Thursday, March 13, 2008

PKR ancam keluar k'jaan campuran Perak...

Mar 13, 08 1:47pm

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak puas hati dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi barisan Exco negeri Perak.

Dalam komposisi tersebut, lapan kerusi Exco diperuntukkan kepada DAP dan dua selainnya untuk parti lain. "Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali."Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
>
Oleh itu, katanya, PKR meminta agar komposisi tersebut dibincang semula."Dan sekiranya (komposisi) tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, PKR tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak."Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal. Bagaimanapun, kata Syed Husin PKR menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak.
>
Beliau berkata, di peringkat awalnya, PKR dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti."Kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara PKR, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya," katanya.
>
>
edyesdotcom wrote :
>
Secara kebetulan, post saya yang pertama ini membincangkan kepincangan dalam kepimpinan BARISAN RAKYAT yang di anggotai oleh PKR-PAS-DAP.
>
Perkara sebegini tidak seharusnya terjadi kerana inilah detik yang ditunggu-tunggu oleh BN dan mereka tidak menunggu lama. Dengan mudahnya mereka perolehi kemenangan moral yang pertama.
>
Dalam situasi ini, sepatutnya pihak BR mengambil peluang untuk menunjukkan kesepakatan mereka dalam membina tamadun baru di Malaysia. Sebelum PRU12, kita semua mahukan perubahan dan selepas PRU12 seharusnya menjadi detik untuk perubahan itu walaupun hanya diperingkat negeri.
>
Dalam situasi ini juga saya dapati, pihak DAP menganggap dengan memberi laluan kepada orang melayu untuk menerajui negeri Perak, mereka harus diberikan kelebihan diperingkat exco. Perkara yang pasti di sini ialah Perak adalah sebuah negeri raja berpelembagaan dan seperti yang diketahui umum, perlantikan MB perak adalah bukan perkara subjectif kerana ianya jelas dan nyata. Pembahagian exco sepatutnya mengikut ratio penduduk. DAP melalukan kesilapan terbesar sekiranya gagal bekerjasama dalam perkara ini setelah banyak undi dan mandat yang diberikan kepada mereka. They should learn to give and take. mereka tidak akan rugi sekiranya seluruh negara melihat perkembangan yang positif dari negeri Perak dalam aspek kerjasama yg jitu.
>
DAP harus sedar bahawa mereka tidak akan menang dengan selesa tanpa penglibatan sokongan orang melayu. Mereka juga tidak akan menang di P.Pinang tanpa PKR dan PAS. Sedar atau separa-sedar, ingin saya nyatakan di sini bahawa ramai orang melayu tidak boleh menerima DAP kerana kelantanganya dalam isu Malaysian Malaysia but this is a seperate issues that I would not coment in here since there is a lot of thing to think about. Namun, dalam PRU kali ini, saya yakin ramai org melayu mula memilih DAP terutamanya untuk memastikan kelebihan 2/3 majoriti BN dapat dihapuskan. Mereka menyedapkan hati mereka dengan menganggap DAP adalah sama seperti MCA & Gerakan. And 'rakyat' for sure especting a calibre result in coallition party on many issues especially on establishing a new state goverment and perform.
>
PKR-PAS-DAP sepatutnya sedar dengan pertelingkahan sebegini, mereka umpama menghulurkan leher untuk disembelih oleh BN dalam lidah rasmi mereka. BR harus bersatu di mana setiap perkara yang kelabu harus ke meja rundingan dan dengan kematangan, segala kepincangan dapat di atasi dengan perbincangan.
>
Saya amat berharap satu keputusan positif dapat dicapai dalam masa terdekat. atau harapan Barisan Rakyat untuk 'Malaysia Baru' akan berkecai sebelum ia bermula.
>
>
Pedas Hari Ini : nie baru negeri... belum negara...

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan