Saturday, December 18, 2010

Malaysia Layak Ke Final Piala AFF !! Tahniah Rajagopal !!

Piala AFF Suzuki

Tahniah Pasukan Malaysia kerana berjaya mempertahankan deposit dua gol yang diperolehi ketika di Bukit Jalil, seterusnya layak ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun lalu.

Malaysia bertindak cemerlang apabila tidak melepaskan sebarang jaringan walaupun diasak bertubi-tubi oleh 12 pemain vietnam. Kemantapan barisan pertahanan negara jelas sekali tidak langsung memberi peluang kepada pasukan Vietnam untuk mendapatkan gol semangat mereka lantas setiap minit yang berjalan itu ditemani dengan gemuruh untuk mendapatkan dua gol.

Jika ditanya kepada saya berkenaan prestasi pasukan kebangsaan pada perlawanan malam ini, walaupun kita banyak diserang dan walaupun kita tidak banyak menguasai permainan, namun mempertahankan defesit dua gol itu menjadi prioriti dan akhirnya pasukan kebangsaan Malaysia berjaya. Pada saya, layak ke perlawanan akhir itu jauh lebih penting daripada kehilangan fokus hanya kerana ingin menjaringkan gol awal.

Difahamkan juga, sistem kiraan 'away goal' atau kiraan gol di tempat lawan tidak efektif untuk Piala AFF, oleh demikian apa perlunya mencari gol awal sedang kita masih punya kelebihan dan fokus utama adalah untuk tidak membenarkan jaringan semangat bagi pasukan Vietnam.

Justeru itu, tidak kiralah samada Indonesia ataupun Filipina yang akan berentap dengan pasukan Malaysia di perlawanan akhir Piala AFF, K.Rajagopal pastinya mempunyai satu ramuan khas untuk menambah-baik pasukan kebangsaan sedia ada demi perlawanan akhir. Pasukan Malaysia yang ada pada hari ini walaupun pada mulanya tidak diberi harapan kerana ramai pemain utama tidak dapat beraksi, kini telah matang dan serasi setelah melalui jerih kesukaran untuk melepasi peringkat kumpulan seterusnya mara ke perlawanan akhir dengan moral yang tinggi.

Syabas diucapkan kepada ketua jurulatih iaitu K.Rajagopal kerana berjaya membentuk satu pasukan yang mantap dalam masa yang singkat. Daripada pasukan sedia ada yang agak tempang, Rajagopal memanggil beberapa pemain Harimau Malaya yang sebelum ini beraksi di liga Slovakia, menyerap beberapa pemain senior, mempercayai penjaga gol baru untuk peringkat antarabangsa, meletakkan barisan pertahanan yang baru ketika berhadapan Thailand - semua pencaturan K.Rajagopal setakat ini membuahkan hasil.

Kemampuan K.Rajagopal untuk menukar formasi permainan mengikut idle pemain yang sedia ada ketika perlawanan sedang berlangsung adalah merupakan senjata utama yang dimilikinya. Bermula dengan 4-4-2, dan bertukar kepada 4-5-1 dan formasi 4-1-4-1 ketika perlu, pastinya mengelirukan pihak lawan dengan Kunalan yang boleh bermain di kiri dan kanan dan beberapa pemain yang mewah posisi menipulasi dengan penuh oleh Rajagopal.

Inilah seorang jurulatih yang hebat pernah dimiliki oleh pengurusan bolasepak Malaysia dan wajar diberi credit yang besar walau apapun keputusan perlawanan akhir nanti. Syabas coach Malaysia!

Kita tidak kisah untuk bertemu negara mana pun dalam perlawanan akhir nanti, walaupun persembahan pasukan Filipina begitu memberangsangkan, tetapi pastinya setiap penyokong Malaysia mahukan pertembungan semula di antara Malaysia dan Indonesia. Kekalahan 1-5 tempohari tidak lagi boleh mereka jadikan sandaran apabila terbukti Malaysia bisa menumbangkan juara bertahan Vietnam.

Kini, peluang untuk membalas dendam ke atas pasukan Indonesia akibat dimalukan sebelum ini di Jakarta semakin menjadi kenyataan. Malaysia yang layak ke perlawanan akhir ini jauh berbeza dari Malaysia yang tewas di perlawanan pembukaan kumpulan A. Semangat dan moral setiap pemain negara kini berada pada tahap terbaiknya demi menjulang piala AFF buat kali pertama, dan tidak kurang juga tersemat di dalam jiwa setiap pemain untuk mengalahkan pasukan yang sebelum ini membelasah mereka.

Saya percaya bahawa maruah pasukan kebangsaan yang banyak merundum dalam dua dekad ini sedikit sebanyak telah dikembalikan sejak memenangi pingat emas sukan SEA di Laos penghujung tahun 2009. Kini pasukan Malaysia sekali lagi menimbulkan gerun, bangkit hebat di peringkat Asia Tenggara - Harimau Malaya mengaum di gerbang perlawanan akhir dan sedia untuk membaham walau siapa pun lawannya !

Syabas pasukan Malaysia, keputusan yang ada pada hari ini begitu memuaskan. Ingin saya tegaskan sekali lagi, apa yang dilakukan oleh pasukan Malaysia adalah sesuatu yang wajar dipuji walau apapun keputusan perlawanan akhir nanti.

Oleh itu saya merasakan betapa tekanan yang dihadapi oleh pemain kebangsaan tidaklah seberat perlawanan-perlawanan sebelum ini. Maka mainlah bolasepak dengan baik, berikan yang terbaik atas nama Malaysia. Saya yakin pasukan bolasepak kita mampu mencipta sejarah !

Harimau Malaya telah bangkit !! Ayuh rakyat Malaysia, berikan sokongan dan harapan, inilah pasukan terbaik Asia Tenggara - Harimau Malaya !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
(masih buntu untuk mengeluarkan artikel berbaur politik - InsyaAllah artikel edyes akan kembali ke blogosfera)

6 comments:

kpasu guy said...

Saya tidak kisahkan sangat Malaysia layak atau tidak kerana tahap permainan Malaysia hanya ada sedikit peningkatan.

Permain perlu pandai menyerap asakan Vietnam..kawalan..hantaran bola lemah..jika diikut permainan tadi kita boleh tambah lagi 2 gol.

Ciri untuk pasukan juara tidak nampak walaupun Malaysia berjaya mendakap piala suzuki ini.

Pertahanan berjaya menangani asakan Vietnam ditambah Khairul Fahmi tengah menjadi...Kita perlu mengambil kesempatan layak ke final ini sebagai titik tolak kebangkitan...Indonesia boleh dikalahkan...bangun.......................

Edyes said...

Salam K.Pasu,

Memang benar, kita bukan ditahap terbaik dalam permainan tadi. Permainan di Bukit Jalil Rabu lepas jauh lebih baik.

ada 2 faktor, yang pertama kerana deposit 2 gol dan yang kedua adalah kerana beberapa pemain utama yg tidak beraksi.

Jadi, persembahan malam ini harus dipuji berdasarkan kerana mempertahankan dua gol itu. Ini pendapat saya.

InsyaAllah, kita boleh benam Indonesia kalau kita bermain lebih hebat skit dari di Bukit Jalil.

Anonymous said...

Bro

aku bukan tak menghargai usaha pemain kita yang menang game malam ni tapi sebagai peminat dan pemain sukan bolasepak ni, tidak ada peningkatan ketara yang boleh kita banggakan.

tengok saja dari segi kawalan bola, hantaran, skil individu, focus serta ketahanan mental masih tiada perubahan dan kalau kau amati betul-betul, pemain kita seolah-olah pemain lahir dari LIGA AMATUR.

pemain kita takut untuk mengawal kemas bola, takut untuk mengelecek lawan, bermain dengan cara terburu-buru, tidak membentuk serangan mengikut formasi dan tiada strategi didalam permainan.

bermain bola dengan menghimpunkan sehingga 9 pemain didalam kawasan sendiri, didalam kawasan 30 meter bukanlah satu permainan yang baik.

kita membenarkan lawan mengatur strategi untuk membuat asakan dan ini secara psikologinya membangkit semangat lawan untuk mencari gol dan lawan akan dapat menghidu bahawa pasukan kita adalah satu pasukan yang lemah kerana hanya bertahan tetapi tidak upaya untuk menyerang.

sebab tu lah aku katakan, tidak ada apa yang boleh dibanggakan pasukan MALAYSIA yang menang hari ini.

INDONESIA adalah satu pasukan yang mantap. kemantapan mereka bukan kerana kemahiran individu kesemua pemainnya. kemantapan mereka adalah kerana mereka akan mengasak dengan satu pasukan agar lawannya tidak dapat menyusun kekuatan. mereka mempunyai keyakinan tinggi untuk mengawal bola dan permaianan. itu yang menyebabkan pasukan INDONESIA mantap.

jika kita berterusan bermain dengan corak seperti kita bertemu VIETNAM dikedua-dua peringkat, saya percaya MALAYSIA akan menerima kekalahan 7 gol dalam perlawanan timbal balik ini.

jangan lupa, kita bernasib baik melangkah kefinal. kita bernasib baik INDONESIA membantu kita menewaskan THAILAND dan kita bernasib baik kerana kesilapan penjaga gol VIETNAM yang tidak dapat menangkap kemas pada perlawa pertama dulu.

apakah dengan BONUS NASIB yang pasukan kita dapat, pasukan MALAYSIA sudah cukup mantap?

kpasu guy said...

Salam Edyes dan Anon...

Untuk sementara waktu...kepada peminat bola sepak, mereka berhak meraikan kerana kerana berjaya ke akhir.

Apa yang perlu disini kita perlu mempunyai kualiti sebagai pasukan yang mantap supaya kita boleh pergi jauh.

Taktik bertahan tidak salah kerana kita mempertahankan defisit 2 gol. Bertahan adalah permainan tradisi Italy. Mereka membuat serag balas yang kemas. Kawalan bola dan hantaran yang teratur hingga ke pintu gol lawan.

Ada beberapa pemain kelihatan takut..tidak konfiden jika dibandingkan pemain Vietnam dan Indonesia. Jika begini..sebagai sebuah pasukan kita telah lemah diposisi tersebut dan ianya perlu ditampung oleh pemain lain.

Peluang yang ada tidak dapat ditejermahkan dengan gol.

Pada saya ciri-ciri juara tidak ada akan tetapi boleh Rajagopal memperkemaskan kelemahan yang ada untuk kita berdiri sama tinggi dengan Indonesia, Vietnam, Singapura dan Thailand untuk permulaan.

Edyes said...

salam anon,

apa yg cik anon katakan itu adalah pandangan dari cik anon dan saya hormati pandangan tersebut.

Namun ingin saya katakan, kita harus adil dalam menilai dan adil berorientasikan keputusan. Dalam mana-mana sukan sekalipun, keputusan menjadi sandaran. Layak ke Final adalah satu keputusan yang wajar dipuji. saya bagi contoh, pasukan Belanda layak ke Final dengan permainan yang begitu membosankan, tetapi merekalah sejarah WC2010.

Saya juga mahukan permainan cantik dari pasukan Malaysia, tetapi saya lebih mahukan kemenangan. Saya berharap agar perlawanan di Vietnam ini tidak dijadikan perbandingan kerana kita turun sebagai pendahulu 2 gol. Kalau nak banding, lihat perlawanan pertama. Gol pertama (tandukan Safee) itu bukan nasib, itu adalah setpiece sebuah freekick!

Saya berpendapat, Malaysia layak ke separuh akhir di atas faktor nasib, tetapi Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah kerana kekuatannya yang tersendiri !!

RS said...

setuju 200% bro dengan komen di atas

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan