jenayah yang berleluasa. Jangan kita biarkan kekayaan negara ini diraih sewenangnya oleh segelintir umat yang mengaku, merekalah pejuang rakyat, pembasmi kemiskinan. Sedangkan kesusahan dan kemiskinan di merata, tatkala mereka mewah meragut harta dan lupa bahawa masih ada rakyat yang kais pagi makan pagi dan tak kurang juga yang habis bulan habis gaji.


Yakinlah bahawa kita berhak menjalani kehidupan yang lebih selesa, lebih selamat dan lebih masa...

No comments: