Monday, April 6, 2009

Bagaimana Jika Nizar Kalah ?

Betapa pentingnya pilihanraya kecil kali ini, dan betapa signifikasinya.

Pertama, ini adalah ujian pertama buat Najib yang kini digandingkan bersama tok sifunya. Samada Najib berjaya mengembalikan penguasaan UMNO dan seterusnya menjadi 'turning point' kepada barisan penyokong kerajaan sekiranya kemenangan berpihak kepada BN. Dr. Mahathir juga turut berkempen mempertaruhkan penghujung kariernya sebagai mastermind UMNO. Kemenangan BN juga bakal menjulang nama Mahathir sebagai penyelamat dan tak lupa juga nama Najib sebagai pemimpin perubahan.

Kedua, signifikasinya pilihanraya kali ini kerana pertembungan di antara rakyat dan sultan sepertimana yang digembar-gembur oleh barisan kerajaan. Rakyat dan sultan tidak bersalah dalam isu negeri perak, malah menjadi mangsa keadaan yang akhirnya beban kesalahan diletak pada bahu Pakatan Rakyat yang kononya menderhaka. UMNO yang memporak-perandakan negeri perak dan PRK Bukit Gantang menjadi pertaruhan penting betapa UMNO dan BN harus dinoktahkan melalui undi.

Pada pihak pakatan rakyat pula, ia nyata lebih penting dari apa yang terlintas difikiran. Walaupun secara positifnya, menang atau kalah itu bukan keutamaan. Namun kali ini apa yang dipertaruhkan ialah kemenangan PRU13. Apa yang dipertaruhkan kali ini ialah samada lulus atau gagalnya matlamat menumbangkan Barisan Nasional yang dikepalai oleh Najib pada pilihanraya umum akan datang, atau menunggu 50tahun lagi untuk kembali bangkit.

Dengan meletakkan MB Nizar sebagai calon, ini bermakna pentas perjuangan P59 bukanlah calang-calang pilihanraya. Pentas P59 adalah umpama penentu segalanya. MB Nizar adalah satu ikon yang sangat cemerlang di mata kita dan juga di mata musuh. Walaupun musuh melabelkanya sebagai boneka cina, sedangkan mereka sendiri pun tahu label itu adalah penipuan semata-mata. Hebatnya Nizar sehingga dicantas dari meneruskan tugas sebagai MB Perak yang berkaliber.

Oleh demikian, apabila PAS meletakkan seorang calon yang sangat cemerlang, segala bentuk ungkapan kekalahan itu harus disimpang dari melalui kem pakatan rakyat. Ini adalah pilihanraya yang harus dimenangkan. Rentetan kemenangan itu harus diteruskan dan akhirnya trend meninggalkan Barisan Nasional akan lengkap sepenuhnya dengan kemenangan pakatan di Bukit Gantang.

Percayalah, Najib tidak harus diberi peluang. Kerangka pemerintahan negara ini akan menjadi sebuah pemerintahan turun temurun yang moden. Daripada Onn Jaafar kepada Hussin Onn, Daripada Razak kepada Najib, Daripada Hussin Onn kepada Hishamuddin, sedarkah kalian semua, Najib dan Hishamuddin itu adalah sepupu sepapat? Jadi siapakah yang akan memerintah Malaysia selepas ini? Adakah anak Najib ataupun anak Hishamuddin?

Kepada pengundi yang berkenaan di dua bukit nan sebatang ini, fikirlah baik-baik. Kembali kepada UMNO bukanlah satu jalan yang sihat, ia umpama membenarkan pemerintahan monarki moden. Pemerintahan bapak ke anak, bapak kroni ke anak kroni, akan semuanya berpusing di situ, dan kaya itu bertambahlah kaya, yang miskin bertambah hina. Kembali kepada UMNO bermakna, memberi sokongan sepenuhnya kepada perasuah tegar.

Saya mengambil satu contoh mengenai apa yang berlaku dalam UMNO. Tidak mustahil pemuda yang bernama Khairy bakal menjadi Perdana Menteri termuda. Kerana perwakilan itu boleh dijual beli sepertimana yang berlaku, Khairy dimenangkan walaupun jumlah pencalonan paling kurang diterima, tetapi menjadi pilihan utama perwakilan. Oleh demikian, andaikata Khairy bertanding di jawatan Naib Presiden dan kemudianya Presiden UMNO, maka pemilihan Perdana Menteri Malaysia terletak pada tangan perwakilan yang berisi-risi. Jadi tidak mustahil ini berlaku.

Bukit Gantang tetap sebagai penentu. Samada legasi pemerintahan UMNO di negara ini sampai ke penghujungnya, atau talian hayat Bukit Gantang bakal menyelamatkan UMNO dari pupus di dada kerajaan pusat.

Bukit Gantang sudah menyeru, saya akan berangkat ke sana lewat malam ini. Pelan asal untuk tiba lebih awal terpaksa ditunda atas sebab kesihatan kenderaan.

Saya tetap yakin kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat di dua bukit. Namun trick orang tua Mahathir tu perlu diperhalusi kali ini. Jumpa kita di Bukit Gantang.

Salam Perjuangan, Salam Reformasi.

TAKBIR !!

No comments: