Monday, March 24, 2008

Bakal MB terlucut keahlian Umno



Bakal MB terlucut keahlian Umno
Mar 24, 08 10:35am

Dalam perkembangan yang semakin menggemparkan di Terengganu, calon menteri besar Datuk Ahmad Said telah terlucut keahliannya dalam Umno kerana mengengkari arahan Umno Malaysia supaya tidak menerima watikah pelantikannya itu.

Ahmad, yang gagal mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini akibat pemulauan 23 lagi wakil rakyat BN, menerima watikah pengisytiharan pelantikannya daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, di Istana Tetamu, Kuala Terengganu.Bagaimanapun, tarikh upacara angkat sumpah belum ditentukan lagi.


edyesdotcom wrote :

Apakah UMNO sudah tiada kesepakatan lagi ? Selepas apa yang berlaku di Perlis, kini ia berulang lagi malah lebih sadis. Seorang ahli UMNO yang bakal ditabal sebagai MB kini dilucutkan keahlianya. Apakah tiada lagi muafakat di dalam UMNO? tidak sefahaman? tidak sepakat? ataupun ada agenda yang tertentu? siapa yang boleh jawab persoalan ini, adakah paklah? hishamuddin? khairy jamaludin?

Perkara sebegini sudah pasti mencerminkan kelemahan UMNO dan keretakkanya semakin jelas terpacar. UMNO dan BN seperti sudah tiada modal lain (juga tiada modal insan) dengan cuba mengalihkan perhatian ke negeri2 di bawah pemerintahan Barisan Rakyat. Sedarlah bahawa pertelingkahan di Terengganu itu amat menjengkilkan!


Definasi BIADAP dan PENDERHAKA

Dalam keadaan di mana institusi raja memainkan peranan, pelbagai perkara telah berlaku semenjak dua-menjak ini. Kepada kerajaan BN dan akhbarnya yang agak rajin menggunakan perkataan BIADAP dan PENDERHAKA, perasaan ingin tahu saya membuak-buak untuk memahami apakah definasi BIADAP mengikut persepsi kerajaan dan akhbarnya? apakah definasi PENDERHAKA mengikut pandangan para pemimpin UMNO khususnya? adakah BIADAP ditafsirkan hanya bagi mereka yang bukan melayu dalam konteks memperkatakan hal2 istana? adakah PENDEHAKA hanya dituju kepada rakyat yang bukan ahli UMNO atau BN dalam konteks mempertikaikan keputusan Sultan?

Oleh demikian, saya mencadangkan 23 ADUN yang memberontak di Terengganu itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup sebagai penderhaka. dan tidak lupa juga, tolong heret Shahidan kasim ke ISA atas akta menderhaka dan hasutan. Dari sini juga kita boleh mendefinasikan bahawa kerajaan kita melalui akhbarnya, hanya memperjuangkan satu pihak sahaja iaitu kroninya.

Ingatlah, rakyat semakin bijak menilai melalui peristiwa yang terjadi, bukan dari lidah akhbar semata2.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan