Saturday, March 22, 2008

P'raya kecil jika lompat parti...?



P'raya kecil jika lompat parti...

Mar 22, 08 5:35pm

Parti Gerakan mencadangkan supaya pilihanraya kecil diadakan sekiranya wakil rakyat yang telah dipilih oleh pengundi melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Dr S Vijayaratnam berkata ini kerana wakil rakyat yang melompat parti telah mengkhianati keyakinan pengundi yang memilih mereka."Jika mereka berbuat demikian, maka satu pilihanraya kecil hendaklah diadakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



edyesdotcom wrote :

ohh... skarang baru tunjuk prihatin yer? Baru nak cerita pasal khianat mengkhianati yer? Dulu masa pembangkang Sabah melompat, korang sapu tak hingat yer... buat-buat lupa...? memang la, UMNO mudah lupa !! Gerakan pun sama je!! Viceversa, bila tiba turn kemungkinan lompatan berlaku dari BN ke pembangkang, cepat2 korang nak ubah dasar tak ubah seperti orang yang tiada pendirian!

"Ini adalah untuk melindungi kepentingan pengundi yang memilih mereka, dan berdasarkan kepada parti politik yang mereka wakili ketika pilihanraya,"

Kepentingan pengundi atau kepentingan PARTI ?


"Pada saya ini tak ada integriti, saya harap kerajaan boleh adakan undang-undang khas, sudah sampai masa kita ada Undang-undang Antilompat Parti supaya tak timbul lagi perkara seperti ini," - Senator Datuk Mohd Zaid Ibrahim

Takdak intigriti ? cuba senator jelaskan di mana letaknya integriti Barisan Nasional sewaktu 'menerima' lompatan pembangkang Sabah dgn hati terbuka pada 1990 ? di mana integritinya ? atau tinggal inti saja kah?


No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan