Wednesday, April 1, 2009

Cubaan Menipu oleh Ezam !!


oleh Jegela Melayu

Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.

Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini.

Berikut saya petik laporan dari mStar Online:

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”

“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.

“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Apa yang pasti, Ezam telah menipu!

Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.

Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.

Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).

Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!

Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!

———-
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapa sebenarnya Ezam Mohd Noor, boleh muat turun buku Babad Pengkhianatan Pendekar Jawa. Sila klik sini.

2 comments:

tok iskandar said...

UMNO yang makin gelabah pasal nak kalah terpaksa mengerahkan memanda pencen untuk berkempen di Bukit Gantang.

Dengan muka confidentnya,puak-puak umno yakin memanda menteri pencen akan pulang dari London dan turun berkempen ke Bukit Gantang.Pulang marilah pulang marilah pulang bersama-sama.....Nyanyian orkestra Puteri UMNO ikut rentak lagu Geylang si Paku Geylang.

Kalau kalah,tok yakin sangat puak-puak umno akan menyalahkan memanda menteri pencen ni sebagai punca kekalahan.

Jentera kempen UMNO-BN mengikut risikan yang tok terima macam tongkang pecah.Jumaat ni hampir pasti Bukit Gantang jadi zon bebas UMNO-BN pasal ramai yang akan menuju ke Lembah Kelang bagi meraikan kejayaan Najib jadi PM.Itupun kalau jadilahkan.Mungkin pesta 3 hari 3 malam akan diadakan di Kuala Lumpur.

Kita biarkanlah UMNO dengan labu-labunya.Nak poya-poya ke.nak berjudi ke....lantak koranglah.betul tak zali?bukannya kami tak larang dah korang yang bebal.nak kata makan terlebih sambal,berukpun makan belacan.

Tok harapkan semua petugas PR di Bukit Gantang bekerja-keras di kawasan-kawasan kelabu dan kawasan totok umno.Kalau boleh sasaran kita lebih daripada 70% undi Melayu selain undi solid pengundi bukan Melayu.Changkat Jering dan Trong kini dah berpindah milik kepada BN,kita kenalah bekerja keras mendapatkan sokongan mereka.jangan overconfident...ok

Kelmarin tok ke terminal bas taiping,sempatlah borak dengan budak muda.umur budak ni dalam 19 tahun.dia cakap kat tok,dia taklah arif politik.melayu sama melayu gaduh tapi cina yang tepuk tangan,katanya lagi.nampakkan propaganda umno menjadi.cuba fikirkan kalau semua pengundi melayu berfikiran macam tu.tak ke haru.

Lepas dengar penjelasan daripada tok,budak tu dah clear sikit.tak macam tadi tok tengok blur je.

Luangkanlah masa sikit kat warung kopi,stesen bas dan teksi untuk mengetahui sentimen pengundi Melayu.Bukan kata undi Bukan Melayu tak penting.Kalau boleh tok nak kita dapat undi solid semua kaum.Barulah boleh kita buat hipotesis,rakyat Perak sebulat-suara tolak umno-bn

Kem umno yang berpuak-puak satu bonus buat kita.Pemuda ada team KJ,Mukhriz dan Khir.Tu tak campur dengan kumpulan pengacau bekas reformis dan pekida.wanita pulak,opah pidah dan kak zat dah tak ngam.dah tak boleh carik bulu ayam dah.geng-geng kumpulan kalah tak tunjuk muka langsung.ada yang kata depa pi melancong pasal frust nongeng kalah hari tu.paling best....umno bukit gantang bergolak pasal isu mail jadi calon Bukit gantang.dulu awal-awal ada yang dah offer nak jadi calon.bila tahu mail jadi calon,hancur luluhlah segala impiannya untuk bergelar bakal MP.dahla Mail ni geng kalah kat Bukit Gantang,dari segi populariti out of date brader...

Tok dapat khabar angin dari kem UMNO..rombakan kabinet kalau najib jadi PM,menteri tinggal 20 orang je....Kalau najib masukkan orangnya jadi menteri,rais,hamid,azlina,khaled akan disingkirkan.
tok tak yakin shahrir samad pencen jadi menteri.kalau korang nak tahu dia ni 2 pupu dengan najib dan hisham.dalam umno kroni kena ambik pot.

hampir pasti najib akan ambik 2 kementerian,kewangan dan dalam negeri.muhyiddin akan ambik satu lagi kementerian.mungkin pertahanan.kalau ada kompromi pak lah dengan najib KJ akan jadi menteri pelajaran dan hishamuddin akan diletakkan ke kementerian yang lebih kanan.sepupu KJ,shaziman akan diletakkan di kementerian asalnya,multimedia.
Mukhriz akan jadi menteri di JPM.
Kak Zat,Rosnah,Zahid,Noh Omar dan shafie juga akan mengisi slot kerusi menteri.

Ramai yang cakap najib akan naikkan semula jamaluddin jarjis dan beberapa orang pahang sebagai menteri.antaranya ismail sabri,saifuddin abdullah,maznah dan ismail said.Nasib saifuddin paayh sikit pasal ayahnya ustaz dolah penyokong kuat PAS.Orang kampungnya sendiri kata bagaimana sikap saifuddin yang turun berjumpa ayahnya hanya ketika mohon restu jadi calon BN untuk parlimen Temerloh.Ketika ini ayah Pudin sekarang tengah uzur.Tok tak nak cakap banyak tapi elok kengkawan bloggers check sendiri masalah Pudin dengan ayahnya.Dia dah tak jadi popular kat kawasannya.Memang menyedihkan.dah jadi macam citer kisah benar pulak.ada yang kata sepenggal je Pudin jadi MP Temerloh.Ismail Sabri walaupun bapak kepada Dafi tak banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat pahang.cuba bloggers siasat benarkah anak sedara ismail sabri antara yang memegang jawatan tinggi dalam yayasan baru yang ditubuhkan dan diterajui oleh Mumtaz jaafar.

Noh Omar pulak diragui ketelusannya di dalam Yayasan tekun dan pembahagian permit bas dan teksi.eloklah digugurkan atau dipindahkan ke kementerian lain.

Mereka yang tak popular inilah yang akan mempercepatkan kejatuhan UMNO.Orang tua-tua cakap kalau nak jawapan ikhlas kena tanya musuh.Eloklah najib gugurkan jamaluddin jarjis,saifuddin,maznah,ismail sabri dan noh omar daripada kabinet barunya.Ismail said sendiri tak popular di kalangan pengundi-pengundi di tempatnya.

Panjang benar celoteh tok.tok nak minum dulu.mamak teh wunekkkk.....

Anonymous said...

Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.

Perasuah Tegar

* Sepanjang Ismail Saffian menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender MPM hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa Ismail Saffian menjadi Setiausaha MPM.

* Ketika Ismail Saffian Menjadi Setiausaha MPM, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan MPM beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh MPM.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita MPM seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran MPM tetapi hanya Ismail Saffian sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

* Ismail Saffian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua MPM kerana menggunakan kenderaan MPM untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi MPM di Sitiawan yang didiami Ismail diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Saffian dalam Siri Ke-2..!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan