Tuesday, April 14, 2009

RM 1 Juta Untuk Pujuk Cina undi BN ?

Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat. - Malaysiakini

Beliau mengulas wawancara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang melihat ketewasan besar BN di parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau sebagai sikap tidak kenang budi pengundi bukan Melayu terhadap kerajaan.


edyes wrote:

Cina dan India tidak mengenang budi? Budi siapa yang nak dikenang??

Ini bermakna kerajaan masakini sudah terlalu banyak memberikan ruang kepada kaum cina dan india sewaktu pilihanraya. Rupa-rupanya banyak peruntukkan yang disediakan supaya mereka kembali mengundi UMNO. Muhyidin secara terbuka menyatakan RM1juta telah diagihkan dalam pilihanraya baru-baru ini.

Ditanya Mingguan Malaysia "bukankah setiap kali pilihanraya kecil, permintaan kaum bukan Melayu dipenuhi, malah di Bukit Gantang walaupun peruntukan RM1 juta diberikan tetapi kaum Cina tidak juga menyokong BN", timbalan presiden Umno berkata.

Trend sekarang menunjukkan UMNO tidak lagi peduli dengan undi melayu kerana mereka berpendapat undi cina dan india lebih penting dalam menentukan kemenangan. Mungkin UMNO serik menghulur kepada melayu bijak yang mengambil apa yang dihulur sambil memangkah pembangkang.

Muhyidin menyeru supaya orang-orang melayu kembali semula kepada UMNO. Ingin saya tanya, di manakah Muhyidin ketika sebilangan rakyat merayu agar dipertimbangkan semula kenaikkan harga minyak mendadak tahun sudah? Apakah rayuan rakyat supaya harga barang dikekang daripada naik dititik beratkan oleh kerajaan?

Telah banyak peluang diberi kepada UMNO supaya memerintah negara ini dengan baik, bukan sekadar memenuhi kemajuan tetapi kebajikan rakyat juga harus terbela. Telah 50tahun lamanya peluang itu diberi kepada UMNO tetapi dipersiakan dengan mengkayakan sanak saudara kroni dan proksi.

Sekarang ini, jangan kata hanya cina yang tolak MCA / Gerakan, jangan kata hanya india yang tolak MIC, melayu juga telah mula meninggalkan UMNO korup. Ayuh semua bangsa, kita lawan Barisan Nasional sampai ia menjadi sejarah, terkubur di PRU13. Penangan bangsa-bangsa Malaysia, Melayu Cina India Iban Kadazan.

UMNO parti perosak yang telah rosak. UMNO telah lumpuh bak kata orang nombor satu UMNO iaitu Tun Mahathir. UMNO telah lumpuh katanya. Saya percaya... kita percaya...


5 comments:

wak-labu said...

PAS dan UMNO siang malam membahaskan soal, hudud, hadhari dan negara Islam.

Kaum kafir sudah bersatu dalam DAP, dibantu pula oleh PAS dan PKR, maka kaum kafir ini akan bertambah kuat.

Sekarang mereka sudah berani menuntut berbagai perkara yang sangat menguntungkan mereka, dan sebalik nya sangat merugikan kaum melayu/Islam.

Kebodohan kaum melayu/Islam ini akhirnya akan menjadikan kaum melayu/Islam menjadi HAMBA KAUM KAFIR.

Edyes said...

sebab itu wak, kita harus bersatu...

tapi bukan lagi bawah sayap UMNO...

nalapambu said...

Mula2 TDM dipaksa berundur, UMNO sudah berada dalam keadaan parah, digantikan dengan DSAAB yang kunun nya "Mr.Clean", Satu penggal sahaja, "Mr.Clean" memerintah UMNO hampir tumbang pada PRU12.

Riyuh rendah pencacai2 UMNO menyalak menghalau DSAAB supaya segera berundur juga. Kunun untuk selamatkan UMNO.DSAAB berundur dan DSNTR pula ditabalkan sebagai Presiden UMNO yang ke6.

Malangnya UMNO masih tidak berubah, rakyat masih meminggir kan BN/UMNO, 5 PRK diadakan, BN/UMNO cuma menang 1 kerusi sahaja - itu pun di kawasan perintah BN/UMNO yang paling mundur.Hari ini keadaan BN/UMNO makin bertambah parah.

Tan Seri Muhyiddin Yassin TPM menyatakan bahawa BN/UMNO cuma ada masa DUA tahun sahaja untuk di pulihkan.Malang nya pencacai2 UMNO masih lagi TIDAK SEDAR dan masih tidak mahu mengaku bahawa BN/UMNO sudah NAZAK.

Ex-UMNO said...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

Anonymous said...

Siapa pun pemimpin Ameno yang jadi DREBAR mesti terbabas punya..........

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan