Friday, December 31, 2010

Mungkin Rajagopal Tidak Boleh Dikurnia Gelaran Dato?

 Malaysian Arsene Wenger

akarta, 30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik.

Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen. Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."- K. RAJAGOPAL




edyes wrote:


Apa de hal gelaran dato bila dah ada gelaran RAJA... aku salut dengan kata-kata jurulatih negara seperti di atas. Jangan hancurkan pasukan yang telah dibentuk dengan air mata, air peluh malah air darah...

Mungkin aku tak sempat mengecapi kehebatan skuad negara yang melangkah ke sukan olimpik Jerman dan Kesatuan Soviet, mungkin aku hanya samar-samar ingatan ketika skuad senior ketika itu, menggapai pingat emas sukan SEA 1989. Tetapi minggu ini menjadi sejarah kerana setelah berbelas tahun menyokong skuad negara tanpa kenal erti jemu, sentiasa memberi sokongan positif dan tidak pernah melepaskan peluang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan Malaysia waima di Pestabola Merdeka sekalipun, sehingga Malaysia menjadi Juara Asia Tenggara.

Jangan rosakkan pasukan ini dengan politik sempit! Ingin menyambut kemenangan di PRK Tenang adalah satu kemusnahan untuk skuad Rajagopal !!

Ingatlah, Rajagopal tidak memerlukan gelaran Dato untuk sentiasa dikenang sebagai susuk yang membawa pasukan negara kembali menjadi Harimau Asia, yang hilang beberapa dekad lamanya!

Cukuplah dengan campurtangan golongan diraja sebagai peneraju bolasepak negara, cukuplah... itu pun dah kira baik... kerana kehilangan skuad yang dicari-cari, akhirnya berjaya ditemui oleh seorang Raja...

EDYES @ edyesdotcom

7 comments:

kpasu guy said...

Salam Edyes...

Ini adalah masalah pokok yang menjadi teras dalam kegagalan Bolasepak Malaysia...menggunakan kuasa politik dalam semua bidang....Parti lain...kerajaan lain...sukan lain...semuanya menjadi hak mereka...

Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku...kenapa mereka-mereka ini terlalu bodoh....

cicitHJHASSANu said...

beri dia gelaran Maha Raja...

Anonymous said...

Dia ada gelaran Raja, buat apa bagi gelaran Dato'

Anonymous said...

Biar kalah dengan Timor Leste tidak mengapa daripada mempunyai jurulatih dan sesetengah pemain yang serupa kacang lupakan kulit. Mereka lupa jasa. Mereka tidak mengenang budi. Pastikan undi jurulatih dan pemain bolasepak negara adalah undi pos pada PRK akan datang!!

Anonymous said...

Betul kata cicitHJHASSANu dia patut D beri gelaran MAHAraja bukan Datuk.Dia bukan setaraf dgn datuk tapi...tarafnya lebih dari itu..MAHARAJA...lihat saja gaya kempimpinannya seorang raja yg membela RAKYATnya apabila ada yg cuba MEMPOLITIKkannya.Gaya kepimpinan gitu yg kita mahu.Seorang yg berani kerana benar.Sayang dia bukan seorang Islam. Kalau lah dia seorang islam pasti dia seorang ulamak yg berani BERSUARA menentang yg BATIL.Ini yg kita cari. Syabas MAHARAJA hidup kamu...

Anonymous said...

kacang lupakan kulit? maknanya coach dan player lupakan BN la tu? apa bengap benor dia ni.Tu national team,Malaysia..bukan team BN,lainla kalau My Team KJ tu.duit yang dibayar pada diorang tu duit rakyat.dah tentu la diorang ni untuk rakyat tak kira apa bangsa @ pegangan politik.

Anonymous said...

kacang lupakan kulit? maknanya coach dan player lupakan BN la tu? apa bengap benor dia ni.Tu national team,Malaysia..bukan team BN,lainla kalau My Team KJ tu.duit yang dibayar pada diorang tu duit rakyat.dah tentu la diorang ni untuk rakyat tak kira apa bangsa @ pegangan politik.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan