Monday, December 6, 2010

Dugaan Di Sebalik Demo Air Syabas ! - Air Radiator Cikgu Kering...


Salam Perjuangan!

Malam nie saya taknak cerita sangat pasal demo yang berlaku hari nie sebab penceritaan yang menarik dari blog priamalaya menjelaskan segala-galanya. Cuma malam ini aku nak cerita serba sedikit cubaan dan dugaan yang aku dan pasukan Chegubard alami, sesuatu yang mungkin tidak pernah anda hadapi...

Berkenaan blog Ruang Bicara Pria Malaya, syabas saya ucapkan kerana telah menggambarkan segala-gala yang berlaku di jalan depan railway station, di perkarangan masjid negara malah termasuklah adengan kejar-mengejar dengan pihak polis hingga ke dalam masjid. Cuma polis tak masuk masjid sebab tak rajin nak bukak boot. Banyak gambar-gambar dan video yang dimuatkan dalam dua entri di blog pria malaya bersama penulisan menarik rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini. Ia termasuklah apa yang berlaku pada demo 200 orang berbaju hitam. (200 adalah kiraan media perdana).

Sila klik di sini dan di sini untuk ke blog Ruang Bicara Pria Malaya. Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada blogger tersebut yang menyampaikan berita dengan cemerlang sekali. Tidak saya kira dari mana originnya gambar-gambar dan video-video yang dimuatkan, persembahan menarik dari blogger ini wajar dipuji.

Berbalik kepada apa yang dilalui oleh saya sepanjang hari ini, tidak banyak yang ingin saya ceritakan pasal Demonstrasi Syabas ini. Mungkin kalau ada masa nanti saya ulas sebagai persediaan untuk BERSIH II yang dijangkakan menjadi medan pertempuran sebenar sebelum pilihanraya umum diumumkan.

Bermula dari malam sebelum demo, ketika Chegubard balik dari ceramah di PJS menuju ke PJ estet untuk perbincangan terakhir fasal demo, aircond kereta citra Chegubard secara tiba-tiba menjadi tidak sejuk. Ketika itu jugalah kami dalam kereta ini baru perasan, meter temperature sudah mencecah huruf H yang bertanda merah. Keadaan menjadi sedikit panik kerana ketika itu baru masuk highway NPE, di mana kedudukkan jalan flyway itu tidak sesuai untuk berhenti di tepi.

Perjalanan diteruskan dengan pemanduan yang sedikit perlahan dengan objektif mencari stesen minyak terdekat untuk mengisi air dalam radiator. Rupanya, telah dikenalpasti sebelum ini ada kebocoran pada tangki radiator. Pun begitu, kereta Citra ini jugalah yang membawa Chegubard ke beberapa ceramah sebelum ini walaupun dalam kondisi yang kurang baik.

Jumpa Esso di selepas bulatan jalan gasing, kami singgah untuk tambah air dalam radiator dan meneruskan perjalanan ke bandaraya Petaling Jaya. Selesai meeting, sekali lagi kami mengisi air untuk radiator yang serba bocor itu sebelum kami meneruskan perjalanan balik ke rumah Chegubard yang agak jauh. Masa tu terfikir juga, macamana keadaan kereta yang semakin teruk masalah kebocoran radiator ini untuk menjadi kenderaan logistik untuk ke Masjid Negara.

Pagi itu, oleh kerana tiada pilihan maka kami terpaksa juga menggunakan Citra tersebut diiringi oleh 3 kenderaan yang lain. Saya potong cerita ketika demo, walaupun banyak juga dugaan termasuklah ada pemimpin yang muncul dengan baju batik kemudian hilang, ada yang muncul tetapi ketika mula berarak, ia hilang tanpa bicara. Saya tetap ambil positif bahawasanya adalah baik juga kita ada pemimpin yang punya ilmu ghaib, selain daripada ilmu kebal yang dimiliki oleh chegubard... kebal dari asakan FRU.

Seterusnya selepas demo, kami ke sebuah lokasi dipinggir Kuala Lumpur untuk satu urusan. Selesai urusan, kami terus menuju ke PGA Cheras untuk operasi menyelamatkan beberapa orang kami yang dikenalpasti telah ditangkap oleh penguasa jahanam tu. Sewaktu dalam perjalanan ke PGA Cheras , walaupun air radiator telah diisi penuh sebelum bergerak, kereta hanya berjalan sekitar 15 kilometer sebelum temperature kembali ke paras H, dan kali ini indikator gauge telah melepasi huruf H dan menegak secara maksimum.


Chegubard yang sebelum ini agak cool terpaksa mengarahkan kereta berhenti tepi setelah jumpa tempat yang sesuai - selepas tol. Anda boleh lihat video di bawah, bagaimana perasaan anda jika melihat temperature sedemikian, dan kenderaan masih meluncur laju ketika itu bagi mencari tempat yang sesuai untuk berhenti.

Berhenti untuk mengambil nafas dan menambah air radiator walaupun dijangka ia tidak membawa Citra Chegubard itu jauh ke depan apabila air yang mencurah keluar dari radiator itu umpama air paip yang mencurah... ini bukan cobaan, ini betul-betul....


Tiada pilihan, pasukan terpaksa berpecah dengan satu kereta menghantar rakan demo ke komuter di Central Market, sebuah kereta lagi dikerah untuk mendapatkan sebuah lagi kereta bagi memastikan beberapa rakan yang duduk di belakang 'hilux' itu tidak terdedah kepada hujan yang mula rintik-rintik manakala Citra akan digagahkan untuk dibawa pulang ke Bangi.

Ketika ini saya telah berpecah dari kereta Citra untuk mendapatkan sebuah lagi kereta. Saya difahamkan Citra mengalami masalah mati enjin secara tiba-tiba, barangkali telah overheat. Chegubard dan beberapa rakan lain yang menaiki Citra terpaksa menolak kenderaan itu ke tepi jalan yang lebih selamat. Ketika itu hujan turun, hampir kuyup mereka menolak kereta dalam keadaan renyai yang konsisten. Citra dapat dihidupkan kembali setelah rehat seketika dan meneruskan perjalanan ke Bangi.

Akhrinya, Citra yang membawa Chegubard dan juga beberapa kenderaan mengiring yang lain tiba di tempat yang dituju tepat jam 7 malam. Masing-masing mengambil nafas sambil menceritakan detik-detik manis dan pahit ketika demo pada sebelah siangnya. Antara ceritanya ialah, bagaimana kelongsong gas pemedih mata telah terkena di lengan tangan saya, menghasilkan bentuk bulatan dan melecurkan satu bulatan kecil sebesar syiling 5 sen (Lihat gambar di atas).

Walaupun beberapa kali terhidu gas pemedih mata (yang sebenarnya memedihkan hidung, mulut, mata, paru-paru, dan seluruh badan selama beberapa minit selagi tak dapat garam), walaupun sesak nafas teruk dialami hingga hingus mencurah-terbit dari hidung bersama air liur yang meleleh, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat saya untuk sekali lagi berdemo. Bukan sekali, malah berkali-kali selagi keadilan dan kebajikan untuk rakyat tidak dipelihara oleh kerajaan pemerintah yang serba zalim.

Peristiwa hari ini cukup mendebarkan, saya menceritakan dari sudut yang lain apabila ramai rakan blogger lain telah memberi yang terbaik untuk tatapan umum, saya memilih untuk mendedahkan peristiwa radiator Citra yang kering itu.

Dari sebuah demonstrasi bertemakan air, kepada air watercanon yang menyimbah-nyimbah rakyat marhein dan disudahi dengan peristiwa air radiator yang mencurah-curah umpama air paip separuh terbuka. Segalanya tentang air...

Semoga lebih ramai yang kembali ke jalanan untuk bersama-sama menentang kerajaan zalim legasi penjajah. Kerajaan Penjajah !!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
sebuah catatan santai berkenaan isu air...

4 comments:

Anonymous said...

Lain kali ambil sebijik telur dan pecahkan ke dalam tangki radiator tu utk menutup buat sementara waktu lobang2 yg bocor.Aku pernah buat mekanik yg ajar. Tapi kalau kebocoran terlalu besar mcm lobang jubur sayfool susah sket.

merbok said...

ketus polis yg baru (orang kulim)digambarkan mcm kononnya tegas dan lurus dalam menjalankan tugas berbanding musa hassan!! ntah laa.. nampaknya mcm kena cucuk hidung jugak! nanti kalau dah kontrak tak disambung mula laa muncul mcm-mcm berita.. ada tangan ghaib laa.. ada campurtangan pihak atasan laa.. tak tau dari mana datang arahan laa... mcm-mcm alasan!! lanchow laa.

Anonymous said...

http://celahgelegar.blogspot.com/2010/12/pru13-mampukah-pas-tawan-terengganu.html

Anonymous said...

PRU13 - Mampukah PAS tawan Terengganu

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

“Kita yakin untuk merampas semula Terengganu, Umno menang di negeri itu dengan penipuan, apa pembangunan yang dibuat di sana hanya stadium runtuh sahaja ” kata Hadi

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

“Dalam pilihan raya lepas kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup ” tambah Hadi lagi.

Mampukah PAS Menawan Terengganu dalam keadaan “Menopause” dan hilang “berahi”

Saya tertarik dengan kenyataan bahawa Pentadbiran Pas Negeri Terengganu takut dan tidak berani diubah. Rakyat terbanyak ditarbiyyah Pas supaya berubah sedangkan Pentadbiran Pas Negeri Terengganu tidak mahu berubah.

Kalau diukur dari segi pencapaian Pas Terengganu selepas dua penggal tinggal dalam buangan kerana digulingkan BN dalam pilihanraya umum 2004 dengan slogan "serik doh weh” pmpinan Deris Jusoh adalah mendatar dan tiada apa perubahan dan produk baru yang membanggakan lahir.

Sedang kita berlumba-lumba dengan kemajuan pesat teknologi globalisasi tanpa sempadan yang penuh dengan pertanyaan, Pas Terengganu masih lagi dibelenggu dengan idea dan pendekatan lama tanpa perubahan selain daripada ceramah, ceramah dan ceramah yang semakin hari sudah kurang mendapat sambutan kecuali dalam musim pilihanraya. Itupun bergantung kepada siapa penceramahnya.

Pentadbiran Pas terengganu seolah-olah sedang dalam proses “Menopause” dan jelas seperti hilang “berahi” untuk menawan kembali Terengganu selepas dua penggal berlalu.

Mampukah orang yang hilang "berahi" menawan Terengganu?