Thursday, April 2, 2009

Bukit Gantang Ganyang Najib !

Najib kini bakal bertahta sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 setelah diberi laluan sebagai Presiden UMNO yang baru dalam Perhimpunan Agong UMNO Mac lalu. Tidak kita lupa Najib jugalah yang menjadi dalang kepada rampasan kuasa negeri Perak sebulan sebelumnya.

Sebagai sebuah parti bangsa, UMNO kini tampil dengan saf kepimpinan yang baru, yang kononya selangkah membawa pembaharuan. Sedangkan saf-saf tersebut adalah muka-muka lama yang mengamalkan pelbagai jenis rasuah yang mengkayakan sanak saudara sesama mereka. Di manakah definasi pembaharuan apabila hanya satu pihak sahaja yang dibenarkan ber'media'.

Arakian media arus perdana tidak lagi dipeduli oleh rakyat kerana penipuan yang terang lagi bersuluh, maka media alternatif dibungkus hidup-hidup demi menjaga kepentingan politik sebuah parti. Rakyat tidak lagi melihat TV123 sebagai sebuah media kebenaran, ia cuma sebuah makanan ringan dengan hanya berita sukan yang ditunggu-tunggu. Media arus perdana akan dilihat sebagai media propaganda BN dan sebagai satu sumber untuk melihat sejauh mana penipuan yang dicanang.

Begitu jugalah dengan Berita Harian dan Utusan, hanya muka belakang sukan yang dibelek. Di manakah perubahan yang dijanjikan sewaktu era Paklah? Mana mungkin sebuah negara yang adil hanya membenarkan hanya satu pihak berpropaganda manakala satu pihak lagi bergerak secara bawah tanah? Mungkin selepas ini bloging juga bakal diharamkan dibawah arahan kementerian Najib(KKDN).

Apa yang jelas ialah UMNO dan kerajaan BN bakal membawa negara ini ke arah pemerintahan kuku besi yang menghalang habis-habisan sebarang unsur yang menggugat kestabilan politik UMNO, bukan unsur yang menggugat kestabilan keselamatan negara seperti yang diharapkan rakyat. Kestabilan negara nyata terjejas seketika apabila sebuah kerajaan negeri yang sah dijatuhkan dengan konspirasi kotor ekoran jenayah culik dan ugut. Ini yang mereka lakukan dan akhirnya segala urusan, perancangan, transaksi, permohonan dan pelbagai lagi perkara yang melibatkan kerajaan negeri Perak tergendala.

Inilah huru hara yang mereka lakukan dan ia tidak harus dimaafkan malah bakal diterjemah dalam bentuk undi sokongan kepada calon PAS dalam PRK Bukit Gantang yang juga seorang Menteri Besar yang sah.

UMNO dan ahli kekalnya menaruh harapan baru terhadap kepimpinan Najib, begitu jugalah dengan Tun Mahathir, namun bagaimana pula dengan ahli UMNO yang sekian lama telah goyang dengan kerakusan mereka sendiri? Ramai yang melihat 8 Mac 2008 adalah satu detik kebangkitan kuasa rakyat melalui undi. Tiada siapa percaya 5 negeri boleh terjunam dan kini saya percaya mereka tidak akan berpaling lagi.

Tiada sebab untuk mereka kembali menyokong UMNO tambahan pula dengan keputusan PAU, maka sedarlah bahwa rasuah dan UMNO umpama tidak boleh dipisahkan. Menyokong UMNO umpama menyokong perasuah dan secara terus bersubahat dengan segala perilaku rasuah yang dilakukan malah penyokong yang dulu-kini-dan-selamanya di barisan semakin sedar bahawa negara semakin tergadai oleh kerakusan UMNO. Walhal yang bersubahat ini masih lagi terkial-kial menongkah arus survival keluarga dengan harga barang yang tidak turun-turun sedangkan survival UMNO masih menawarkan rasuah sebagai jalan kekayaan.

Mereka menyaksikan bagaimana Khairy dan 40 penyamun tarbus masih lagi dipilih sebagai pemimpin sedangkan telah jelas dan nyata Khairy telah bersangkutan dengan rasuah politik wang. Orang-orang UMNO adalah manusia biasa. Mereka punya perasaan dan akal yang waras untuk menilai dan menentukan siapakah yang berhak disokong demi agama dan bangsa.

UMNO tidak lagi popular walau siapa pun pemimpin atasanya. UMNO tidak lagi menjadi pilihan rakyat walau apapun pembaharuan yang cuba ditenangnya. Kerana udang itu sebalik batu, kerana batuk itu dilepaskan di tangga, tiada siapa percaya Najib dan UMNO bakal membawa kebaikkan, malah mereka percaya dengan khairy sebagai bakal menteri belia dan sukan (atau menteri pelajaran) UMNO akan semakin dipinggirkan.

Untuk PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat sebuah kebangkitan rakyat bagi menentang penjajah era baru yang menggantikan penjajah British sejak 50tahun yang lalu. Kita harus menentang penjajah ini demi agama dan bangsa. Zaman pemerintahan kuku besi di negara ini seharusnya sudah pupus sama sekali.

Ayuh pengundi Bukit Gantang, ganyang Najib biar tersungkur di kerusi PM yang baru. Dengan calon Mail Sapian yang begitu rajin ke Danok, dengan kredibiliti dan kesohoran peribadi MB Nizar, tiada sebab untuk BN menang. Biarkan deposit mereka lebur di Bukit Gantang supaya mereka ingat, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Perak khasnya menolak BN dan Najib Monggolia.

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR !!!

2 comments:

HASBUL said...

"Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan
bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi
pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu
menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah
orang2 yang zalim" (At Taubah:23)

Green is in said...

jangan kita begitu ghairah mengajak orang men'ganyang' najib. silap2 nanti pembangkang yang kena ganyang kat bukit gantang.
jangan cakap berapi2 nak ganyang najid, takut kalu2 bukit gantang terlepas kat BN, siapa yang malu. orang yang BERAPI-API masa mula2 gak yang malu.. then apa respons orang yang baca blog "bukit gantang ganyang najib"?? orang akan kata "pembangkang nie kata je lebih, tapi kalah gak..!!"

pikir2 lah wahai saudara.
(idup nie kejap je kn??)

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan