Monday, March 31, 2008

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir

Himpunan Rakyat di Stadium Shah Alam, semua dijemput hadir

HarakahdailyFri Mar 28, 08 11:26:17 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) -Orang ramai dan penyokong Barisan Alternatif diminta hadir beramai-ramai ke Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor untuk program 'Himpunan Rakyat' pada 31 Mac (Isnin) ini bermula jam 8 malam.

Dalam program tersebut, Presiden PAS akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh rakyat. Selain beliau, Menteri Besar Selangor yang baru, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan dua Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Hasan Ali dan Teressa Kok dari DAP akan turut sama berceramah.

Program julung kali dianjurkan PAS negeri itu, akan dimulakan dengan solat Isyak dan solat Hajat dan kemudiannya diikuti bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid.
Seluruh warga Selangor dan rakyat Lembah Klang dipelawa hadir ke program perdana peringkat negeri Selangor ini. Bagi maklumat lebih lanjut, sila dapatkan Harakah keluaran terbaru yang mula dipasarkan hari ini. - mks.

edyesdotcom wrote:

kepada muslimin dan muslimah, jangan lupa bawa sejadah.

Takbir!!!

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan