Tuesday, October 21, 2008

Subsidi Rakyat Kepada Kerajaan

Apabila menyebut tentang subsidi, pastinya perkara yang bermain di kepala ialah kerajaan memberi subsidi kepada rakyat terutamanya dalam sektor bahan api. Tetapi agak pelik jika keadaan sekarang telah menjadi songsang di mana rakyat pula yang support kerajaan dengan memberikan subsidi penyelamat.

Isu minyak, telah banyak kali saya menyentuh isu penurunan minyak 'glokal' yang sepatutnya merundum separuh harga sepertimana minyak global yang telah merundum dari $140 kepada $70.

Jika kerajaan mengambil kira tentang kaitan minyak glokal dan global yang berkadar terus, sepatutnya harga minyak dalam negara jatuh ke paras RM1.35 per liter atau sekurang-kurangnya RM1.60 per liter.

Saya juga sebelum ini telah menyeru agar PROTES sekali lagi menganjurkan sebuah demonstrasi bagi mendesak kerajaan menurunkan harga minyak ke paras yang sepatutnya.

Ikuti pandangan rakan seperjuangan saya iaitu reformis muda melalui artikelnya yang bertajuk;

Tahukah Anda!! Kini Rakyat Malaysia Memberi Subsidi Kepada Kerajaan!!

Ayat retorik Kerajaan UMNO yang paling popular 2-3tahun kebelakangan ini adalah kerajaan menanggung subsidi yang terlalu tinggi dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak untuk digunakan untuk pembagunan rakyat. ya! itu lah retorik yang sering digunakan sebagai propaganda bagi melayu melayu yang Bodoh terutama ahli Umno yang memegang tauhidnya hanya Umno mampu memerintah. Tapi ungkapan itu seharusnya ditukar kini, Kini rakyat terpaksa menanggung subsidi kepada kerajaan demi mempertahankan kerajaan korup UMNO.

Jun lalu Kerajaan kata Minyak mungkin naik Ogos, tapi esok harganya sudah melonjak 78sen dari RM1.92 kepada RM 2.70 iaitu kenaikan 40% yang menyebabkan rakyat diasak oleh kenaikan harga makanan dan barang keperluan harian secara mendadak. ketika itu harganya sekitar US 1.30-145dollar/tong. Kini harganya sudah menurun ke paras hampir US 70 Dollar iaitu separuh dari nilai harga Minyak ketika ia dinaikan secara “gila babi” oleh Kerajaan UMNO.

Ikut logiknya harga minyak seharusnya diturunkan juga separuh iaitu RM 1.35, Rakyat Malaysia kini layak menikmati harga minyak pada kadar RM 1.35 dan bukannya RM 1.92, paling tidakpun ia mesti diturunkan keparas RM 1.60.

Kenapa kerajaan kini masih berdolak dalih. Macam macam alasan diberikan, antaranya kononnya nilai Ringgit berbanding dollar lemah dan takut bekalan minyak terganggu andai ia diturunkan secara mendadak. inilah alasan paling bodoh dari menteri yang bodoh.

Inilah menteri yang asalnya berasa dirinya amat pandai, sehinggakan pandangan Anwar untuk menurunkan harga minyak dikatakan sebagai tidak realistik dan merosasakkan ekonomi. maka wujudlah pelbagai idea menteri Pak pandir yang kononnya pandai. Mereka berikan Rebet petrol yang membelanjakan sebanyak RM 5billion duit kerajaan dan rakyat.

apakah rebet menyelesaikan masalah ekonomi? sehinggakan pemilik kereta BMW 3 siri dibawah 2000cc pun layak menerima rebet petrol? malah kebanyakan pemilik kereta bukanlah dikalangan mereka yang menerima impak yang besar dari kenaikan harga barang, tetapi mereka yang tidak mampupun membeli sebuah motorsikal.Inikah Menteri yang merasakan diri mereka terlalu bijak? beginikah rupanya menteri yang akan mengemudi ekonomi Malaysia untuk menghadapi badai taufan Krisis ekonomi Amerika syarikat?

Apa lagi idea bodoh kabinet Pak pandir ini? mereka menurunkan cukai jalan BAS dan perkhidmatan awam, mereka turunkan kadar tol bagi Pengangkutan awam yang terdiri dari BAS dan teksi, mereka beri subsidi, apa hasilnya pada rakyat malaysia? hasilnya rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga tiket BAS dari 50% hingga 100% menjelang ummat Islam pulang ke kampung berhari raya yang sudah tentunya mereka adalah dari golongan yang tidak berkemampuan membeli kernderaan sendiri! mana perginya kebijaksanaan pemimpin dan kebinet Pak Pandir UMNO, sehinggakan sabri cheek berbuih mulut mempertahankan hujjah bodoh mempertahankan kenaikan harga minyak.

Itulah 2 contoh terdekat bagaimana bodohnya Kerajaan Umno mengurus ekonomi, mereka tidak mampupun menghadapi badai kemelesetan ekonomi yang akan melanda Asia kesan dari kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Andai Anwar tidak mampu merampas kerajaan persekutuan dalam waktu terdekat, bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda didalam kwsp dan tabung amanah pencen bakal hangus diuruskan menteri kewangan yang baru yang lebih korup dan menteri kewangan pertama terdiri dari seorang pembunuh.

Sebelum pilihanraya kebanyakan dana Rakyat dan duit kerajaan telah di pam kedalam pasaran Saham, kini Kerajaan akan sekali lagi mem”bailout” pasaran Saham dengan duit Rakyat sebanyak RM 5Billion. Bersedialah seluruh warga Malaysia, duit anda bakal hangus diurus Kerajaan pak pandir. Berseronoklah semua rakyat malaysia sebelum negara menuju kebangkrapan. itu belum dikira dari kesan yang diterima rakyat dari kenaikan harga barang pembinaan dan sumber asas eletrik, malah pekerjaan mereka juga bakal hilang apabila 5 bulan lagi Kilang kilang yang berkaitan Amerika bakal gulung tikar.

Andai 1 kilang ditutup menyebabkan 3000 orang bakal hilang pekerjaan, dan setiap pekerja ini menanggung 3000 keluarga. Bagaimana kalau 200 kilang gulung tikar? berapa pula hasil kerajaan bakal hilang? kini hampir 85% kilang tidak lagi membuat “overtime” kerana produksi mereka menurun atas sebab permintaan yang berkurangan. Pernahkan kita lihat sebelum ini bagaimana Kilang Nikko eletronic yang ditutup di pulau Pinang menyebabkan 1500 orang terseksa? anda fikirkanlah..

Mana duit akan diperoleh Kerajaan untuk membayar rebet petrol sebanyak RM 5billion? kalau harga minyak kini sudah turun, maknanya kerajaan terpaksa memakai dana kerajaan sendiri. maknanya 5 Billion akan dicedok dari peruntukan belanjawan 2009 yang mana angka pendapatannya kini juga sudah tersasar dari sasaran. bersedialah kita andai Kerajaan tidak ditukar, kerajaan malaysia bakal bankrap, penerima pencen mungkin tidak menerima duit mereka tepat dari jadual , begitu juga kakitangan kerajaan jika pendapatan kerajaan sudah hilang hampir separuh. apa yang perlu kita tahu , RAKYAT MALAYSIA kini Menanggung Subsidi untuk kerajaan Umno.

Lawan tetap Lawan

Reformis muda

3 comments:

armouris said...

minyak mesti takkan turun ke harga asal 1.92, kalau turun sekarang, kerajaan mesti rugi nak cover claim roadtax….

so diorang mesti akan cari alasan, takkan turun ke harga asal, sampai tahun depan, paling lewat bulan 3 kot…

info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com

musafir kelana said...

Salam Sdr. Edyes.

Kesiannya rakyat Malaysia ni, tak habis2 bagi subsidi kat kerajaan. Dahlah golongan marhaen nak makan pun tak cukup, mana nak tanggung belanjawan kerajaan lagi...

Tapi yg heran tu, pasai apa ramai lagi rakyat kat kampung yg dok sokong depa (kerajaan BN), yg tak jemu2 dok melahap duit rakyat selama ni?

Mana pergi janji manis pemimpin2 BN nak meringankan beban rakyat? Untuk apa projek2 mega & mewah yg heboh dicanang2kan tu, kalau periuk nasi rakyat bawahan pun susah nak berasap...? Apa ingat boleh makan ke bangunan2 pencakar langit dalam projek2 koridor tu?

Kesimpulannya, pemimpin2 BN adalah golongan yg paling licik dalam menguruskan soal2 dana negara. Semuanya dilakukan atas nama "subsidi", sehinggakan rakyat Malaysia sudah berjaya ditipu selama berpuluh2 tahun sudah. Padahal yg memberi subsidi adalah rakyat jua...Manakala golongan2 korporat yg kebanyakannya terdiri dari kroni2 mereka, akan terus menerima insentif (subsidi) sebenar dari pentadbiran kerajaan BN...

Wassalam.

Edyes said...

MK,

Setiap seorang dari kita yang telah 'tersedar' HARUS ada rasa tanggungjawab untuk menyampaikan segala tembelang kerajaan kepada warga yang tidak punya saluran maklumat.

Arus reformasi tidak lagi dapat dibendung ! Selamat berjuang kepada semua.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan