Tuesday, April 14, 2009

Bagaimana Merealisasikan OneMalaysia Jika OneBN Gagal?


Mencecah 10 hari pentadbiran perdana menteri baru, Najib berdepan dengan krisis dalaman Barisan Nasional dan juga krisis dalaman UMNO.

Dari dalam UMNO, dapat kita lihat pergolakkan yang berlaku di pantai timur. Usaha untuk menjatuhkan Menteri Besar gedebe berkemungkinan menyebabkan PRU DUN Terengganu dipertaruhkan. Harapan BN untuk mempertahankan Terengganu agak tipis sekiranya berlaku satu pilihanraya negeri.

Dari dalam BN pula, MCA MIC dan Gerakan cukup marah dengan kenyataan orang nombor dua. Tuntutan TPM2 untuk kaum cina dan tuntutan penambahan kaum india dalam kabinet merupakan antara yang menjadi permintaan sempena pertukaran takhta PM. Ia juga menggambarkan satu bentuk ancaman kepada UMNO supaya pengundi bukan melayu kembali menyokong BN.

Adakah Najib akan tunduk? Jika Najib tunduk, bolehkah kita gelarkan Najib sebagai barua bukan melayu atau boneka non-bumi? Ada parti yang dah merajuk, tak mustahil boleh join PKR bagi melengkapkan kekuatan PKR?

MIC's threat to pull out its minister and two deputy ministers is suicidal. It could be the best news for those within BN who are of the view that Samy Vellu's MIC has been dragging the coalition down, but Najib does not have an option. Or does he? Read AAT's Wayang Gelap MIC.

Pernyataan di atas dan komen di bawah saya petik dari blog rocky bru dalam entri Najib early predicament. Bunyi komen di bawah seperti rakyat kebanyakkan melepaskan geram kepada kepimpinan baru Barisan Nasional yang bercakaran sesama sendiri.


Hikayat Mamat Bendahara,
Macamlah MSM kita tak pernah lapor berita propaganda. Kalau dah tahu tak benar, tak payahlah baca. Apa yang susah sangat? Ramai rakyat yang sudah bosan dengan BN pun tak baca UM dan The Star.

Pasal Najib senang je. Kalau Najib tidak berjaya mentadbir negara dengan baik, semua ini kita boleh menunding jari kepada Pak Lah. Semua salah Pak Lah. Pak Lah tak betul, Pak Lah tak buat ini. Pak Lah tidur...Tapi anda perlu ingat, zaman Pak Lah sudah berlalu, kalau Kabinet pun baru, PM pun baru, tapi masih kalah dalam pilihanraya, budak-budak kat pejabat kerajaan masih lembab dan aduhai lambat buat kerja, rakyat masih tidak merasai apa-apa perubahan, tak payahlah menunding jari kepada sesiapa (Muhyiddin kau dengar?) Tengok je diri sendiri tu. Cerminlah muka. Salah tu kat sendiri.

Muhyiddin ni pun satu, kau ingat kaum-kaum lain tu bodoh ke? Cakap tak sesuai dengan masa. Kalah kat pilihanraya je, terus cakap Cina dan India tak sokong BN. Semua salah kaum lain. Kenapa tak cakap Melayu yang tidak sokong BN? Eh bangunlah, yang kamu tu duit melambak kat bank-bank, anak-anak semua keluar negera belajar, datin kamu tu yang suka shopping macam Rosmah tu, duit tu halal ke?

Itu yang buat saya dan geng member-member saya kat kampung frus. Cakap je NEP, tolong Melayu. Tapi entah la siapa yang dia tolong. Tolong kembangkan kocek dia kot? Yang anak-anak menteri, datuk-datuk ni, kalau jumpa, tengoklah muka-muka mereka. Pakaian melambak branded. Entah duit tu dari mana. Pakaian tak apa, tapi sikap tu yang meluat. Tapi tak tahulah kenapa si budak kat Jakim & Jawi tak ambil tindakan. Budak-budak ni la yang perlu bimbangan agama Islam. Tengok cara bergaul, minum arak, bergaul dengan perempuan bukan muhrim. Mungkin out of their jurisdiction kot. Kan semua kat luar negara belajar. Hmmm duit mana datang tu?

Said Mahmood


Nampak gayanya, ini satu permulaan kepada satu kejatuhan... The begining of the end...

2 comments:

Pak Lubis said...

Alah bukan one BN je gagal ... One UMNO pun dah gagal nak buat cam mana lagi

tok iskandar said...

Utusan malaysia hari ni lapor kenyataan tan sri aziz,pengerusi SPR tentang banyak duit rakyat terpaksa dihabiskan untuk PRK.

Ironiknya,belanja mengurus PRK Kuala Terengganu oleh SPR hanyalah RM450 ribu dan untuk polis adalah RM16 juta.Belanja polis lagi mahal daripada belanja SPR.

Di Bukit Gantang pulak,SPR belanja RM700 ribu.Bukit Selambau dan Batang Ai masing-masing RM500 ribu.Memeranjatkan belanja untuk polis bagi tiga PRK adalah RM30 juta.

Belanja PRK untuk polis dah cecah RM46 juta.

SPR kena kurangkan atau hadkan jumlah polis yang hadir dalam setiap PRK.Bukannya hadkan jumlah penyokong PR kerana mereka datang guna duit sendiri.

Lagi elok RM46 juta digunakan untuk mendirikan pondok polis,van polis bergerak atau elaun kerja lebih masa.tak lupa untuk skim perlindungan insurans dan macam-macam lagi.

PDRM berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengira pembangkang atau kerajaan.Itulah harapan rakyat semua dan janganlah persiakan harapan rakyat

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan