Friday, December 3, 2010

KENAIKKAN FOURSOME !! Semua Naik, Hujan Sahaja Yang Turun !!


Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dipercayai akan dinaikkan 5 sen menjadikan harga RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel pula dipercayai dinaikkan 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula dikatakan akan naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Semua harga baru dijangka berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berhubung kenaikkan ini dijangkakan pada jam 8 malam.

Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas. - Mkini


edyes wrote:

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA PENGUNDI BN DI GALAS DAN BATU SAPI !

2 comments:

bunbinban said...

what to say...bravo! org kg kata, apa nak kesah...minyak cap kapak lagi mahal.... ha ha ha...utk penyokong tegar UMNO, thumbs up for u guys...bodoh piang punya makhluk

kpasu guy said...

Saya merasakan kita akan menghadapi masa depan yang suram...Kerajaan dah tak terdaya...tapi masih lagi tak nak ubati penyakit korup...boros...dan tak sedar...bodoh sombong..

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan