Wednesday, November 2, 2011

Kita Bising Peninju Israel Masuk Tetapi Diam Perihal Hubungan Dagang M'sia-Israel?






Ini gambar Menteri Umno dan dibelakng beliau berdiri seorang peninju Israel yang masuk ke negara ini melalui sempadan Malaysia - Thailand. Dikatakan peninju tersebut ditahan oleh Imegresen ketika cuba memasuki negara. Jelas Malaysia tidak membenarkan warga negara malaysia memasuki Israel dan begitu juga sebaliknya namun kerana campur tangan Menteri sendiri peninju tersebut kemudian dibenarkan masuk. Imegresen hanya akur arahan Menteri, membenarkan peninju itu masuk.

Memang benar kononya Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Walaupun begitu ramai yang sudah maklum pemutusan hubungan diplomatik itu bersifat lemah dan longgar. Pernah didedahkan seorang warga negara Malaysia yang terdiri dari kerabat diraja pernah memasuki Israel atas urusan perniagaan. Malah Malaysia sendiri berapa banyak kali telah ditembusi oleh warga Israel atas nama persidangan dan sukan. walaupun putus hubungan diplomatik tetapi ia boleh disambung dalam keadaan tertentu berdasarkan kepentingan semasa. maka apa erti pemutusan hubungan diplomatik ini ?

Terbaru masuk seorang peninju dari Israel dan kali ini menjadi sedikit heboh kerana kononya peninju ini telah ditahan Imegresen tetapi kerana campur tangan menteri dia dibenarkan masuk. Menteri tersebut pula secara dangkal menyalahkan pula orang lain kononya tindakan dia halal hanya semata - mata acara sukan tersebut turut mendapat tajaan Kerajaan Selangor. Adakah kalau perkara salah tetapi turut dibuat PR maka ia menghalalkan tindakan salah tersebut turut dilakukan Barisan Nasional? Seperti hujah anak tahun 3 sekolah rendah sahaja. 

Kerajaan Selangor dalam respon mereka kemudian menyatakan dengan jelas tajaan diberikan kepada penganjur kerana penganjuran secara tidak lansung mempromosikan pelancongan Selangor dan penganjur tidak dimaklumkan kehadiran peninju Israel tersebut.

Namun bagi SAMM isu ini masih kecil dalam perihal menangani keganasan Israel. Tahukah kita semua bahawa Malaysia telah lama punya hubungan dagang dan membantu ekonomi Israel. Soalan ini telah dibangkitkan dalam parlimen minggu lepas oleh Ahli Parlimen Bakri. usaha beliau menuntut jawapan telah menyebabkan beliau dihalau dari dewan.







di atas ialah bukti jelas bergambar bahan - bahan rujukan berkaitan perdagangan Malaysia - Israel yang terdapat di perpustakaan MITI di Kuala Lumpur.
Malah dalam satu petikan ucapan pimpinan utama negara haram israel Micha Harish, Israel Minister of Industry & Trade dalam Israel-Asia Chamber of Commerce menulis pernah menulis kata-kata aluan yang dipetik dalam satu makalah promosi perdagangan Israel mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi punya hubungan dagang membantu ekonomi Israel.

Dahulu sememangnya Malaysia ada satu undang – undang yang dipanggil Akta Larangan Perdagangan yang menghalang sebarang hubungan dagang lansung dan tidak lansung dengan dua buah negara iaitu Israel dan Afrika Selatan kerana dasar Apartheid.

Namun sebaik sahaja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’ maka pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi kesempatan diambil untuk jalin hubungan dagang dengan Israel.

Sejak itu Malaysia menjadi antara rakan dagang utama dan penyumbang kekuatan ekonomi kepada negara haram Israel ketika kebanyakan negara memboikot Israel.

Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya organisasi yang memperjuangkan isu Palestin, tidakkah kita membuang masa mengumpul dana kecil atau baju terpakai untuk rakyat Palestin sedangkan regim penguasa sedang giat secara rasmi jalin hubungan dagang bantu ekonomi negara haram Israel.

Seluruh rakyat harus malu dengan hakikat ini, melawan Israel itu wajib khususnya bagi umat Islam. Tidak ada yang paling bangsat bagi satu – satu umat itu apabila kiblatnya dijajah. Maka bangkitlah, hanya satu cara sahaja jatuhkan BN regim pewaris penjajah penjaga legasi perang salib maka kita meletakkan negara ini dalam trek betul membantu perjuangan pembebasan Palestin khususnya Al Aqsa.

Kenyataan terbuka
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2 Nov 2011

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan