Friday, March 28, 2008

Lagi Teori Pergolakkan Di T'ganu


oleh ipacat


Pagi ini saya mendapat maklumat dari satu sumber yang sangat rapat dengan istana berkaitan pertemuan di atas. Menurut “Tok Faqir” (sumber berkenaan), pertemuan antara Tuanku Mizan dan Abdullah tidak membawa kepada sebarang penyelesaian lagi. Belum ada sebarang keputusan.


Ini kerana Tuanku Mizan bertegas menyokong Ahmad Said, manakala Abdullah pula tetap berkeras mahukan Idris Jusoh. Kenapa Abdullah berbuat begitu? Sebenarnya si durjana dan penderhaka Rosol Wahid telah menggertak dan mengugut Abdullah. Jika Idris tak dilantik semula sebagai MB, mereka akan beramai-ramai meletakkan jawatan! Maka pilihanraya semula akan diadakan. Abdullah amat takut dengan ugutan itu. Maka Abdullah terpaksalah berkeras dengan Tuanku Mizan, walaupun sehingga menderhaka kepada Tuanku Mizan!


Yang mengejutkan lagi menurut “Tok Faqir”, pertemuan Abdullah dengan Mat Said yang dilaporkan diadakan dua hari lepas turut dihadiri oleh si Kamaluddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin! Apa ke hal nya ni? Apa kena mengena dengan b***k dua e**r ni? Nak ugut apa? Atau nak buat janji timbal balas dengan Mat Said? Apa yang berlaku dalam pertemuan tu taklah kita ketahui. Namun, kita percaya si samseng Khairy tak akan mudah-mudah berdepan dengan Mat Said yang terkenal gedebe tu.Mak benar lagi sahihlah bahawa Abdullah ni lemah, anak menantu yang control dia.


Setiap keputusannya dibayangi oleh anak menantunya itu. Yang penting agenda merompak harta rakyat Terengganu dapat diteruskan!Sebelum ini, saya juga telah dedahkan mengapa Tuanku Sultan sangat murka kepada Idris. Tuanku mempunyai senarai 25 kes penyelewengan dan salah laku Idris. Antaranya penyelewengan pengurusan dana royalti minyak 800 juta setahun dan penjualan kawasan balak yang melibatakan ribuan ekar kepada pihak lain sebelum PRU baru-baru ini. Maklumat ini juga telah diberikan oleh “Tok Faqir” yang rapat dengan Istana Terengganu itu.


Saya juga mendapat maklumat bahawa peratusan Idris Jusoh dan Rosol Wahid akan ditarik balik gelaran Datuk kini mencapai 80%. Din Adam juga akan dikenakan tindakan serupa, tetapi mungkin selepas semua konflik ini selesai.Rakyat menunggu-nunggu kesudahan episod ini… Daulat Tuanku! Rakyat bersama Tuanku!"


No comments: