Wednesday, April 8, 2009

Saf Najib tidak direstui RAKYAT !

Lengkap sudah teori RAHMAN oleh perlantikkan Najib sebagai PM ke 6, maka lengkap jugalah petanda awal dan akhir yang menunjukkan UMNO dan Barisan Nasional telah ditolak rakyat. Tiada harapan lagi untuk UMNO dan BN bangkit.

Najib tidak direstui oleh rakyat terutamanya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Saf kepimpinan baru UMNO telah ditolak dan tidak langsung diberi peluang selayaknya. Keputusan pilihanraya di dua bukit nan sebatang membuktikan bahawa walaupun tampuk pemerintahan bertukar tangan, walaupun UMNO tampil dengan saf berani berubah yang baru, UMNO tetap kalah bersama majoriti yang mendadak naik.

Tajuk berita utusan hari ini juga menunjukkan UMNO tak mahu kalah dengan tajuk "BN1 PKR1 PAS1" kononya masing-masing mendapat satu sedangkan semua rakyat Malaysia membacanya "BN1 PR2". Sikap sindrom denial tidak pernah pudar di dalam jiwa UMNO, sikap tak mahu kalah inilah yang bakal merebahkan sebuah parti pemerintahan yang bertahta 50 tahun lamanya.

Kita berharap agar UMNO meneruskan sikap ini dan menganggap mereka tidak kalah sepenuhnya di Bukit Gantang. Peratusan undi yang kurang menjadi punca kekalahan UMNO seperti di Kuala Terengganu. Mungkin sekiranya semua pengundi mengundi, BN akan menang di mana-mana pilihanraya kecil mahupun besar sekalipun.

Alangkah bagusnya jika UMNO masih tidak sedar bahawa mereka masih tidak dimaafkan oleh rakyat ekoran pemerintahan korupsi yang menekan rakyat kebanyakkan dan mengkayakan segelintir kroni. Baguslah jika ini tidak disedari mereka, dan baiknya jika trend sedemikian berlanjutan hingga ke jendela PRU13.

Pakatan Rakyat semakin menjadi pilihan, Pakatan Rakyat kini polular untuk disokong. PKR, PAS dan DAP menjadi wadah bagi memperjuangkan hak sebagai rakyat daripada sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar ikut-suka-hati-asalkan-kekal-memerintah.

Arakian berbondong-bondong sokongan terhadap Pakatan Rakyat menjadi trend dan ikutan, pemahaman rakyat terhadap perlunya kerajaan pusat bertukar tangan begitu memberangsangkan. Semua tahu BN dan UMNO itu menipu rakyat dengan pelbagai helah. Oleh demikian, pertukaran kerajaan pusat bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan sekarang ini. Menjelang PRU13, Pakatan Rakyat semakin selesa dan seharusnya lebih fokus dan berhati-hati untuk bertahan dan mempertahankan kepercayaan rakyat.

Jika kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang prihatin, sudah tentu mereka akan menang di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kini BN dalam ketakutan. Wakil-wakil rakyatnya dinasihatkan agar menjaga kesihatan sebaik-baiknya, kerana selepas ini walau di Johor sekalipun berlaku pilihanraya kecil, pasti akan membawa musibah kepada UMNO dan Barisan Nasional !

Saya akhiri dengan serangkap pantun setengah kerat;

Najib di-ganyang
di bukit gantang
Najib di-silambam
di bukit selambau

Salam Perjuangan

RE-FOR-MA-SI !


1 comment:

abangjamboo said...

kelakar la hang ni..apapun good job for the coverage on the buy election

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan