Thursday, October 9, 2008

Kerajaan Malaysia Baru Harus Dilahirkan SEGERA

Apa yang saya maksudkan berkenaan tajuk di atas ialah perlunya negara ini dilahirkan semula sebagai Malaysia Baru. Sistem yang sedia ada ini harus dibaikpulih.

Kita harus bina Malaysia dengan cara tersendiri, penuh dengan unsur kebajikan yang perlaksanaanya berkadar penuh. Demi memartabatkan rakyat kebanyakkan, dan menjaga keharmonian semua lapisan masyarakat.

Saya menuntut supaya negara Malaysia dilahirkan semula DEMI melawan arus kemelesetan ekonomi yang melanda dunia sekarang ini. Saya yakin, jika perubahan pemerintahan berlaku, maka akan lahir semula Harimau Asia yang bergelar Malaysia Baru !

Setelah rakyat negara ini diselamatkan dari arus kelembapan ekonomi, kita akan menerajui negara-negara yang meleset dan memimpin mereka keluar dari lembah kesengsaraan kemelesetan ekonomi.

Berikut adalah sebuah artikel dari Hishamuddin Rais berkaitan krisis ekonomi yang melanda dunia, untuk tatapan pengunjung.

oleh Hishamuddin Rais

IMF – International Monetery Fund meramalkan krisis kapitalis ini akan menghanguskan 1.4 trilion dolar.

Gordan Brown Perdana Menteri Britain dan Bendaharinya Alistair Darling akan menggunakan 500 bilion sterling pound untuk membantu 8 buah bank di UK yang akan jatuh muflis.

Bursa Saham Jakarta Rabu kelmarin jatuh mendadak 10%. Lalu semua perniagaan di hentikan.

Di Russia Bursa Saham Micex ditutup dua hari untuk menunggu 36 bilion dolar dana baru dari kerajaan. Bursa saham ini telah jatuh melepek – lebih tenat darai tahun 1998 dahulu.

Bursa Saham Korea, Nikkei Tokyo, Madrid, Milan, Rome, Sydney, Bombay, Karachi – semuanya jatuh.


Semua ini adalah tanda-tanda yang sahih bahawa sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima sedang mengahadapi krisis tanpa ubat. Suntikan-suntikan berbilion dolar telah gagal memulihkan sistem ini. Dolar-dolar ini di telan olih ‘black hole’ hilang entah ke mana

Sistem kapitalis baru berumur kurang lebih 150 tahun. Sistem ini berasaskan keuntungan maksima, tamak dan haloba. Sistem ekonomi kapitalis tidak berasaskan keperluan manusia. Sistem ekonomi kapitalis tidak mementingkan kesejahteraan umum. Apa yang di pentingkan ialah untung, untung dan untung.

Ini berbeza dengan ekonomi sosialis yang dirancang oleh daulah dan bukan berasaskan keuntungan tetapi untuk kepentingan awam.

Di Malaysia pada satu masa dahulu – leterik,air , perkapalan, pos dan talikom, hospital, kereta api, kapal terbang, pelabuhan, lapangan terbang, Jabatan Kerja Raya, Sekolah, Universiti – adalah milik negara. Harta-harta ini semuanya dimiliki oleh semua rakyat Malaysia.

Mahathir Muhamad telah menswastakan harta rakyat ini dan diagih-agihkan kepada kroni dan anak-anaknya.

Harta-harta negara ini wajib di milik negarakan sekali lagi. Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Selangor terhadap bekalan air. Tugas kerajaan bukan menjadi hamba kepada towkay dan kaum pemodal. Tugas kerajaan ialah untuk mentabir negara agar agihan ekonomi adalah adil untuk semua warga.

Di Britain Margaret Thatcher telah juga menswastakan British Petroleum, Rolls Royce,British Rails, British Telecom - hari ini dasar ini sedang gagal. Kerajaan Gordan Brown telah memilik negarakan kembali harta rakyat. Syarikat Northern Rock telah dimiliknegarakan dua minggu lalu.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai tidak efisen. Ini bohong. Yang menuduh tidak efisen itu ialah kaum pemodal kerana mereka ingin merompak harta kekayaan rakyat.

Ekonomi sosialis selalu di tohmah sebagai terlalu bergantung kepada perancangan kuasa daulah (state power). Ini juga bohong. Dari Peking , Delhi, Islamabad, Tehran, Cairo, Accra, Cape Town, Riyadh, Paris, London, Berlin, Stockholm, Washington Dc, Brazil, Bogota, Lima – di mana-mana sahaja dalam dunia ini - majoriti warga bekerja untuk daulah. Daulah lah yang menjadi pembekal kerja yang paling banyak.

Di Malaysia – bujet di keluarkan oleh daulahlah yang menjadi asas penjana pergerakan ekonomi negara. Kaum pemodal, towkay dan para kapitalis hanya menangguk di air keruh – mereka menunggu kontrek kerajaan. Dimana-mana pun dalam dunia ini kontrek terbesar datangnya dari negara/daulah/kerajaan.

Krisis kemelesatan ekonomi kapitalis ini akan membawa bencana. Apa yang diperlukan kita lakukan ialah kembali kepada ekonomi asas – pertanian. Kita perlu menjadikan Bumi Hijau dengan limpahan makanan bukan pertanian mono seperti getah atau sawit. Pertanian kita adalah untuk permakanan kita. Ini untuk memastikan apabila kemelestan ini sampai maka kita telah bersedia dengan bahan makanan.

Dalam masa 6 bulan ke hadapan ini krisis ini akan sampai. Kita tidak boleh makan Proton. Kita tidak boleh minum sawit. Kita tidak boleh makan kapal selam. Kita tidak boleh minum Sukhoi. Kita tidak boleh makan Tv. Yang boleh kita makan ialah beras, ikan, ayam, petai, jering – ipod dan handpone agak keras dan mematahkan gigi kalau hendak di kunyah.

Sebelum krisis ini sampai dasar kerajaan hari ini perlu berubah. Kerajaan hari ini perlu digantikan dengan sebuah kerajaan dan pentabiran baru. Malaysia Baru wajib dilahirkan dengan sistem ekonomi yang bukan hendak mengkulikan orang ramai. Bukan satu sistem ekonomi dimana satu kumpulan kecil jadi kaya raya , hidup senang lenang duduk di Bangsar atau di Country Heights, makan di Pavalion, berubat di Pantai Hospital.

Ekonomi baru kita wajib yang berasaskan kepentingan orang ramai. Kepentingan orang ramai di dahulukan bukan kepentingan orang kaya dan towkay. Inilah yang dinamakan Politik Baru. Inilah dia makna Ketuanan Rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

untung tak untung.... untung tak untung... untung untung untung

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan