Monday, April 13, 2009

Kenapa hujan sudah tidak bermusim...?

Rasanya dah setahun lebih musim hujan melanda negara kita. Ada sesiapa bijak pandai yang di luar sana dapat memberikan sedikit takrifan penjelasan tentang fenamena hujan tak bermusim yang berlaku sejak setahun ini?

Sewaktu entri ini masuk, hujan sedang turun dengan lebatnya. Banjir mungkin akan berlaku di Kuala Lumpur di kala trowong smart masih beroperasi bagi mengelak kerugian.

Saya begitu tertanya-tanya... Malaysia umpama mengalami musim hujan yang berterusan terutamanya menjelang tahun 2009.

Ada yang berpendapat sejak Paklah memegang tampuk pemerintahan, pelbagai bencana berlaku. Malah ada yang mengatakan Paklah tidak mempunyai aura? Tidak kurang juga yang mengatakan alam menuntut pembaharuan tatkala pucuk pemerintahan bak tidak direstu.

Apa-apa pun, kita tetap berserah kepada Allah yang maha mengetahui. Ada rahmat di sebalik hujan.

Saya masih berharap agar ada di kalangan saudara bijak pandai yang dapat menjelaskan mengapa fenamena ini berlaku, dari sudut saintifik mahupun sudut kerohanian.

3 comments:

Anonymous said...

salam edyes,pernah saya terdengar kata org2 dahulu,apabila meninggalnya seorang ulama pewaris nabi maka akan menangislah dan sedihlah seluruh isi bumi dan langit..wallahualam

Anonymous said...

Saudara,
saya memang perasan musim hujan yang tidak bermusim sekarang ini. Seingat saya ia bermula pada bulan 9 atau bulan 10/2008 masa bulan puasa tahun lepas hingga kini. Saya perasan kurniaan Allah ini sebab saya orang berniaga. Bagus juga saudara buka isu sebegini. Saya juga ingin mendengar pendapat ramai. Bukan saya mengelak atau merungut dengan apa yang telah Allah tetapkan cuma ingin berkongsi pengalaman.

mulan.

priory of jenin said...

bro, aku tak bijak mana pun, tapi saja cuba kotkot jawapan aku tersangkut ka.
haih, hujan turun pun ada yang kata pak lah? rasanya hujan ni terpulang kepada kita nak kata ia bencana atau rahmat. kalau ikut aku, aku suka hujan tiap-tiap hari waktu tengahari dan tengah malam, supaya tak paneh sgt dan tengah
malam best layan kopi bersama rokok atau 'bayaq bil'.
ingat tak kat bkt gantang haritu hujan lebat selalu turun? ni lagi pelik. kalo tak silap la, taiping zaman dedulu hujung tahun je hujan lebat mencurah-curah. masa lain
hujan juga, tapi tak sekerap masa PRK aritu.
aku rasa la, ni cerita sama; climate change. kat UK pun dulu december start salji, sekarang bulan mac baru turun. sama la dengan taiping. sekarang baru time hujan lebat. zaman ais nak dekat dah.
aku tak blame paklah, tapi kalau teori kaum mayan betul yang kata 40% penduduk dunia akan pupus masa 20/12/2012, aku harap kaum yang extinct masa tu puak totok umno. padan muka. hahaha.

http://prioryofjenin.blogspot.com/

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan