Wednesday, November 16, 2011

Bila Rakyat 1Malaysia Ditipu Kerajaan 1Malaysia...




Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.
"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.


Salam 1Malaysia(baca = penipu),
Apa dah jadi dengan kedai 1Malaysia? Sebelum nie susu, sekarang sos cili. Sedar atau tidak, semua ini adalah barangan keperluan yang rata-ratanya digunakan setiap hari.

Apakah bangsat sangat rakyat Malaysia golongan susah di negara ini, apabila kedai 1Malaysia yang menyasarkan golongan susah telah menjual barangan keperluan yang bukan sahaja tidak berkualiti malah bahaya untuk kesihatan! Lebih ramai rakyat Malaysia akan menginap di hospital selepas menggunakan barangan 1Malaysia, lebih malang bila hospital 1Malaysia pula selalu penuh sesak dan wardnya selalu penuh.

Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan 1Malaysia adalah penipuan. Kedai 1Malaysia sebelum ini juga didapati menjual bendera, topi Umno/BN dan pelbagai lagi keperluan pilihanraya. Sepatutnya kalau betul 1Malaysia, bendera parti pembangkang juga boleh dijual. 



Lagi, Restoran 1Malaysia juga tidak meletakkan harga yang sama kepada rakyat biasa, tidak sepertimana yang ditawarkan kepada Perdana Menteri. Dapat kita lihat bagaimana mewahnya lauk yang diambil oleh Najib Razak hanya dikenakan RM4 sahaja, tapi bila kita ambil lauk walaupun tidak semewah Najib, kita dikenakan RM6 serba satu. Ini satu penipuan jelas, 1Malaysia digunakan untuk menipu orang ramai terutamanya golongan susah.




Pasukan Formula Satu negara iaitu Team Lotus pada awalnya dicadangkan supaya diberi nama Team 1Malaysia, selari dengan memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, mimpilah kalau nak tengok kereta racing F1 diwarnai warna bendera kebangsaan. Idea kereta racing F1 warna bendera Malaysia berakhir di kandang cadangan sahaja.


Jadi kenapa nak sokong 1Malaysia yang menipu? Janganlah benarkan diri anda semua ditipu siang dan malam, sedarlah rakyat kita dah lama dibangsatkan... 

Edyes ambil contoh mudah, kereta Waja jual di Australia dan negara arab pada harga RM32k dengan spek yang dibanggakan, tetapi untuk rakyat sendiri kita dikerah untuk bayar 60k lebih untuk speks longkang. Hasilnya, rakyat buat hutang 9 tahun dengan bayaran RM600 sebulan. Bayangkan jika kita peroleh harga RM32k, sudah tentu pinjaman hanya sekitar RM300 sebulan dengan tempoh pinjaman yang sama. Hasilnya, rakyat boleh menyimpan dengan skala ini.


Mengapa rakyat Australia terus dibiarkan mewah, tetapi rakyat negara ini terus dihimpit. Tahukah anda semua dengan pendapatan per kapita rakyat negara Australia yang tinggi, harga kereta proton yang dijual di sana adalah didapati sangat-sangat murah!


Fikir-fikirlah, anak-anak muda harus mengambil peluang untuk buat perubahan. Sedarlah bahawa kita berada di sebuah negara yang menindas rakyatnya, di atas nama 1Malaysia !!

Baca semula tulisan yang Edyes nukili hampir 4 tahun lalu - Kerajaan Penjajah !


EDYES @ edyesdotcom


No comments: