Wednesday, April 29, 2009

Pakatan Rakyat Menuju Kehancuran ?

Telah sekian lama blog edyesdotcom tidak diupdate. Kerana kesibukan dunia, kerja kerja kerja, selagi belum tutup mata, asyik bekerja.

Siang dan malam bekerja mencari nafkah, demi kehidupan yang sedikit selesa, kita korbankan sedikit masa. Siang di pejabat, malam di pasar malam dan tapak bazaar setiap hari termasuklah Sabtu dan Ahad, kerana Sabtu dan Ahad itulah kita menuai.

Saman-saman buta dari MBSA telah masuk kepingan ketiga, silap haribulan mahkamahlah jawabnya. Takkan saya bayar walau sesaman sekalipun, kerana hak berniaga dinafikan dibumi sendiri. Bukan saya buat kacau-bilau, cuma berniaga. Sedangkan lesen tapak yang dimohon langsung tidak mendapat jawapan.

Mengapa negara infra kelas pertama seperti Malaysia, mempunyai taraf kehidupan yang jauh ketinggalan? Di manakah silapnya apabila RM10 itu tidak bertahan lama? Mengapa sekeping note RM50 itu sebentar sahaja lupus dari tangan sedangkan gaji hanya sekadar 40keping note RM50?

Sepuluh keping note RM50 telah habis di ansuran kereta, manakala 13 keping lagi habis dek membayar ansuran rumah. Tinggal 17keping note RM50. 6 keping note RM50 untuk susu dan pampers bagi sepanjang bulan, 4 keping untuk barang dapur, 2 keping untuk bil api dan air, sekeping untuk bayar astro (termasuk chanel sukan).

Daripada 40keping gaji yang diterima, tinggal hanya 4keping note RM50 sehari selepas gaji. Bagaimana pula dengan minyak kereta, duit parking, sarapan dan makan tengahari di pejabat, duit nak entertain mak setiap kali balik kampung (Orang nogori balik kampung sebulan sekali), dan pelbagai belanja seharian. Bagaimana nak lakukannya dengan 4keping RM50?

Kerana kita rakyat Malaysia mempunyai prasarana kelas pertama di dalam sosio-ekonomi-politik kelas ke-tiga, inilah hasilnya 50tahun kemerdekaan. Segelintir kaya raya meninggalkan jurang besar kepada kelas pertengahan dan apalagi bawahan. Disebalik segerombolan umat yang relax mentelaah habuan atas angin, meninggalkan orang kebanyakkan yang tidak punya masa untuk anak-anak kerana mencari sedikit keselesaan, yang akhirnya anak-anak itu akan merempit di malam sabtu kerana mak ayah sibuk cari duit?

Persoalan ini khas untuk saya yang masih punya anak kecil berhadapan risiko dalam melentur anak ke jalan yang betul. Kain putih ini akan dicorakkan, cabaran yang maha hebat dengan faktor sekeliling yang maha kelam.

Masih belum terlambat untuk kita baik-pulih kehidupan ini. Di samping mencari lebihan wang, kita berjuang untuk memastikan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap hilangnya harga kehidupan di sebuah negara sendiri tumbang bersama idealogi haloba. Bukan satu parti sahaja yang boleh perintah negara ini, cukuplah 50 tahun dengan hasil 'prasarana kelas pertama' bersama 'kehidupan rakyat kelas ketiga'.

Bersama kita menuju ke arah Negara Kebajikan. Sebuah negara yang bukan sekadar meraih untung semata-mata. Sebuah negara yang menolak rasuah bagi menyelamatkan wang rakyat yang akhirnya disalur kembali kepada rakyat melalui inisiatif yang ikhlas. Negara Kebajikan menawarkan kehidupan yang mengurangkan unsur tekanan secara berkala yang akhirnya rakyat semua lapisan hidup dengan jurang yang mampu digapai.

Negara kebajikan yang mengutamakan mereka yang memerlukan. Mereka yang rajin tetap mendapat habuan dan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan dengan kriteria yang telus. Golongan pertengahan akan lebih selesa dengan kos kehidupan yang berkurangan dan kawalan harga barang yang terjamin. Bukan sekadar permainan apabila harga barang perlu itu diletakkan atas gesaan persatuan pemborong dan pengedar semata-mata.

Tanpa rasuah, semua ini boleh berlaku. Ketelusan akan jelas. Rakyat tidak lagi tertipu dek projek-projek ratusan juta yang tidak memberi manfaat kepada orang kebanyakkan.

Yakinlah dengan Pakatan Rakyat. Yakinlah pemimpin berkaliber dari Pakatan Rakyat sangat mengambil berat tentang nasib rakyat yang selama ini ditipu, diperbodohkan oleh kerajaan rakus.

Jangan toleh ke belakang, kita teruskan berjuang demi sebuah Negara Kebajikan yang diidam oleh semua bangsa yang hidup di dunia ini.

Sekali lagi kebijaksanaan pengundi di Permatang Pauh diperlukan. Andalah penentu samada kebangkitan Kerajaan gerombolan itu dikekang atau sebaliknya. Sekiranya ada unsur 'turning point' di Penanti, maka percayalah Pakatan Rakyat akan berkubur begitu sahaja. Dengan media yang asyikkkkk melagakan dua Tuan Guru, dan tidak kurang juga melagakan beberapa Datuk Seri di Pakatan.

Kepada pengundi Penanti, demi untuk memastikan kemenangan, sila pangkah kedua-dua logo calon Pakatan Rakyat yang bertanding. Saya percaya Pakatan Rakyat akan menang lebih awal iaitu seawal jam 6 petang. Sila pangkah untuk logo PKR dan logo PAS menjadikan dua tanda pangkah di kertas undi. Ruangan untuk logo dacing dibiarkan kosong.

Saya menyokong PAS dan PKR untuk bertanding melawan calon BN. Sekiranya dua calon Pakatan Rakyat bertanding, sudah pasti kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat kerana dua calon Pakatan menentang satu calon BN. Walaupun kemungkinan calon BN ini akan dibantu oleh seorang lagi calon bebas, saya tetap yakin Pakatan akan menang.

Akhir kata, saya juga menyokong 'kolomak' Unity Government yang dibentangkan oleh TGHA. Walaupun tak lihat lagi kertas kerjanya dan blue print nya, saya tetap sokong kerana dengan pergabungan PAS dan UMNO ini, kita tanpa segan silu akan menunggu 50tahun lagi untuk melihat BN hilang majoriti 2/3 buat kali yang kedua. full stop.

kolomak = biasa diucapkan oleh orang nogori sewaktu terik.

7 comments:

-thethinker- said...

masam-masam pedas !!!
harap harap bangun dari tidur , dari mimpi dan angan angan

rahman tampin said...

ini masak lomak cili api ...

tajuk keras, isi pedas...

penakiri said...

Pandangan dari rakyat yang ikhlas..
ikut sistem islam, cukai tak ada.. yang ada zakat, itu pun hanya 2.5%

Sekarang ni banyak barang dah dicukaikan. Pergi makan dekat restoran kena cukai lagi,
buat pinjaman pendidikan, rumah kena interes pulak, sedangkan itu keperluan.

Kalau bayar hutang tanpa interest, sikit je sebenarnya bulan2.

Hari ni hari terakhir serah borang cukai, tak serah kena denda pulak.

Bila lah kerajaan kebajikan nak wujud?

bila lah nak rasa duit ni besar?

Anonymous said...

saya perengan terakhir tuan,kena tuju kepada nik abduh

sunan said...

pagi tadi sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja kereta saya telah dilanggar oleh sebuah motor polis trafik. yang dikesalkan polis trafik tersebut terus memecut selepas motor yang ditungganginya bergesel dengan kereta saya...so di mana logiknya polis trafik di negara kita?

Isa said...

Negara Kebajikan????

Semalam ada YB kena gasak kow-kow pasal negara kebajikan...

Kebajikan mereka atau kebajikan kita???

komoi said...

Mula aku tengok tajuk hang ni . aku ingat hang dah terbalik, tapi dak, aku sangat setuju dengan hang tu ,tambah lagi kami orang pencin ni lagi terok lah ,baki pencen hanya 6 keping not 50 saja, bil 2 yang kat dinding rumah pun dah mencapai 4 keping not 50 , jadi nak makan saja pun tak cukup jangan nak bubuh minyak, honda cup cabok pun tak mampu. kalau macam tu mailah kita jangan pilih BN lagi, untuk orang pencen yang tinggal tak berapa keping lagi tu pakat2 pikiak lah pelan nooo Bn tak perintah pun orang bulih hidup juga,

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan