Saturday, December 11, 2010

Hampir 50% Rakyat Percaya Gejala Rasuah Berleluasa

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung dari 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberi rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

transparency international global corruption barometer 101210Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan ahli parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.Kaji selidik itu juga menunjukkan 48 peratus responden percaya bahawa tindakan kerajaan memerangi rasuah sangat berkesan berbanding 28 peratus tahun lalu.

"Ini merupakan perubahan drastik dari tahun sebelum ini di mana 67 peratus berpendapat tindakan kerajaan tidak berkesan berbanding tahun ini dengan hanya 20 peratus responden berpendapat bahawa tindakan kerajaan perlu ditingkatkan,” petik laporan itu.

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan