Thursday, March 20, 2008

Kabinet Serba Runcing

Nampak gayanya dolah pun dah cuba perbaiki kelemahan yang ada dan menyedari akan kelemahan itu iaitu BEBAN yang ditanggunginya. Kabinetnya dengan muka2 baru, dan menantu kesayanganya tidak disenaraikan. Ianya jelas menunjukkan bahawa KJ itu adalah maha beban kepada pemerintahan dolah.

Baru2 ini KJ timbul dengan pernyataan "saya tiada niat nak jadi menteri" sedangkan kita tahu wawasan beliau ialah PM termuda. Jika itulah matlamat KJ, seharusnya beliau memegang jawatan menteri supaya matlamat 'SS' si KJ ini menjadi kenyataan.

Keadaan sekarang jelas menunjukkan UMNO sudah 'berceramok' dengan desakan Mukhriz yang berakhir tanpa apa2 hukuman padanya, dengan desakan Ku Li dan khabarnya ingin mencabar dolah untuk jawatan Presiden UMNO. Juga terdapat pecah-belah dalam UMNO di Perlis bersama YB Shidan, lagi bekas menteri letak jawatan setiausaha agung UMNO, dan akhir sekali bendera putih telah dinaikkan oleh YB Toyo.

Inilah antara bukti2 perpecahan yang berlaku dalam UMNO dan mereka sungguh sibuk untuk menyatakan perbalahan Barisan Rakyat dalam akhbar mereka. jagalah dulu Barisanmu UMNO sebelum melihat bangkitnya Barisan Rakyat!
ikutilah antara berita2 yang menjelaskan keretakan UMNO ;

Ku Li mahu cabar presiden Umno
Mar 19, 08 6:01pm, kemaskini 10:45pm
Ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, hari ini mengisytiharkan kesediaannya untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan presiden Umno.Beliau akan bertanding menentang Abdullah jika pencalonannya cukup untuk melayakkannya bersaing merebut jawatan teratas Umno. "Terpulang kepada bahagian-bahagian Umno, kalau mereka mencalonkan saya dan cukup 30 peratus maka saya sedia untuk bertanding jawatan presiden," katanya
>
>
Radzi letak jawatan SUA Umno, BN
Mar 19, 08 11:01am, kemaskini 3:26pm
Ahli parlimen Kangar, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dilantik semula ke kabinet, meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.Beliau memberikan alasan tidak dapat lagi meneruskan tugas-tugas tersebut secara berkesan."Saya rasa saya tidak boleh lagi bekerja. "Pertamanya saya tidak lagi berada dalam kabinet. Jadi saya tidak boleh bekerja dengan berkesan sebagai setiausaha agung ... "Saya tidak boleh bekerja," katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan