Tuesday, December 21, 2010

Anwar : Beberapa Syarikat 2 Ringgit Yang Dipunyai Seorang Individu Bikin 2 Bilion !!!

Ketua Pembangkang DSA Ibrahim telah dengan berani mendedahkan Tindakan kerajaan BN memberikan projek Kementerian Pertahanan yang dianggarkan bernilai 2 Bilion kepada seorang individu.

Seorang individu bernama Syed Abu Husin Hafiz Syed Abdul Fasal di percayai dari Umno bahagian Bukit Gantang diberikan pelbagai tender yang bernilai 2 Bilion sejak tahun 2008 lagi.

"Ada tender terhad yang dikeluarkan kepada 16 syarikat bumiputra yang telah dipelawa,tetapi apabila dibuat semakan melalui suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh seorang individu,"katanya.

Ini seolah-olah ada pakatan diperingkat tertinggi kementerian dengan satu dua orang Umno atas nama Melayu.Jadi,slogan dan laungan pimpinan Umno tentang "Ketuanan Melayu" hanya sebagai satu sendiwara "licik" untuk menipu orang melayu yang tinggal dikampung-kampung yang sangat kasih dan sanggup berkorban untuk Umno selama ini.

"Mengapa Kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka?dan mengapa 16 Syarikat di pelawa sedangkan byk lagi syarikat bumiputra yang berkelayakan,"soal beliau.Anwar turut menunjukkan dokumen yang berkaitan membuktikan tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno sewenang-wenangnya.

Contohnya,syarikat Gahmata Sajian sdn. bhd. mendapat katering angkatan tentera sejumlah RM800 juta di punyai oleh Syed Abu Hussin tanpa tender rundingan.Terdapat satu lagi syarikat,Komatra Sajian sdn bhd mendapat tender ketering bagi zon Utara dan Timur semenanjung dengan nilai RM600 juta.

Satu lagi tender kepada GPB Corporation sdn bhd dengan kontrak bernilai RM300 juta diberikan pada tarikh 1 Januari 2009,tuan punya serta alamatnya adalah sama dan dipunyai oleh Syed Abu Husin Hafiz Syed Abdul Fasal,tiada melayu lain.

Mengapa melayu ini dapat sampai 2 billion???,"tanya DSA.Apakah ini tandanya kita bersikap Patriotik dengan memunggah segala hasil projek negara kepada satu dua orang individu yang menjadi kroni rapat pimpinan negara dan Umno?

Menurut sebuah portal Syed Abu Hussin dikatakan seorang kontraktor Kementerian Pertahanan yang juga ahli Umno NO Ahli 00924477 dari Bahagian Bukit Gantang.

No comments: