Tuesday, December 21, 2010

Kalau Nak Untung Sangat, Baik Pergi Meniaga Babi !! (Mesti Baca!)


KELANA JAYA: Harga tiket bagi 'konsert' akhir Piala Suzuki AFF 2010 telah ditetapkan setinggi RM30 dan RM50 setelah perbincangan panjang lebar pihak pengurusan FAM sebelum ini.

Alasan lazim yang digunakan untuk menaikkan harga tiket yang ditetapkan sebelum ini ialah, meningkatkan keselamatan dan juga sebagai cagaran sekiranya ada kerusi Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan terbakar. FAM bukan sewenang-wenangnya menaikkan harga tiket perlawanan akhir tetapi ianya melibatkan prestige maka harga tiket wajib dinaikkan.

Satu lagi faktor harga tiket dinaikkan ialah kerana perlawanan akhir Piala Suzuki AFF ini berlangsung di Stadium bertaraf antarabangsa iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, berbanding perlawanan separuh akhir sebelum ini yang dilangsungkan di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu.

Menurutnya, harga tiket yang dinaikkan menjadi RM30 itu jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga perlawanan peringkat kumpulan di kejohanan liga juara-juara eropah sedangkan ia hanya melibatkan pasukan kelab berbanding yang melibatkan pasukan negara seperti perlawanan akhir Piala AFF. Kita harus menganggap perlawanan akhir ini seumpama perlawanan akhir piala dunia, kerana ini sahajalah perlawanana akhir yang mampu kita layak.

Diharapkan dengan harga tiket yang mahal ini membolehkan seluruh pasukan bolasepak kebangsaan dan seluruh kepimpinan FAM bersama staf-staf dan pasangan masing-masing akan diterbangkan untuk mengerjakan umrah sekiranya kita berjaya mendakap Piala Suzuki AFF buat kali pertama. Inilah penghargaan dari FAM yang wajar sekiranya kemenangan itu berpihak kepada pasukan Malaysia. Tetapi sekiranya kalah, kita tak kalah semua di mana hanya pihak pengurusan FAM sahaja yang akan mengerjakan umrah.

Semoga pasukan Malaysia akan beroleh kejayaan dan meneruskan rentak sebagai legasi juara rentetan dari kejuaraan sukan SEA dalam edisi sebelum ini. - BHamsiau 



RM20 x 100k = RM 2 juta
RM30 x 100k = RM 3 juta

Satu persoalan yang perlu di jawab :

BERAPAKAH JUMLAH KUTIPAN (RINGGIT MALAYSIA) DARI TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA SUZUKI AFF YANG BERLANGSUNG DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL SEKIRANYA PASUKAN KEBANGSAAN MALAYSIA TIDAK LAYAK KE SEPARUH AKHIR PERTANDINGAN EDISI KALI INI?

Sila jawab dengan tenang dengan jalan kerja yang mudah difahami dan penggunaan kalkulator adalah tidak dibenarkan sama sekali.


EDYES @ edyesdotcom - Blogger Sukan Anda !

3 comments:

baginda® said...

apco yang susun game nih.. tak mustahil apco jugak tetapkan berapa harga tiket.. cepat kaya samapai bagi alasan pun macam orang bodo FAM nih.. aku nak doa kan mesia kalah LAGI kali nih.. sebab kalau tidak tak beringat mereka nih...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2010/12/piala-suzuki-sudah-disusun-yahudi.html

Anonymous said...

letak la harga RM100...barulah tak ramai yg akan tinggalkan solat...

bagi yg pergi & tak lupa kewajiban solat, Alhamdulillah....

Anonymous said...

letak la harga RM100, baru la tak ramai yg tinggalkan solat...

bagi yg pergi tanpa abaikan kewajiban solat, alhamdulillah....

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan