Saturday, November 5, 2011

Nota Kepada Aktivis Perubahan !

3 November 2011

Untuk siaran segera

Nota Kepada Editor & aktivis perubahan ;

Kata Dua Daripada Rakyat kepada Najib: Bersedia Terima Padah Jika Pilihan Raya Mengejut Sebelum Penambahbaikan Pilihanraya

Di serata dunia kebelakangan ini, kita melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukan pemerintahan diktator di beberapa buah negara. Di Malaysia, pada 9hb Julai 2011, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihan raya negara, yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafi pihak pemerintah.

Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mengumumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, namun kenyataan umum terus dikeluarkan oleh ahli Barisan Nasional dan Perdana Menteri sendiri, yang mencadangkan bahawa Pilihan Raya Umum yang ke-13 akan diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

Maklumat terkini, daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai telah mendedahkan bahawa Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat sebaik pulang ke Malaysia pada 9hb November 2011, dan Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengumumkan 1hb Disember 2011 sebagai tarikh penamaan calon dan 10 Disember 2011 sebagai hari mengundi.

Sememangnya ia khabar angin. Namun dalam negara ini yang tarikh pilihanraya terpaksa dinujum khabar angin ini perlu diambil serius.

Bagi pihak rakyat, ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan, dan pemimpin persatuan-persatuan sivil akan mengadakan persidangan media untuk memberi kata dua kepada Najib, UMNO dan Barisan Nasional tentang padah yang akan diterima jika mereka meneruskan hasrat untuk memanggil pilihan raya mengejut sebelum penambahbaikan proses pilihan raya selesai.

Butir-butir sidang media adalah seperti berikut:

Tarikh : 5 November 2011
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH)

Kami amat menghargai jika anda menghantar wartawan anda untuk membuat liputan sidang media berkenaan. Buat semua aktivis perubahan dijemput juga hadir sidang media yang mengambil semangat pengorbanan di petang EidulAdha ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
(1) +6012-2070534 (2) +6017-6688404

2 comments:

tungkaran hati said...

Tahniah kepada Aktivis Perubahan (PAS, DAP, PKR, Majlis Peguam, Suaram dan sekutu2nya)yang berjaya menukar budaya dan beragama di Malaysia dengan penganjuran dan pesta2an Seksualiti Merdeka.
Perubahan sebegini amat dinanti2kan setelah memenangi PRU13 yang akan datang...!

Yong said...

Dey tunkaran. Menda ni dah dibuat sejak tahun 2008 dan diluluskan oleh kerajaan BN!